Sunday, 17 March 2013

dabel date


            Buku yang bertajuk Dabel Date ini tercatat beberapa buah kisah cinta padanya. Pada mulanya semasa sedang memilih buku, saya teruja dengan tajuknya yang begitu kreatif sekali. Hatiku terbayang-bayang beberapa gambaran yang mungkin berlaku dalam cerita tersebut. Inilah kuasa betapa indahnya tajuk tersebut. Tetapi selepas membaca, saya mendapati kebenaran tidaklah seindah bayangan.
            Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu karya Lang Rahman, Nasyrun Malik, dan Amal Hassan masing-masing. Bahasa yang digunakan ialah campuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Susunan ayat juga tidak teratur. Buku ini semestinya tidak dapat dijadikan buku ilmiah.
            Bahagian pertama karya Lang Rahman terdiri daripada cerpen-cerpen cinta. Cerita-cerita ini saya mendapati sangat mengarut. Saya berasa keliru bagaimana cerita-cerita yang begitu boleh dijadikan buku dan diterbitkan. Dalam sebuah cerita yang bertajuk “Celupar”, penulis mengatakan bahawa perempuan tersebut melahirkan televisyen 42 inci kerana disuruh oleh suaminya. Saya berasa cerita-cerita sebegini memang membosankan. Penerbitan cerita-cerita sebegini memang membuang masa dan juga wang.
            Karya Nasyrun Malik juga terdiri daripada beberapa buah cerpen. Cerpen-cerpen karua Nasyrun Malik semuanya diakhiri dengan unsur suspen. Unsur suspen ini meninggalkan ruangan imaginasi kepada para pembaca untuk memikir dan mewarnai kesudahan yang mereka inginkan.
            “Cinta itu, kalau nak dikategorikan, ada dua, Syurga, dan neraka.” Inilah pendahuluan yang Amal Hassan bagikan kepada cerita yang ditulisnya. Dalam cerita-ceritanya terdapat kenangan yang manis dan pahit. Cerita-ceritanya dimulai dengan kenangan manis dan tanggapan yang indah, tetapi semuanya hanya khayalan dan prasangka kerana kebenaran tidak seindah apa-apa yang disangka.
                   Secara keseluruhan, bukanlah segala cerita yang diterbit ini menarik perhatian dan hanyalah sesetengah bahagian yang memang mengarutkan. Buku ini boleh dibaca jika anda terlalu senang sangat dan tidak mempunyai kerja lain lagi.

Grace Tan

GERGASI- Khairul Nizam Khairani




Tajuk: GERGASI
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Harga: RM19.90
Penerbit: Fixi
Halaman: 320 mukasurat
Sinopsis: Tahun 1511. Di kala kota Melaka sedang diserang, muncul gergasi misteri yang digelar Batara Waja membantu hulubalang tempatan menghadapi askar Portugis. Namun dalam satu pertempuran, Batara Waja tiba-tiba hilang.

500 tahun kemudian. Siti Nuraini, seorang kurator di Muzium Negara, yang bersahabat dengan seorang pemuda bernama Rizal, telah menemui sebuah artifak aneh. Namun artifak itu hilang sewaktu dalam simpanan muzium. Kotaraya kemudiannya digemparkan dengan kemunculan gergasi yang membunuh manusia-manusia tertentu – dan lagenda Batara Waja kembali.

Rizal mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan gergasi tersebut dan sering pitam. Suatu hari, muncul seorang lelaki bernama Hu Xien yang memberitahu Rizal bahawa dia ada kaitan dengan kemunculan GERGASI itu.
**********
Ramai yang menyangka novel sains fiksyen ini lebih berkisarkan mengenai pertarungan antara robot seperti Transformer apabila GERGASI dihias dengan lakaran robot pada kulitnya hadapan. Peminat novel yang sekadar membaca sinopsisnya juga pasti berfikir sedemikian apabila sinopsis jelas menunjukkan kemunculan robot gergasi dalam jalan cerita.

Namun sangkaan tersebut sama sekali meleset apabila ia hanya seperti sut sarung armor yang ada seperti dalam filem Iron Man mahupun wira Masked Rider yang bertarung dengan kekuatan luar biasa apabila mengenakan sut yang berkuasa tinggi.

Penulis novel ini nyata berani dengan cubaannya ‘menokok tambah’ sejarah peperangan Melaka apabila menceritakan bahawa robot gergasi yang diberi nama Batara Waja telah muncul pada tahun 1511 dan membantu Melaka bertarung dengan Portugis.

GERGASI ini nyata sarat dengan teka teki. Boleh dikatakan terlalu banyak watak yang muncul pada satu-satu babak, dan bersifat berulang-ulang, menyebabkan ada pembaca yang terkeliru dan terpaksa mengulang baca untuk memahaminya. Mungkin ini ada teknik yang disengajakan oleh penulis untuk membuatkan pembaca teruja untuk mengetahui babak seterusnya dan sama-sama menyelesaikan teka-teki tersebut.

Berikut adalah komen oleh Shandye:
“Oleh kerana susunan plotnya yang pada hemat aku agak terpotong-potong dan tidak linear seperti kebanyakan novel konvensional lain, kekurangan kedua yang aku nampak dalam Gergasi adalah dari segi perkembangan watak yang diperkenalkan di dalam novel ini. Satu: terlalu banyak watak yang diperkenalkan sehinggakan aku sendiri sukar untuk berasa 'tenggelam' dan dekat dengan jalan cerita untuk memahami mereka dengan lebih baik. Ambil contoh perkaitan Anwar-Nuraini-Rizal yang terbina pada penghujung suku pertama novel. Ya, mungkin Anwar dan Nuraini bukanlah leading characters seperti Rizal, namun aku kira perincian yang diberikan kepada mereka teramatlah kurang sehingga aku rasakan hubungkait antara mereka bertiga agak mendatar dan tiada dinamik yang kukuh. Dua: disebabkan terlalu banyak watak yang diperkenalkan, pada hemat aku, penulis seperti tidak dapat untuk memperincikan perwatakan setiap watak yang diperkenalkan sehingga ada beberapa watak yang aku anggap agak papery thin dan mendatar dan two-dimensional.”

Rating yang boleh diberikan dalam skala 10 adalah 7/10. Penilaian ini dibuat berdasarkan hasil pembacaaan sendiri dan juga hasil review oleh penulis-penulis blog yang lain. Walau apa pun, syabas dan tahniah buat penulis Khairul Nizam yang telah berjaya menghasilkan novel sains fiksyen yang hebat sekali. Genra ini boleh dikatakan agak baru dalam pasaran Malaysia, maka ia mungkin sukar manarik ramai peminat novel di negara ini yang rata-rata lebih meminati genra romantika dan thriller.



Oleh: Ahmad Haziq Azlan
azlanthetypewriter.blogspot.com


Perempuan Lindungan Kaabah oleh Hana Ilhami



Judul: Perempuan Lindungan Kaabah
Penerbit:: Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd.
Penulis: Hana Ilhami
Harga: RM 28.00


Assalaamu'alaikum dan salam sejahtera, sebuah novel yang ingin saya kongsikan hasil pembacaan saya adalah sebuah novel yang bertajuk Perempuan Lindungan Kaabah, terbitan Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd. Sebelum itu, saya kongsikan sinopsis novel ini supaya kawan-kawan semua dapat menggambarkan jalan cerita novel ini dalam minda masing-masing. =)

Sinopsis:

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelililngnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih anatara jasa dan rasa...

"Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui emel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?" - ALEX

"Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku..." - AMIR

"Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?" - FAREEZ

Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.

"Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya." - HANAN

Demi mendapat redha Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi...perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

ULASAN:

Ini adalah pertama kali saya membuat ulasan buku. Yang benar, ambillah sebagai penambaikan, yang salah, saya minta maaf! ^^

1. Saya ingin ulas tentang teknik penceritaan di dalam novel ini. Pada pandangan saya, penulis telah menggunakan frasa seperti "Kelas lima khadijah..." di permulaan bab. Frasa seperti ini mengingatkan saya bahawa ini adalah satu penceritaan dan menganggu penghayatan saya terhadap watak-watak dalam novel. dalam erti kata lain, ia menyebabkan saya tidak merasai "berada" dalam novel itu.


2. Tajuk novel ini adalah Perempuan Lindungan Kaabah, tetapi kulit depan buku novel ini tidak mengandungi gambar Kaabah.

3. Gaya bahasa yang digunakan yang bersahaja, menggunakan perkataan-perkataan yang sering digunakan oleh remaja adalah sesuai dengan tahap pembaca yang mana target novel ini adalah remaja.Mudah bagi saya untuk terus membaca novel ini.

4. Menerusi novel ini, para pembaca diajar cara berkomunikasi sesama yang bukan mahram(yang boleh dikahwini) melalui watak Alex dan Hanan walaupun Hanan mempunyai niat yang baik iaitu niat untuk mengajarkan Islam kepada Alex. Apa yang ditekankan oleh penulis adalah NIAT/MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. 


5. Walaupun novel ini mengangkat tema cinta kerana ALLAH di atas nama dakwah, tetapi ia tetap menyelitkan sedikit perkataan-perkataan yang mengandungi elemen-elemen seksual intim suami isteri yang sedikit keterlaluan dan tidak begitu sesuai untuk ditulis ke dalam novel yang mengangkat tema Islamik.

Walaubagaimanapun, kebaikan yang didapati hasil membaca novel ini adalah lebih banyak daripada kelemahannya. Semoga penulis novel ini dapat berkarya dengan lebih baik lagi terutama dalam menghasilkan novel yang mengangkat tema Islamik.


Sekian. :)

KasaRnova Lejen Press- Izwan Hafifi

SEMUA CERITA CINTA TAK SEMESTINYA KHATAM DENGAN BAIK BUKAN?

 
Ni lah dia, cover depan novel kasaRnova, yang telah di ilhamkan oleh Izwan Hafifi dan diterbitkan oleh Lejen Press..watak utama yang main dalam cerita ni, Bali dan Farah..yang best pasal novel ni bukan setakat cerita cinta tapi sekali baca dah macam buku ilmiah sebab penulis share banyak info, so takdela rasa cerita kosong dan sekurang2nya ada perisa :) penggunaan bahasa yang best.Ada juga beberapa definisi yang diselitkan memberi input yang baru kepada  pembaca. Dalam cerita ni, watak Bali yang cool membuatkan aku tak sedar yang aku dah habis baca buku ni. Cuma flashback terlalu banyak buat aku pening-pening lalat jugak la masa membaca. Tapi novel ni sangat best! ,  ada jugak part lawak yg boleh buat kita gelak sorang2..dalam cerita ni juga, penulis banyak selit2kan isu kekeluargaan,persahabatan,and lain-lain element seperti:
  • tentang sains, mengenai selaput dara,  
  • makan kerang boleh tambah sel darah dalam badan
  •  dan penerangan tentang waktu maghrib dan persilangan dimensi dan frequensi yang ada dalam muka surat 55..



ada unsur agama n dakwah yg sesuai dibaca oleh semua umat islam..

yang ni buat novel ni extra best sebab dia ada unsur kerohanian.sgt positif!! :))
penulis ada selitkan beberapa hadis, istighfar, ayat ruqyah, hadis berkaitan haramnya rokok, wanita dan syurga, perkahwinan, persandingan, mas kahwin, hukum wanita bersanggul tinggi, hukum mengumpat dan mcm2 lagi..
penulis byk juga selitkan bab2 yang seruis mengenai unsur2 islam:-
"ramai wanita punya kesedaran aurat tapi susah nak amalkan"
"aurat bukan untuk ditayang ke khalayak tapi untuk yang layak"
"Tuhan beri ujian dan dugaan pada yang Dia mahu sebab Dia tahu yang orang tu mampu"
jalan cerita menarik dan padat dgn info2 n flashback, yang kadang aku sendiri confius..haha
part akhir ada suspen sikit :)
so kalau nak tahu apa jadi pada watak2 dalam cerita ni, baca la sampai habis..confirm korang tersengih sorang2..hehe

ulasan : Nurul Soleha Abdul Malik..:))


Heroin by Amal Hasam




Heroin merupakan koleksi cerpen tulisan Amal Hasam yang pada asalnya diterbitkan dengan cetakan terhad oleh Geng Soltura dan kemudiannya diberi kebenaran kepada Lejen Press untuk menerbitkan semula dengan sedikit penambahan dan suntigan. Buku ini cuba menyampaikan message iaitu kadang-kadang kita harus jatuh dalam hidup kita untuk menyedarkan diri sendiri . Setiap cabaran yang kami lalui dalam hidup akan perlihatkan apakah yang kami inginkan itu, untuk perjuangkan atau tidak. Setiap cabaran yang kami lalui walaupun sesuatu yang pedih dan hitam sentiasa akan menceritakan sebuah cerita yang baru.
Cerpen heroin ini bukan cerita yang mempunyai ‘happy ending’ tetapi kebanyakkan ceritannya menpunyai  kebenarannya sendiri sebagai contoh kisah orang membunuh untuk kepentingan diri sendiri, keluarga yang kacau bilau, penipuan, dan pilih kasih. Penulis cerpen cuba meyampaikan yang hidup tidak semestinya selalu indah seperti yang kita inginkan. Penulis membuka mata kepada reality kehidupan kami . Cerpen ini juga membuka mata utuk menghargai orang-orang sekeliling kita.
Tulisan penulis Amal Hasan pandai bermain dengan gaya bahasa yang saikotik.. ia banyak bermain dalam imaginasi dengan menghasilkan tulisan yang lain daripada lain dan dapat menyentuh jiwa orang lain.

by PENG DEREN






Articles Profile:
Jane Eyre, is a poor orphan with a joyless life as a child in the opening chapters. Her wealthy aunt, the widowed Mrs. Reed, is bound by a deathbed promise to her husband to raise his orphaned niece, Jane. However, she and her children are unkind to Jane, never failing to emphasize how she is below them. Jane's plain, intelligent, and passionate nature, combined with her occasional "visions" or vivid dreams, certainly do not help to secure her relatives' affections.

When tensions escalate, Jane is sent to Lowood, a boarding school run by the inhumane Mr. Brocklehurst. She is soon branded a liar, which hurts her even more than malnutrition and cold, but Miss Temple, the teacher Jane admires, later clears her of these charges. She also finds her only friend in Helen Burns, who is very learned and intelligent, has a patient and philosophical mind, and believes firmly in God. Helen is often singled out for punishment by a teacher, Miss Scatcherd, who claims she is a bad child because she is disorganized, incompetent, and often late. Helen accepts these faults, and teaches Jane to accept discipline in order to improve her fiery temper and character. While Jane responds to the injustices of the world with a barely contained burning temper, Helen accepts earthly sufferings, including her own premature death from consumption (now known as tuberculosis), with calmness and a martyr-like attitude.

After a serious typhoid fever epidemic occurs simultaneously with Helen's death, the conditions in Lowood improve and Jane slowly finds her place in the institution, eventually becoming a teacher. When Miss Temple marries and moves away, Jane decides to change careers. She is desperate to see the world beyond Lowood and puts out an advertisement in the local paper, soon securing a position as governess in Thornfield Hall.

At first, life is very quiet with Jane teaching a young French girl, Adèle, and spending time with the old housekeeper, Mrs. Fairfax. But everything changes when the owner of the manor—brooding, Byronic, fiery Edward Rochester—arrives. Though on rough footing at first, he and Jane slowly become acquainted with and grow to respect each other. Mr. Rochester creates an elaborate set-up by seemingly courting a proud local beauty named Miss Blanche Ingram until Jane cannot bear it any longer. Mr. Rochester then admits that his courtship of Miss Ingram was a ruse to arouse Jane's jealousy and that it is she whom he truly loves. His feelings are returned, and they become engaged despite their differences in social status, age, and experience. Jane is young and innocent at nineteen years old, while Rochester is nearly forty—worldly, and thoroughly disillusioned with life and religion. Jane is determined to stay modest, plain, and virtuous, and Rochester is almost equally determined to offer her expensive presents and finery. The former has the moral high ground, though, and the weeks before the wedding are spent mostly as she wishes.

