Sinopsis tentang buku itu :
BULAN
BERBISIK memaparkan perjuangan dua orang wanita. Pertama: Seorang
isteri bernama Khadijah dalam melayari bahtera perkahwinan. Kedua:
Seorang gadis mualaf bernama Aima Adawiyah yang mencari erti sebuah
kehidupan baru..
Khadijah
seorang isteri yang sangat setia telah secara tidak sengaja terbaca
e-mel-e-mel cinta suaminya (Khaled Irfan) pada Aima. Sejak kecil, Aima
(Wong Ai Leen) dibayangi oleh idolanya iaitu Andak Rabiah yang selalu
membacakan syair Rabiah al-Adawiyah. Dia mengenali agama Islam daripada
Andak Rabiah dan berusaha untuk memeluk agama tersebut apabila dewasa.
Namun, dalam pencariannya dia telah terperangkap secara tidak sengaja dalam retorik cinta mainan Khaled Irfan.
Khadijah
pula dalam usaha menyelongkar kcurangan suami, terpikat dengan
syair-syair nukilan Rabiah al-Adawiyah yang dikirimkan oleh Aima kepada
Khaled. Pun begitu, parah di hati hanya dia sahaja yang menelannya
kerana cerita kecurangan sang suami tidak dipekungkan pada sesiapa hatta
kedua ibu bapa. Dalam melayari bahtera, Khadijah menelan duka, menilai
sang suami lewat e-mel-e-mel suami kepada buah hati. Pilunya hati hanya
ALLAH yang mengetahui.
Berbagai-bagai
cara dilakukan buat membalut luka di hati tetapi lara datang juga.
Lambaian Masjidilharam membawanya ke sana dengan keizinan suami. Dia
menemukan sesuatu di bumi anbia; Baitullah, Makam Nabi, Masjid Nabawi,
Raudhah memberi pengertian baru dalam hidup Khadijah.
Berbekalkan
kekuatan diri, setelah pulang ke tanah air, Khadijah mengambil
keputusan untuk bersemuka dengan Khaled Irfan dan Aima Adawiyah.
Dia
akur... andai badai rumah tangga melanda, kolek kecil teroleng-oleng di
samudera besar, nakhoda hilang arah, bukan bererti punah sebuah cerita.
Dugaan ALLAH datang dalam pelbagai cara. Bermunajatlah agar ditunjukkan
ALLAH jalan keluar yang bermakna.
Dan
dia yakin... andai seorang lelaki bergelar suami begitu enteng membuka
ruang cinta baru untuk dihuni hati yang lain, tidak bermakna seorang
wanita perlu menutup perasaan hati dek rasa kecewa. Dunia ini luas,
sangat luas. Tempat manusia melampiaskan selangit cinta. Bukan hanya
cinta sesama manusia tetapi yang lebih bermakna CINTA pada yang ESA!
Komen saya tentang buku ini:
Saya sukakan Bulan Berbisik. Penulis yang gemar melakar cerita dengan
penumpuan kepada pembangunan watak utama sebuah kisah harus mendapatkan
Bulan Berbisik kerana ianya adalah contoh yang ideal bagaimana
pembangunan watak utama boleh memberi kesan kepada gaya penceritaan yang
akhirnya mampu menarik perasaan pembaca untuk terus mengikuti
ceritanya. Novel ini lebih kepada sebuah realiti kehidupan. Sesuai untuk
golongan pembaca matang yang lebih gemar memilih kisah-kisah yang lebih
berpijak di atas bumi nyata
Walaubagaimanapun novel ini kepada saya berat dari segi penggunaan bahasanya. Contoh ibu dan ayah yang
memberikan pesanan pada anak mereka yang baru mendirikan rumahtangga.
Ayat yang digunakan terlalu melankolik pada saya. Saya berasa hanya gunakan
ayat-ayat biasa yang menjadi pertuturan seharian dan bahasa ini susah difahami kepada pembaca yang bukan melayu.
No comments:
Post a Comment