Sunday 17 March 2013

dabel date


            Buku yang bertajuk Dabel Date ini tercatat beberapa buah kisah cinta padanya. Pada mulanya semasa sedang memilih buku, saya teruja dengan tajuknya yang begitu kreatif sekali. Hatiku terbayang-bayang beberapa gambaran yang mungkin berlaku dalam cerita tersebut. Inilah kuasa betapa indahnya tajuk tersebut. Tetapi selepas membaca, saya mendapati kebenaran tidaklah seindah bayangan.
            Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu karya Lang Rahman, Nasyrun Malik, dan Amal Hassan masing-masing. Bahasa yang digunakan ialah campuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Susunan ayat juga tidak teratur. Buku ini semestinya tidak dapat dijadikan buku ilmiah.
            Bahagian pertama karya Lang Rahman terdiri daripada cerpen-cerpen cinta. Cerita-cerita ini saya mendapati sangat mengarut. Saya berasa keliru bagaimana cerita-cerita yang begitu boleh dijadikan buku dan diterbitkan. Dalam sebuah cerita yang bertajuk “Celupar”, penulis mengatakan bahawa perempuan tersebut melahirkan televisyen 42 inci kerana disuruh oleh suaminya. Saya berasa cerita-cerita sebegini memang membosankan. Penerbitan cerita-cerita sebegini memang membuang masa dan juga wang.
            Karya Nasyrun Malik juga terdiri daripada beberapa buah cerpen. Cerpen-cerpen karua Nasyrun Malik semuanya diakhiri dengan unsur suspen. Unsur suspen ini meninggalkan ruangan imaginasi kepada para pembaca untuk memikir dan mewarnai kesudahan yang mereka inginkan.
            “Cinta itu, kalau nak dikategorikan, ada dua, Syurga, dan neraka.” Inilah pendahuluan yang Amal Hassan bagikan kepada cerita yang ditulisnya. Dalam cerita-ceritanya terdapat kenangan yang manis dan pahit. Cerita-ceritanya dimulai dengan kenangan manis dan tanggapan yang indah, tetapi semuanya hanya khayalan dan prasangka kerana kebenaran tidak seindah apa-apa yang disangka.
                   Secara keseluruhan, bukanlah segala cerita yang diterbit ini menarik perhatian dan hanyalah sesetengah bahagian yang memang mengarutkan. Buku ini boleh dibaca jika anda terlalu senang sangat dan tidak mempunyai kerja lain lagi.

Grace Tan

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers