BUKU
RABIATUL ADWIYAH ADALAH SEBUAH KARYA SASTERA ISLAM. BUKU INI SANGAT INDAH DAN MENYENTUH
PERASAAN SAYA KETIKA MEMBACANYA. BUKU INI MENGANDUNGI CIRI-CIRI KARYA YANG
BERMUTU SASTERA DAN BERPOTENSI MENJADI KARYA EVERGREEN DALAM PASARAN.
BUKU
INI MENGISAHKAN TENTANG RABIATUL ADAWIYAH SEORANG WANITA YANG PALING WARAK DAN
ZUHUD MENDAPAT TARAF WALI ALLAH. KEHIDUPANNYA DIPENUHI DENGAN ZIKIR KEPADA
ALLAH DAN BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH SEHINGGA TUBUHNYA KURUS KERING KERANA
WAKTU MALAMNYA DIA BERTAHAJUD DAN BERMUNAJAT. PADA WAKTU SIANGNYA PULA DIA
BERPUASA DAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU. MAKANANNYA PULA HANYA DENGAN SEPOTONG ROTI
KERING SEKADAR PENGALAS PERUT. KADANGKALA BERBUKA PUASA HANYA DENGAN SEBIJI
KURMA. SEBELUM MENDAPAT TARAF WALI ALLAH RABIATUL ADAWIYAH DIUJI DENGAN
KEMATIAN AYAH DAN IBUNYA SEMASA BELIAU MASIH MUDA. BELIAU PERNAH DICULIK DAN
DIJADIKAN HAMBA.
MEMBACA RABIATUL ADAWIYAH MENGINGATKAN SAYA
SUPAYA TIDAK MUDAH MELATAH JIKA DIUJI OLEH ALLAH. SEDANGKAN WANITA YANG TIDAK
PERNAH SUNYI DARIPADA MENGERJAKAN IBADAT KERANA ALLAH PUN DIUJI JUGA OLEH ALLAH
AKAN TAHAP KEIMANANNYA, APATAH LAGI DIRI KITA YANG DILAHIRKAN SEBAGAI MANUSIA
YANG TIDAK PUNYAI APA-APA.
DALAM
BUKU RABIATUL ADAWIYAH PERINDU CINTA ABADI INI, JELAS KELIHATAN PENULISNYA AMAT
BERHATI-HATI DALAM MENYAMPAIKAN KISAH KEHIDUPAN RABIATUL ADWIYAH. JIKA SELAMA
INI RABIATUL ADWIYAH DIBAYANGKAN SEBAGAI SEORANG WALI KERAMAT YANG TIDAK
TERJANGKAU DARJATNYA OLEH KITA, NAMUN SETELAH MEMBACA BUKU INI KITA DAPAT
MENGENALI RABIATUL ADAWIYAH DENGAN SIFAT KEMANUSIAANNYA. BAHKAN, TERASA
KEAGUNGAN ITU HANYALAH MILIK ALLAH YANG DIKURNIAKAN KEPADA HAMBA-HAMBANYA YANG
TAAT.
KISAH
SRIKANDI ISLAM INI DIPERSEMBAHKAN DENGAN GAYA YANG MENARIK DAN MUDAH DIHAYATI
OLEH PENGARANGNYA ZAHIRUDDIN ZABIDI. MEMBACA NOVEL INI BOLEH MEMBERI KEINSAFAN.
BAHKAN, BAHASA YANG DIGUNAKAN OLEH PENULIS MUDAH DIFAHAMI DAN MUDAH MERESAP KE
DALAM HATI. NOVEL INI SANGAT SEMPURNA UNTUK SAYA DAN KELUARGA, NOVEL INI
MEMPUNYAI CIRI-CIRI YANG SANGAT BERMUTU DAN BOLEH DIJADIKAN PEDOMAN DAN DIDIKAN
UNTUK MUSLIMAH-MUSLIMAH DI ZAMAN YANG SERBA MENCABAR INI.
TIDAK
DINAFIKAN, MEMBACA KISAH SRIKANDI MENDATANGKAN PERASAAN YANG BERBEZA BERBANDING
MEMBACA KISAH PARA SAHABAT. KISAH BERMANFAAT SEPERTI INI TIDAK HARUS DIJADIKAN
BAHAN PENGHIAS RAK-RAK TINGGI DI KEDAI BUKU, KERANA SELAYAKNYA IA DIHAYATI DAN
DIJADIKAN SUMBER PENGAJARAN.
SEMOGA BUKU YANG
BERMUTU SEPERTI INI DAPAT DIHASILKAN LAGI
No comments:
Post a Comment