Contengan Jalanan-HLOVATE
Salam…ola…hah..saya..bukan nak mengulas pasal buku lejen press di sini..bukan sebab tak
minat, tapi sebab ramai sangat dah ambik untuk di review kan..so, saya pilih
Hlovate..confirm semua pernah baca kan novel-novel dia..seronok!
Banyak novel-novel Hlovate yang telah saya ikuti dari zaman
sekolah menengah sampai sekarang seperti TUNAS,
VERSUS, ROOFTOP RANT dan CONTENGAN JALANAN. Mungkin sebab jalan cerita dia
sesuai untuk jiwa saya kot..seronok..meresap ke dada dan semua organ-organ
dalaman..ceh..
Novel Hlovate kebanyakkannya menggarap elemen-elemen yang
positif kepada pembaca, bermotivasi dan mendidik pembacanya untuk berfikir
bahawa dalam hidup manusia itu walau sehebat mana darjat, pangkat dan banyaknya
harta yang dimiliki, setiap manusia itu akan kembali kepada fitrah mereka untuk
kembali kepada kebaikan dan mengenal tuhan mereka.
Contengan jalanan melalui Hlovate adalah mengenai kisah dua
remaja iaitu fend dan k2 sebagai watak utama tetapi mempunyai cerita yang berlainan
sewaktu mencari tuhan. Hlovate membuka
mata saya kerana jalan cerita yang diketengahkan adalah kebenaran yang sedang
terjadi di dalam masyarakat kini dimana hiburan terlalu diagung-agungkan dan
tanggungjawab sebagai hamba yang telah diamanahkan tuhan hanya menjadi perkara
yang biasa jika ditinggalkan seperti kewajipan menunaikan solat fardhu lima
waktu sehari semalam.
Hlovate juga menggunakan dialog-dialog yang santai dan biasa
digunakan dalam perbualan seharian. Walaupun jika dilihat dari sudut tatabahasa
memanglah salah jika mencampur adukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris dalam satu
masa tetapi inilah strategi yang digunakan oleh Hlovate untuk menarik minat
para remaja khususnya untuk membaca karya-karya mereka. Setiap penulisannya
dilihat berdasarkan pengalaman hidup yang telah dilalui sendiri lalu dihasilkan menjadi sebuah cerita
The man that decided to change
on the 12th hour dies on the 11th
Sejujurnya, ayat tu yang buat
saya rasa nak baca lagi sebab nak tahu pengakhiran kisah dalam novel Contengan
Jalanan ini. Pertama kali baca judul buku ni saya ingat cerita yang mengisahkan
tentang kutu rayau atau yang seangkatan dengannya. Tapi Hlovate memang bijak
membuat pembaca tertanya-tanya dan mebuatkan
rasa ingin tahu membuak-buak. Terus terang, novel-novel penulisan
Hlovate ini boleh dikatakan sebagai novel yang digunakan sebagai salah satu
medium untuk berdakwah. Tak rugi untuk dibaca kerana banyak pengetahuan yang
memang tak pernah nak di fikir dek akal ada dalam ni..serius..Hlovate kurang
buat cerita pasal cinta tetapi mengajak pembaca untuk meraih cinta Tuhan.
selingan
Ramadhan tu hanya diertikan oleh tak makan.Ramadhan tu
hanya diertikan dengan bazar Ramadhan.Ramadhan tu hanya diertikan dengan
tarawih & moreh (walaupun tak semua yang moreh tu pergi tarawih).Ramadhan
tu hanya diertikan dengan jemputan berbuka puasa di sana sini (walaupun
sebenarnya orang yang tak puasa bukan kerana uzur pun join sama)
Antara kata-kata Hlovate yang agak sinis tetapi inilah
hakikat. Ramadhan di Malaysia pengertiannya berbeza. Nikmatnya hanya dapat dirasai
oleh mereka yang benar-benar faham. Sepatutnya malam terakhir 10 ramadhan orang
sibuk mengejar Lailatul Qadar, tapi di Malaysia, dah nak habis puasa orang
sibuk megejar Lailatul kamdar..
Ada 2 cerita dalam 1 buku dan 1 harga.Kira tak rugi.
Kisah pertama : Fend.
Kisah Fend dan sepupunya Chad merantau ke Sydney secara
backpacking di bulan Ramadhan.Diorang tinggal di masjid dan menimba
ilmu,menghafaz quran & hadis.Kisah THE ELEVENTH HOUR juga ditekan dalam
kisah Fend. Di Negara bukan majority penduduknya islam, tetapi islam itu lebih
dirasai ketika berada di sana.
The Eleventh Hour sangatlah popular dengan tagline 'The
man that decided to change on the 12th hour dies on 11th hour'. Kalau
tengok ayat dia pun macam bawa maksud lebih kurang ‘berubah sebelum terlambat’.
Alhamdulillah, Chad pergi selepas dia menimba pengalaman
mencari Tuhan dan dia berjaya mencari erti dan tujuan dia hidup dimuka bumi
Allah ini. Kekayaan, gaji besar tidak membawa erti bahagia sedang hati masih
terasa kosong mencari tujuan hidup yang sebenar.
Hidup tanpa cita-cita tu namanya hidup sia-sia
Kisah kedua : K2
Life is full of answers waiting to be discovered
Kisah K2 yang bingung dengan perubahan Fend setelah kematian
Chad.Fend mengajak K2 pergi ke Sydney ke tempat di mana Fend & Chad mencari
pengalaman.
K2 merasakan Fend sudah berubah.Berubah ke arah yang lebih
baik.Pak Tono mengajar K2 erti hidup.Akhirnya,K2 pergi ke Jakarta untuk mencari
makna hidup.
K2 selalu tinggalkan solat fardhu.Ketika berada di
Indonesia,dia terasa dengan kata-kata Indra yang berbangsa
Kristian.Alhamdulilah,K2 terus berubah setelah membaca tafsir quran &
sketchbook lukisan Fend.
Dalam kisah K2 ini, hati pun tersentap apabila K2 berjaya
mencari jalan kembali dan mengenal Allah dengan perantaraan Indra yang beragama
Kristian. Bagaimana??benarlah, sesungguhnya hati ini Allah yang pegang dan
segala-galanya terjadi dengan izinnya juga.
Bumi Allah itu luas .Ilmu-Nya juga luas.Belajarlah dengan
bermusafir.Ramai yang terlupa,alam itu sendiri hebat dalam mengajarkan ilmu-Nya
Na…..nampak x??tengok synopsis dia pon macam best kan..ke
tak??tapi, memang betul, x meyesal pun kalau nak baca novel ni..kurang pasal
cintan cintun..
Hati ini Allah yang pegang..yes..kalau Allah dah
menggerakkan hati kita untuk bergerak menuju redhanya, insyaAllah Allah
permudahkan urusan-urusan hambanya..
No comments:
Post a Comment