Wednesday 6 March 2013

Novel Bayang -Nami Cob Nobbler





JUDUL : BAYANG
PENULIS :NAMI COB NOBBLER
PENERBIT : LEJEN PRESS (SA-0194210-A)
HARGA : RM20.00
NAMA PENGULAS : TA’ZIMAH BINTI REMAN (UTM,SKUDAI)
EMAIL : jemcute@ymail.com


Sinopsis

Faris merupakan seorang yang di lahirkan bijak, tetapi atas kesempitan masa mak ayah, dia dibesarkan bersama nenek yang pakciknya seorang pendera. Dari sini, dia mengenal Jack , yang membawanya ke Negara Delta, dimana dia ada misi untuk membunuh seorang pemimpin Negara musuh. Tamat persekolahan dan menceburi bidang teater, dia bertemu dengan Adleen, seorang pakar psikologi. Semua baginya logik walaupun mungkin tidak bagi orang lain. Dan bila pakciknya yang mendera itu mati dalam keadaan tragis, sedikit demi sedikit terbuka cerita antara dua;yang mana pasti, yang manahanya bayangan mimpi.


ULASAN



Pertama kali lihat buku ini , rasa terpaut untuk mengetahui jalan ceritanya. ‘BAYANG’ sebuah tajuk buku yang sangat unik dan lain dari yang lain. Novel ini konsepnya sangat berat dari novel-novel yang lain. Tapi tak la seberat seekor gajah.hehehehhee..


Ianya karya yang meceritakan kepelbagaian identiti. Kecamuk identiti itu diatur dalam penceritaan seorang yang bernama 'aku'. Kalau tak boleh langsung baca carutan dan bahasa kasar, jangan baca novel ini. Di dalamnya berselerak perkataan bangang, fuck, pukimak , babi dan yang seangkatan dengannya. 

 Bagi saya jalan cerita cerita ini sangat menarik dan bagus untuk membuat otak kita berfikir. Dalam cerita ini kita akan tertanya-tanya sape dia yang sebenarnya..adakah ia sebuah reality atau imaginasi dia sahaja?...

Pelikkan ade juga manusia yang sifatnya begini..terlalu tinggi imaginasinya sehingga membuatkan pemikirannya jauh menyelimpang...orang yang berpenyakit ini perlu diberi rawatan secepat mungkin supaya ia tidak menjadi lebih teruk lagi..

Hmmmm...Mesti korang akan terfikir ape la yang cuba di sampaikan oleh penulis an...huhuhu


apa pun yang berlaku kat dunia ini kita mesti mintak Petunjuk dari Allah..tiap caturanNya pasti ade hikmah di sebalikNya....kesusahan mahupun Kesenangan janganla kita lupakan Allah.............


So, korang jgn lupa ye beli n bace buku ni lau nak tau ending citer ni....


No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers