Thursday 7 March 2013

SPERMA CINTA 2.0 SENGIH KERANG by AISA LINGLUNG




SPERMA  CINTA  2.0  SENGIH  KERANG

Merupakan sebuah buku yang mengisahkan himpunan dan catatan gembira buat para pembaca yang sukakan pembacaan secara santai dan berjenaka. Ia bukanlah seperti sebuah NOVEL yang mempunyai aturan ceritanya sendiri, juga bukan CERPEN yang mengisahkan perjalanan hidup manusia yang di pandukan bersama watak ciptaan penulis. Namun buku yang tampaknya SIMPLE   ini  mempunyai keunikkan dan identitinya sendiri dalam menyampaikan mesej kepada pembaca.

BOMBASTIK , HIPERBOLA , METAFORA merupakan antara teknik penyampaian dalam penceritaan yang sering kali digunakan oleh penulis novel terkemuka. Walaubagaimanapun, ianya tidak bagi AISA LINGLUNG yang hanya menggunakan bahasa pasar atau lebih mudah bahasa harian dalam penulisan karya tersebut. Bahasa yang mudah untuk difahami dan mempunyai intipatinya yang tersirat mampu memberi kesan kepada setiap pembaca yang memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis.

Karya yang dihasilkan ini mengetengahkan konsep gembira, santai, sindiran dan hentaman yang mempunyai mesejnya tersendiri. Malahan, ia juga turut diselitkan pendapat-pendapat yang bernas dan di ekspresikan melalui penulisan yang sangat kreatif nukilannya. Apa yang menarik mengenai buku ini adalah dimana, penulis menggabungkan kisah benar yang hampir 80% berkait rapat dengan kehidupannya dan selebihnya adalah fiksyen yang direka bagi tujuan untuk menghiburkan pembaca. Hatta, pembacaan karya ini juga akan menimbulkan pelbagai suasana dan emosi yang mengusik jiwa. Pengisian dalam buku ini sangat berpadanan dengan keadaan kehidupan manusia hari ini serta ianya dapat dijadikan pedoman dan teladan buat manusia biasa yang mempunyai keinginan untuk memperbaiki kelemahan diri. Sekian.


Antara komen daripada salah seorang pembaca karya ini :

" BACA BUKU NI IBARAT MERASA NIKMAT SETIAP HIRUPAN KOPI DI AWAL PAGI DAN SEBELUM LENA. MEMANG KAWWWW ! "


Pengulas : NURUL AFIQAH BINTI ROZAINI
BACHELOR OF ACCOUNTANCY 

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers