Sinopsis Belakang Kulit Buku :
Aku mencintai… menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Namun menerima khabar yang dirimu telah dimiliki, haruskah aku mengganggu kebahagiaanmu lagi? Perlukah aku melampiaskan rasa marah dan dendamku pada sahabat yang telah mengkhianati erti persahabatan sejati? Atau mencari gadis lain yang lebih baik… yang setia dan mampu memberikan aku cinta yang suci.
Yang kini berada di hadapan mata… yang saban waktu dapat kuintai hatinya… yang saban hari mencuri pandangan dan menerbitkan rindu dendam. Kenapa harus menafikan hati sendiri? Kenapa perlu ditolak perasaan sayang yang datang bertandang? Seperti kau, aku kira setiap insan mempunyai hak dan alasan di dalam menentukan pilihan… kerana ‘cinta’ datangnya bukan sesuatu yang boleh dirancang.
Kerana kuasa ‘cinta’ mampu menumbangkan kubu keegoan walau dipancang dengan dalam. Lalu Zahin beralih sayang… dia tidak perlu mengecewakan Raihah, kekasihnya hanya kerana cinta silam yang tidak kesampaian. Dia perlu berpijak di bumi nyata… Marini bukan miliknya lagi. Walau Marini meninggalkannya dengan seribu cerita yang menyedihkan… walau Marini pergi dengan seribu satu alasan. Marini bukan siapa-siapa padanya kini. Marini telah dimiliki lelaki yang bergelar suami.
Lalu perlukah direbut kisah silam yang telah menjadi sejarah? Kerana sejarah hanya untuk dikenang, bukan untuk diulang. Walau sesekali dia begitu rindu untuk menjejak memori cinta yang pernah mereka ciptakan bersama. Dan yang sesekali itu… dia bagai tidak mampu untuk menghindarinya…

Pada Pendapat Saya:
Tajuk novel "Rinduku di Angin Lalu" sebenarnya lebih banyak menggamit saya untuk menilai buah tangan sulung Norisah Abu Bakar. Penulis yang berasal dari Singapura ini terserlah kematangannya dalam menggabung jalin sebuah plot yang kukuh dari segi perjalanan idea dan perkembangan watak-watak utamanya.
Kali pertama berpeluang baca novel NOrisah A. Bakar.
Sebenarnya kekerapan beliau berkunjung ke multiply saya yg menggalakkan saya
mencari novel2 beliau :) terima kasih atas kesudian menjengah pondok buruk saya
yg bersawang :)
Cerita ini menarik walaupun dialunkan dalam nada serius. Gaya Norisah banyak
mengingatkan saya kepada gaya Aisya Sofea di mana Norisah gemar menggambarkan
perkembangan emosi dan permainan perasaan Raihah - watak penggerak utama dalam Rinduku
di Angin Lalu dalam menghadapi dilema percintaannya dengan Zahin. Begitu juga
perkembangan emosi watak-watak yang lain. Cerita ini berlatarbelakangkan
suasana di Singapura. Kisah gadis melayu Singapura yg bertudung yg baru mula
bekerja. Kehadirannya di kalangan gadis2 yg lebih selesa berpakaian ringkas dan
singkat menjadikan dia perhatian ramai.
Raihah dijadikan alat untuk Zahin membalas dendam terhadap abang Raihah, Hamzah
yang berkahwin dengan Marini, dulunya merupakan kekasih Zahin. Dendam kerana
cinta yang tidak kesampaian telah mendorong Zahin mengahwini Raihah dengan niat
untuk mendera perasaan dan emosi Raihah.
Kekeliruan emosi Zahin bermula apabila Raihah semakin rapat dengan Alias, teman
sepejabat Zahin juga Raihah, yang pada masa yang sama menaruh hati kepada
Raihah.
Di samping itu, Raihah juga harus berdepan dengan keluarga mertua yang mempunyai
budaya hidup yang berlainan juga kemelut keluarganya sendiri dalam menangani
kerenah adik tirinya, Aina.
Alias awal2 lagi sudah terpaut dgn kesantunan Raihah, namun, kepulangan Zahin
menyekat peluang Alias. Zahin bersungguh2 mahu memiliki Raihah kerana ada
dendam yg tersembunyi. Hamzah (abg Raihah) telah merampas gadis kesayangannya,
Marini, dan mengahwininya. Sekarang dia mahu Raihah jatuh cinta padanya dan dia
akan membiarkan Raihah kecewa, sudah pasti Hamzah juga akan terbias rasa kecewa
itu.
Namun rancangannya menghadapi gangguan kerana Alias juga berminat dgn Raihah.
Lalu Zahin terus memaksa ibunya menghantar rombongan meminang walaupun Raihah
bukanlah dari latar keluarga yang dihormati kerana ayah tirinya seorg penagih
dadah yg sedang dipenjarakan. Dia mahu melunaskan dendamnya walaupun terpaksa
memperisterikan Raihah.
Namun cemburunya makin memuncak setelah Raihah menjadi isterinya. Macam mana
nak kecewakan org yg sudah mula dicintainya? hehe tu la dendam beria-ia. Masa
nak kawin itu ingat ker Zahin dah nak batalkan saat2 akhir dan malukan Raihah
sekeluarga demi melunaskan dendam, tapi biler dengar Alias sanggup ganti, terus
dia berdesup pegi rumah Raihah. hehe.
Dendam Zahin melayang hilang setelah mengetahui sebab sebenar Hamzah
memperisterikan Marini. Hamzah berani membuat perkara yang mungkin Zahin
sendiri tak mampu melakukannya.
Dalam Rinduku di Angin Lalu, watak Raihah digambarkan berlainan sekali dengan stereotype yang selalunya seiringan dengan imej yang dikaitkan dengan wanita Singapura. Saya kira Norisah cuba untuk memperbetulkan stereotype berkenaan dengan mewujudkan watak Raihah yang masih mengekalkan ciri-ciri wanita timur walau Singapura dilanda arus pemodenan yang sebenarnya bisa menggugat budaya masyarakat timur secara amnya.
No comments:
Post a Comment