Sunday, 17 March 2013

GERGASI- Khairul Nizam Khairani




Tajuk: GERGASI
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Harga: RM19.90
Penerbit: Fixi
Halaman: 320 mukasurat
Sinopsis: Tahun 1511. Di kala kota Melaka sedang diserang, muncul gergasi misteri yang digelar Batara Waja membantu hulubalang tempatan menghadapi askar Portugis. Namun dalam satu pertempuran, Batara Waja tiba-tiba hilang.

500 tahun kemudian. Siti Nuraini, seorang kurator di Muzium Negara, yang bersahabat dengan seorang pemuda bernama Rizal, telah menemui sebuah artifak aneh. Namun artifak itu hilang sewaktu dalam simpanan muzium. Kotaraya kemudiannya digemparkan dengan kemunculan gergasi yang membunuh manusia-manusia tertentu – dan lagenda Batara Waja kembali.

Rizal mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan gergasi tersebut dan sering pitam. Suatu hari, muncul seorang lelaki bernama Hu Xien yang memberitahu Rizal bahawa dia ada kaitan dengan kemunculan GERGASI itu.
**********
Ramai yang menyangka novel sains fiksyen ini lebih berkisarkan mengenai pertarungan antara robot seperti Transformer apabila GERGASI dihias dengan lakaran robot pada kulitnya hadapan. Peminat novel yang sekadar membaca sinopsisnya juga pasti berfikir sedemikian apabila sinopsis jelas menunjukkan kemunculan robot gergasi dalam jalan cerita.

Namun sangkaan tersebut sama sekali meleset apabila ia hanya seperti sut sarung armor yang ada seperti dalam filem Iron Man mahupun wira Masked Rider yang bertarung dengan kekuatan luar biasa apabila mengenakan sut yang berkuasa tinggi.

Penulis novel ini nyata berani dengan cubaannya ‘menokok tambah’ sejarah peperangan Melaka apabila menceritakan bahawa robot gergasi yang diberi nama Batara Waja telah muncul pada tahun 1511 dan membantu Melaka bertarung dengan Portugis.

GERGASI ini nyata sarat dengan teka teki. Boleh dikatakan terlalu banyak watak yang muncul pada satu-satu babak, dan bersifat berulang-ulang, menyebabkan ada pembaca yang terkeliru dan terpaksa mengulang baca untuk memahaminya. Mungkin ini ada teknik yang disengajakan oleh penulis untuk membuatkan pembaca teruja untuk mengetahui babak seterusnya dan sama-sama menyelesaikan teka-teki tersebut.

Berikut adalah komen oleh Shandye:
“Oleh kerana susunan plotnya yang pada hemat aku agak terpotong-potong dan tidak linear seperti kebanyakan novel konvensional lain, kekurangan kedua yang aku nampak dalam Gergasi adalah dari segi perkembangan watak yang diperkenalkan di dalam novel ini. Satu: terlalu banyak watak yang diperkenalkan sehinggakan aku sendiri sukar untuk berasa 'tenggelam' dan dekat dengan jalan cerita untuk memahami mereka dengan lebih baik. Ambil contoh perkaitan Anwar-Nuraini-Rizal yang terbina pada penghujung suku pertama novel. Ya, mungkin Anwar dan Nuraini bukanlah leading characters seperti Rizal, namun aku kira perincian yang diberikan kepada mereka teramatlah kurang sehingga aku rasakan hubungkait antara mereka bertiga agak mendatar dan tiada dinamik yang kukuh. Dua: disebabkan terlalu banyak watak yang diperkenalkan, pada hemat aku, penulis seperti tidak dapat untuk memperincikan perwatakan setiap watak yang diperkenalkan sehingga ada beberapa watak yang aku anggap agak papery thin dan mendatar dan two-dimensional.”

Rating yang boleh diberikan dalam skala 10 adalah 7/10. Penilaian ini dibuat berdasarkan hasil pembacaaan sendiri dan juga hasil review oleh penulis-penulis blog yang lain. Walau apa pun, syabas dan tahniah buat penulis Khairul Nizam yang telah berjaya menghasilkan novel sains fiksyen yang hebat sekali. Genra ini boleh dikatakan agak baru dalam pasaran Malaysia, maka ia mungkin sukar manarik ramai peminat novel di negara ini yang rata-rata lebih meminati genra romantika dan thriller.



Oleh: Ahmad Haziq Azlan
azlanthetypewriter.blogspot.com


2 comments:

  1. Replies
    1. Ass.wr.wt.saya Ibu puspita wati sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (2548) dan alhamdulillah saya menang (200,35 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
      1.di lilit hutang
      2.selalu kalah dalam bermain togel
      3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
      4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
      5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
      6.Dukun Pelet Sakti
      7.Dukun Santet Ganas
      8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
      dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
      " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

      UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

      AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
      SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

      ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
      «082-313-336-747»  
      ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

      Delete

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers