Sinopsis buku: "BOGEL MENUJU
TUHAN adalah
satu tajuk catatan yang aku tulis di blog satu masa dahulu. Ia merupakan satu
keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang
percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya.
Maka, tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan,
penuh perit dan pedih dalam hidupnya. Aku simpulkan, buku ini adalah
antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalam hari-hari tidak berwarna, sebelum
Jingga" -Zahiril Adzim-
Ulasan:
Mungkin
ada yang rasa tajuk buku ini sangat extreme, sangat menghairahkan,
dan sebagainya yang lebih ke arah negative atas faktor
perkataan ‘Bogel’ dan ‘Tuhan’ di situ.
Sesetengah
manusia pasti ada rasa kurang senang dengan isinya. Ini kerana tajuk buku tersebut
seolah- olah meberi harapan yang tinggi kepada pembaca betapa hebatnya cerita
disebalik muka buku tersebut, malangnya ia hanyalah himpunan catatan dan
puisi yang telah ada di dalam blog penulis yang lebih berkisahkan kepada
peribadi dan entri berkaitan isu semasa, cuma pandangan peribadi beliau.
Bagi
aku, buku ini menarik untuk aku tahu isinya. Antara puisi aku
gemar untuk diulang dan fahami dengan baik adalah puisi berjudul Gagalnya
Pemerintahan. Hendak diikutkan hampir semua puisi aku tertarik tetapi ada yang
aku tak berapa nak faham mungkin hanya penulisnya sahaja yang lebih memahami
dengan dalam dan manusia lain turut akan memberi aku satu sudut pandang
berbeza setelah membacanya nanti.
Aku seorang pemerintah
yang memerintah
kepala, rambut, dahi, mata, hidung, bibir
lidah, gigi, dagu, telinga,
aku.
Leher, bahu, siku, lengan, tangan, jari,
dada, perut,
aku.
tumit, jari, kaki,
aku.
Aku seorang pemerintah,
yang memerintah
minda,
jiwa,
iman,
roh,
aku.
Aku seorang pemerintah yang?
Yang gagal.
Gagal memerintah semua ini dengan baik.
Aku mahu pemberontakan.
Sedikit ulasan berkaitan
Gagalnya Pemerintahan yang mungkin berjaya aku fahamkan sendiri. Terdapat
perkataan kepala, rambut, dahi, mata, hidung, bibir, lidah, gigi, dagu,
telinga, aku. Sudah pasti melambangkan anggota tubuh badan kita. apa yang aku
faham, puisi ini berkisar seseorang yang gagal memerintah atau mengawal
setiap satu anggota tubuh badannya dengan baik. Mungkin selepas melakukan
maksiat-maksiat besar, seseorang telah sedar dan insaf mahu pulang ke pangkal
jalan setelah gagal menggunakan anggota dengan sebaik- baiknya. 4 elemen
tersebut iaitu minda, jiwa, iman dan roh, merupakan kunci atau panduan bagi
melakukan sesuatu perkara degan berfikir, bersih (baik/ halal), sabar serta
dalaman yang tenang. Mahukan pemberontakan dengan lebih jelasnya pembaharuan
keatas dirinya (insaf).
Boleh disimpulkan
disini, penggunaan 'Aku' melambangkan diri sendiri. Jelas
disini, penulis menyedarkan kita walaupun kita bukan siapa- siapa tetapi masih
digelar pemerintah. Pemerintah bagi anggota- anggota badan yang ada. Oleh itu,
kendalikan mereka dengan baik kerana kesudahannya kita
akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita telah perintahkan.
No comments:
Post a Comment