Tajuk buku :Sherlock Holmes (Sumpah Empah Orang Sahabat)
Pengarang
:Arthur Conan Doyle
Diterjemah oleh :Imran Yusof
Diterbitkan :PTS O.N.E SDN.BHD
Sinopsis
Sherlock
Holmes-sumpah empat orang sahabat
merupakan karya Arthur Conan Doyle yang mengisahkan penyiasatan tentang satu
pembunuhan di Kota London.
Sherlock Holmes merupakan detektif perunding yang
dibantu oleh rakannya Dr.John Watson
membongkar pembunuhan di Pondicherry Logde serta kehilangan harta karun yang
berasal dari Agra ,India.Pembunuhan Kapten Morstan yang begitu rahsia berkait rapat dengan kes
kehilangan harta karun serta penceroboh yang diiringi oleh orang asal dari
kepulauan Andama.
Membongkar kisah betapa setianya empat rakan kepada
perjanjian dan sifat tamak haloba
manusia terhadap harta kekayaan.
Ulasan :
Kisah ini bermula semasa peristiwa pemberontakan
warga india terhadap penjajahan Inggeris dan berakhir dengan adegan
kejar-mengejar menggunakan bot laju di Sungai Thames,London.Ketika di Sungai Thames itu segala rahsia terbongkar
kerana salah seorang daripada “empat sahabat “ tertangkap .Empat sahabat
merupakan Sikh dan yang berjaya ditangkap itu dikenali dengan Jonathan Small.Bila sampai part Jonathan Small
ditangkap rasa berdebar-debar.Ketika ini juga pengarang menggunakan teknik
suspen
Apa yang suspen sangat tu??ting!
Waktu Jonothan Small ditangkap segala rahsia yang dan
persoalan telah terjawab dan tekaan detektif
Sherlock Holmes tepat.Jonathan mula menceritakan kisah hidupnya dan
bagaimana ia berjaya memiiliki harta karun tersebut.Sebelum “empat sahabat” itu
dapat memiliki harta karun tersebut mereka sebelum ini telah hidup sangat
susah.Jonathan sebelum ini merupakan seorang askar namun khidmatnya tidak lama
kerana dia telah melakukan kesalahan yang sangat besar semasa khidmatnya dalam
bidang tentera iaitu dia telah berenang
di Sungai Ganges,India.Waktu tu
ketika dia sedang syok berenang kakinya telah digigit buaya hingga hancur kaki
smapi ke lutut.Nasib dia sangat baik kerana pada waktu itu komanden pun turut
berenang ketika itu.Disebabkan perstiwa itu dia tidak mampu lagi untuk
berkhidmat dalam bidang tentera dan terpaksa menggunakan kaki kayu.Disini jelas
tergambar Jonathan seorang yang sangat tabah.Selain itu dia juga seorang yang
tak pernah putus asa dan semangat tinggi.Tidak lama kemudian India telah
diserang dan berlaku pertempuran dan pembunuhan Abel White.Waktu dia melarikan
diri itu dia tersempak dengan kumpulan SIKH.Waktu itulah SIKH menawarkan ¼ harta karun kepadanya jika ia turut serta
dalam kumpulan itu.
Dalam novel ini banyak menceritakan dan menekankan
sifat tamak haloba pada harta kekayaan hingga sanggup melakukan
pembunuhan.Kerana harta sanggup membunuh sahabat dan saudara sendiri.
Pada pandangan saya buku ini sesuai untuk semua
peringkat umur sebagai bahan bacaan kerana ia banyak membantu dalam mengatur
strategik,seperti Holmes seorang yang sangat teliti dalam penyiasatan hingga
berjaya menyelesaikan kes peembunuhan yang misteri.Cerita Sherlock Holmes lebih
kurang jer dengan cerita detektif Conan dalam melakukan penyiasatan.
Tapi...ada tapinya..saya kurang berminat dengan penggunaan gaya bahasanya kadang-kadang bosan
kerana penulis lebih menekankan kepada fakta sains dalam penyiasatannya dan
membuatkan saya rasa sedikit bosan bila tiba baca part itu.Bagi saya penulis
patut ketengah gaya bahasa penyiasatan yang
mudah difahami dan banyakkan “brainstorming” supaya pembaca akan merasa lagi
“feel and cool “untuk mengetahui tektik penyiasatan yang hebat Walaupun saya
kurang berminat dengan bahagian gaya bahasa lebih kepada fakta,namun ada yang
menarik perhatian saya kerana penulis banyak menggunakan bahasa asing seperti
bahasa Perancis dan bahasa India.Antaranya:
Magnifiques,coup-de-maitres
( bahasa
perancis)
Khitmughar(panggilan untuk pembantu rumah
yang berbangsa India)
Saya belajar perkataan Perancis dan india yang baru
sepanjang tempoh “berdating” dengan novel penyiasatan ini.
*bagi yang suka kepada cerita penyiasatan dan
cabaran boleh la baca buku Sherlock Holmes.Buku ini ada versi bahasa inggeris
dan bahasa melayu.Dan ade banyak siri.Okey jadi promote untuk buku Sherlock
Holmes!!untuk jadi detektif cool blh la tiru gaya Holmes yang cool dengan mukanya
yang tak de perasaan kadang-kadang.
"Bagi saya penulis patut ketengah gaya bahasa penyiasatan yang mudah difahami dan banyakkan “brainstorming” supaya pembaca akan merasa lagi “feel and cool"
ReplyDeleteSayang sekali penulis tersebut sudah lama kembali pada pencipta.
Bersemadilah kau dengan aman wahai
"Sir Arthur Conan Doyle"
112 Baker Street Club