The wedding ceremony is interrupted by a lawyer, who declares that Mr. Rochester is already married. His mad wife Bertha Mason, a Creole from Jamaica whom his family forced him to marry, resides in the attic of Thornfield Hall, and her presence explains all sorts of mysterious events that have taken place during Jane's stay in Thornfield. Mr. Rochester offers to take her abroad to live with him, but Jane is not willing to sacrifice her morals or self-respect for earthly pleasures, let alone accept the status of mistress, even though Rochester insists Jane will break his heart if she refuses him. Torn between her love for Rochester and her own integrity and religion, Jane flees Thornfield in the middle of the night, with very little money and nowhere to go.

She wanders for a few days and finally finds safe haven, under an alias, with a vicar, St. John Rivers, and his two sisters. They bond, and in due course Jane is given a position as village schoolteacher. Later, St. John learns Jane's true identity, and, by an incredible coincidence, it transpires that he and his sisters are actually her cousins. Additionally, Jane conveniently inherits a large sum of money from an uncle who lived abroad. The cousins are left without inheritance because of an old family feud, but she promptly splits the money so that all four of them are now financially secure. This gives St. John the means to pursue his true calling, to go to India as a missionary, but not without proposing marriage to Jane in order for her to accompany him. Though this is her opportunity to choose a husband of high morals, she knows St. John does not truly love her. Contrary to her protest, he insists they must be married if they are to go to India. Jane nearly succumbs to his proposal, but at the last minute, in another supernatural episode, she hears Rochester's voice calling her in the wind, and feels the need to respond to it.

Jane immediately travels to Thornfield Hall, only to find it destroyed by a fire and abandoned. She learns that Mr. Rochester lost a hand, an eye, and sight in the other eye as a result of an unsuccessful attempt to save Bertha from the flames, of which she was the cause. Upon acquiring the knowledge of his location, at a country manor called Ferndean, she sets off for it. She and Mr. Rochester reconcile and marry, for he has adopted love and religion. She writes from the perspective of ten years after their marriage, during which she gave birth to a son and Mr. Rochester gained part of his sight back. Jane's long quest to find love and a sense of belonging is finally fulfilled. The book ends with a look at the noble missionary death of St. John Rivers far away in India, most likely representing the righteousness of the path Jane did not take.

Review

This is a realistic novel with a strong romantic flavor, the novel depicts the love of Jane Eyre and Rochester.The hero of Jane Eyre is a pure in heart, thinking women, her life at the bottom of society, had suffered. But she has a stubborn character, spirit and courage to pursue equality and happiness. Novel rich lyrical brushwork and profound and delicate psychological descriptions, fascinating show love experience the ups and downs of the hero and heroine, and praise to get rid of all the old customs and prejudices. Deep and sincere love, rooted in mutual understanding, mutual respect based on the power of art with a strong searing. Most of its success lies in shaping the image of a dare to resist the courage to fight for freedom and equal status of women.
"Jane Eyre" to show to us is the one kind of simplify, is a return to basics, a pursuit devote full feeling, without taking into account the feelings of the pros and cons of a simplified, it is like a glass of water,purify the mind of a reader, the article also tells us that the best life is dignity plus love.

Saturday, 16 March 2013

H E R O I N

Assalamualaikum... tak jawab dosa, mati seksa ! Walaweiii .. Oklahh, kat sini aku nak kongsi sikit review dari buku yang aku baca . Banyak2 buku , tajuk "HEROIN" jugalahh yang pikat hati jantung ni . ahaks.. *yuksss* . Hah. Mesti korang ingat heroin tu dadah bukan ?? hahahaXD.. idoklerr, HEROIN ni lebih kepada kisah gegurl yang endingnya..hurmm, mendukakan lah. Takyah nak assume sgt happy ending dlm buku ni, semuanya duka duka. :'( . Sobs3.  Ni hah bukunya !




Ohsem kan? depan2 dah cover kaki. Heh. Aku pun pelik. maybe sebab kaki perempuan kot. Layan ajee.. Dalam Heroin ni, banyak benar subsnya.. takpe2 aku tulis .

Filem faksi

Gadis Sigaret

Simetri

Khilaf

Hanyut

Indikasi 

Saatnya

Penulis

Once

Julia

Antara subs yang buat hati aku luluh dalam buku HEROIN ni , teng teng teng... KHILAF . Aku tak taulah kenapa.. maybe sebab aku jenis org yang sukakan jenis jln cerita yang penuh duka lara jiwa kosong. Heh. Apa aku merepek seyh ?? Hahaha. *insane kejap* . Aku tak reti bab sastera2 ni sebenarnya , huhu.. tapi xpe. maybe dengan gamba2 yang *comel* kat bawah ni korang paham ape aku nak sampaikan.. heehehehe






Babak 1 








Babak 2 



Babak 3





Babak 4







Babak 5


Babak 6 





Babak 7 




Babak 8 




.....The End .....


Nak tahu apa kesudahannya ?? Anak lelaki lagi yg 1st dah jadi kaya raya, halau maknya keluar dari rumah... yang ketiga , masuk jail. yang perempuan ? Ya. Itulah penyesalan yang teramat sangat buat ibu apabila dia dengan sendirinya menghalang anaknya meneruskan pelajaran plus paksa kahwn dengan orang yang konon lagaknya alim tapi rupa-rupanya pembunuh anak perempuannya. Sadis kan? Serius. Kalau aku, maybe dah lari dari rumah kot.. hahahaXD. just kidding ! . Tabik spring lah kat Jasmin ni ! Eh, xbgtau pon namanya dari first.. Her name Jasmin. Okey. Itu saja. Thanks u all kalau apa yang aku tulis buat sakit pale korang nak faham. hehehehe :D. Peace Yaww ! 




Thursday, 14 March 2013

"yasmin How you know?",the review by syakir shukor




 the late Yasmin Ahmad is moved by memories of the filmmaker that have been compiled into a book.

Yasmin How You Know?
Publisher: Leo Burnett-Arc Malaysia,
192 pages

HAS it been three years since Yasmin Ahmad left us? It has, and I can’t believe it.


Yasmin How You Know?

"Yasmin How You Know? " is a compilation of Yasmin's apparent ridiculousness but which are actually gem of her wisdom and wit. Contributed by those close to her, you may notice some are written in present tense - because to them, she's still very much alive - just not in a physical sense. the anecdotes here range from her days as a student, her many different phases in life, right up to the day of her passing. You'll find poems which Yasmin wrote, and photographs which she took (many may not know Yasmin was an accomplished poet and photographer). Also included are the last two TV commercial scripts written by her

_________________________________________________________________________________


Some of my favorites :

Yasmin on talent to Orked Ahmad ( Yasmin's sister ) :

"God gives everyone the same amount of talent. It's just up to you to korek (dig)."


Yasmin on choosing her causes :

It was just before the 1st Gulf War. I asked Yasmin if she was joining in the anti-war campaign. And her reply, "Anti-war rally? No thank you. But please do let me know if there's a pro-peace effort being organised."

Then she gently explained that focusing on the negative only gives it energy. Trying to prevent wrongs or seeking ways to punish people who have done wrong actually creates more problems.

Instead, she said, focus on the positive. Pour all your energy into doing good.


Yasmin on the Meaning of True Love to Eugune Yong ( a friend & colleague ) :

Me : What is love ?
Yasmin : It's the long we have to know God.
Me : How do you know we found true love ?
Yasmin : The same way we know when our house is on fire. We just know. 

Yasmin on her Secret of Success to Orked Ahmad :

"Work hard, pray hard, and be kind to your parents and do a lot of sedekah but don't tell anyone."

________________________________________________________________________



The first picture of Yasmin in the book had me laughing like a drain. It portrays wonderfully her playfulness and sense of ridiculous: she has a pout on her face, her eyes shut, and a finger up her nostril! Her hair is completely combed back and the lines of her hand are prominent.


As Yasmin would surely have wanted it, this book is designed with simplicity, the beauty of which I only came to appreciate because of Yasmin. Speak more with less is what she taught me. And if I disagreed, as I would initially, she would mutter quietly, “Simplicity is the hardest thing to achieve, Abby.”

Indeed, her films showed she was right about less being more. Fittingly, everything said in this book is tenderly recollected in brevity that is nonetheless resonant and enlightening.

“It is perfect to be imperfect, because perfection is made up of many imperfections put together that makes it perfect.” What could be sounder? The words are etched in the mind of Eugene Yong, Yasmin’s friend and colleague, and echo in mine as I continue to hone my perfection with imperfections.

“What your right hand gives, even you left hand should not know”, was another principle Yasmin always tried to live by; it was only after her death (of a stroke on July 25, 2009; she was 51) that stories began to emerge of her generous and anonymous gifts of money to everyone from orphans to indie filmmakers. This principle by far strikes me the most, and now those lines on her hands also denote to me her many generosities, each kept from one another.

“For those who like that sort of thing, that’s the sort of thing they like” was Yasmin’s way of saying that we do not need to conform to others whose preferences and principles differ from ours. Troubled lately by human hideosity and mediocrity, I stride on now with ease newly acquainted through all the wonderful anecdotes in the pages of this book.

Whether it is work, love, art, attitude, skills, or life, Yasmin approached everything with a quirkiness that made everything fun and learning from her, intuitive. At the right moment when her quirkiness poked at intuition and her sincerity touched the heart, one would see a light at the end of the tunnel and take home a whole new outlook on life.

“A smile and kind word will get you further,” Sharifah Armani recalls, and Yasmin led by example.

“Don’t look down on those below you. And don’t fear those above you,” fondly remembers Jo-Chan – I have personally impressed many a time when Yasmin shown kindness  to people below her.

“Do you want the sweetness of food, or the sweetness of the one who puts sweetness in food?” Yasmin asked Ke-Cure, her friend who was recuperating from a viral fever. Like Ke-Cure, I want both, and this book has both. It is food if food is equivalent to books for book lovers, with the sweetness of the one who put sweetness into this book: Yasmin who lived life so generously, aesthetically, humanely, wisely, and most caringly.

Yasmin asked Ke-Cure to turn to God, for our livelihood is what God bestows.

“On no soul does God place a burden greater than it can bear.” Her spirituality was always inspiring. Hence, a book dedicated to a devout Muslim must, understandably, include verses from the Quran, one of the most beautiful being: “And the slaves of the Most Beneficent are those who walk on the earth in humility and sedateness, and when the foolish address them (with bad words) they reply back with mild words of gentleness.”

That was how Yasmin responded to the critics of her sometimes controversial films; films that went on to win numerous international awards.

This book is a collection of Yasmin’s pesan-pesan (messages). It also contains some of her poems and musings that are incredibly moving. They were written simply, in exquisite prose straight from her heart, as she believed it is from the heart that we tell the most moving stories.

“… let me ask you / Have you ever heard a symphony so rich, / or read a manuscript so fine, / that it could satisfy hunger better than fish?” Yasmin wrote in one of her poems.

Well, I think we have, Yasmin. Our hunger once in a while for a little bit of your particular wisdom and wit to helps us cross troubled waters or overcome troubled thoughts will be satisfied by this book.

Yasmin How You Know? is a “sincerity of unmanufactured pleasures” bestowed by many people fondly remembering a soul that departed too soon.




Tuesday, 12 March 2013

Meredah Cabaran Masa

Judul: Meredah Cabaran Masa
Terbitan: Pustaka Seri Idaman
Penulis: Syed Mahadzir
Ilustrasi: Ridzuan Amin

Meredah Cabaran Masa ini merupakan satu kisah fiksyen yang berunsurkan penyiasatan remaja yang memaparkan masalah-masalah yang berkaitan dengan jenayah yang berlaku di negara kita. Kisah yang dipaparkan dalam buku ini mengandungi pelbagai unsur seperti gembira, sedih, kejujuran dan sebagainya. 

Dalam Meredah Cabaran Masa, cerita ini mengisahkan pengembaraan dan tindakan-tindakan yang diambil oleh tiga sahabat karib iaitu Zaidi, Khairul dan Affandi. Pengembaraan mereka bermula daripada dusun durian yang dimiliki oleh ayah Khairul, yang diberikan urusan tanggungjawabnya kepada Lebai Deraman yang hidup seorang diri di dalam dusun tersebut. Apabila mereka bertiga pergi melawat Lebai Deraman di rumah kayunya yang sudah usang itu, mereka diberikan satu misi untuk menyiasat tentang sebuah kereta lembu yang kononnya dimiliki oleh Haji Abdul Salam, bapa saudara Lebai Deraman yang kaya orangnya dan hidup sebatang kara seperti Lebai Deraman. Menurut Lebai Deraman, hanyalah harta yang ditinggalkan oleh bapa saudaranya itu yang mampu membantu membangunkan kampung mereka dari segi kemudahan awam. Dengan itu, bermulalah pengembaraan rakan bertiga itu untuk menyiasat dan mencari kebenaran sebalik kereta lembu itu dan harta yang dimiliki oleh haji Abdul Salam itu. 

Sungguhpun buku ini merupakan sebuah buku cerita yang menjadi pilihan pelajar sekolah menengah, namun jalan ceritanya masih mampu diperbaiki kerana terdapat beberapa senario-senario yang tidak relevan yang berfungsi sebagai pengisi cerita. Sebagai contoh, terdapat satu senario dalam buku ini di mana ketiga-tiga sahabat itu bertemu dengan seekor harimau belang dalam usaha mereka untuk mencari jalan pintas ke Melaka. Pada pendapat saya, senario tersebut tidak relevan terhadap pengembangan cerita dan pengembaraan ketiga-tiga sahabat itu dan hanya berfungsi untuk memanjangkan jalan cerita buku ini sahaja. Saya berpendapat bahawa penulis wajar mencari senario-senario yang lebih relevan dan yang menyumbang kepada perkembangan jalan cerita serta pengembaraan watak-watak protagonis kisah ini. 

Selain itu, saya juga berpandangan bahawa ilustrasi-ilustrasi yang dipaparkan dalam buku ini sering mempamerkan detik-detik kecil yang tidak penting bagi pengembangan cerita ini. Saya rasa ilustrasi-ilustrasi yang dipamerkan dalam buku ini, walaupun hanya buku yang menjadi sasaran remaja-remaja muda di sekolah, haruslah menunjukkan detik-detik penting dalam pengembangan kisah ini dan bukanlah hanya semata-mata untuk menunjukkan ilustrasi.

Saya juga berpendapat bahawa fokus pada keakhiran cerita ini terlalu tertumpu pada Zaidi seorang sahaja. Saya berpendapat bahawa Affandi dan Khairul juga patut diberikan tumpuan yang sewajarnya. Hal ini kerana kisah ini selalu tertumpu pada mereka bertiga, dan ini secara langsung menjadikan watak mereka bertiga ini sebagai protagonis-protagonis utama cerita ini. Saya rasa kita juga patut memberikan fokus terhadap cita-cita Khairul dan Affandi yang masing-masing ingin menjadi doktor dan pensyarah dan bukannya hanya pada Zaidi yang ingin menjadi hakim sahaja. 

Namun begitu, saya berpendapat bahawa buku ini merupakan suatu buku yang amat sesuai dibaca oleh golongan-golongan muda. Kisah ini menggambarkan banyak detik-detik kesetiaan antara rakan-rakan, keberanian, penunaian janji dan sebagainya. Banyak nilai-nilai yang penting yang mampu dipelajari oleh golongan-golongan muda untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka kelak. Bukan itu sahaja, jalan ceritanya juga amat menarik dan mampu mendorong golongan-golongan remaja untuk menghabiskan buku ini. 

Sekian. 

Choong Chia Wei

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers