TAJUK BUKU: TRAVELOG CINTA ABADI
PENULIS: ROZA ROSLAN
PENERBIT: PTS SDN BHD
Keistimewaan Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu ini
terletak pada setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang
mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga
beberapa insan tersayang di sisinya. ~Nisah Haron, [Novelis Lentera Mustika]
Tertarik
dengan kata-kata ini dan ia mempengaruhi saya untuk membaca novel ini yang
ditulis oleh Roza Roslan keluaran PTS
Islamika 2010.
MENARIK!
Amat tertarik
dengan kulit buku yang mengandungi bunga ros yang berkembang mekar dan berwarna
merah apabila pertama kali menampaknya. Ia memberikan saya sesuatu kesegaran
dan istimewa yang memang berbeza dengan buku lain.
Menerusi buku Travelog Cinta Abadi, ia bukan novel imaginasi
sahaja, tetapi autobiografi , pengalaman
dan peristiwa yang merakamkan kembali perjalanan sepanjang hidup Puan Roza yang menawarkan
keindahan dan kisah-kisah kenangan. Jalan cerita
yang dipersembahkan oleh penulis sangat hidup dan menarik seolah saya yang
berada dalam situasi-situasi yang diceritakan. Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah bahasa
yang bagus dan mudah difahami.
Dalam
buku ini, terdapat 93 bab dan 271 muka surat dan kesemuanya mempunyai tajuk yang terus terang. Membaca “Travelog Cinta Abadi: Masa
Yang Berlalu” dapat menyedarkan saya tentang kehidupan. Kisah yang terkandung
di dalamnya penuh dengan warna kehidupan yang pernah dialami bersama ayah, ibu,
datuk, nenek, adik-beradik, rakan dan sanak saudara. Kisah seorang budak
perempuan kampung yang bercita-cita hendak ke luar Negara dan kisah seorang
anak perempuan yang mendambakan kasih sayang ayahnya.
Antara
bab yang menarik adalah ais krim Malaysia, lampu gasolin, batu giling yang remaja
zaman sekarang tidak lagi dapat merasa atau mengetahui bagaimana bentuknya dan
kepentingannya. Selain itu, pengalaman pertama menonton televisyen pasti
menarik untuk diketahui. Ketika itu setiap rumah baru sahaja dimasukkan
pendawaian elektrik oleh Lembaga Letrik Negara (LLN). Kegembiraan ini tidak dapat saya, sebagai remaja kini rasai.
Pada
pandangan saya, melaui novel ini, setiap orang mempunyai pengalaman hidup yang istimewa dan hanya
dia yang berpengalaman, sama ada pengalaman yang dilalui itu pahit, ataupun manis, kesemuanya
mengandungi nilai-nilai yang tidak boleh dinilaikan oleh wang.
“Pengalaman
itu mendewasakan”
Secara
keseluruhannya, novel yang ditulis oleh Puan Roza amat bagus dan manfaat untuk
membaca yang juga ditulis oleh Puan Nisah Haron di ruang khas. Hal ini kerana novel ini amat sesuai
dijadikan bacaan kepada remaja hari ini seperti saya. Kini, kebanyakan
remaja termasuklah saya tidak pernah hidup dalam kehidupan yang susah payah dan
melalui novel ini, saya boleh mendapat gambaran kesukaran hidup pada zaman
dahulu jika berbanding dengan hidup sekarang yang penuh dengan teknologi yang
canggih. Dengan ini, saya lebih mensyukuri dan menghargai kemewahan yang generasi tua kecapai masa
kini.
No comments:
Post a Comment