Sunday, 10 March 2013

Bau Semangat Anak Muda by Nami Cob Nobbler


Sinopsis Buku :

"Balik berserta senyuman, aku berjumpa kembali member lama, Hafiz. Paling best bila bercerita tentang membuat band baru. Aku dah mula bersemangat-semangat lama yang telah hilang, telah kembali. Bau semangat anak muda smells like teen spirit."

Novel "Bau Semangat Anak Muda" menceritakan tentang anak-anak muda yang punya cita-cita menubuhkan band sendiri dengan pengaruh muzik grunge. Dengan ledakan adrenalin berpandukan semangat Kurt Cobain, Nizam menempuh rona-rona kehidupan di samping kerenah sahabat-sahabatnya; dan melalui mereka, dia belajar mengenal erti bau semangat anak muda. 


Ulasan Buku :

Emm mungkin bila ramai tengok saja tajuk “Bau Semangat Anak Muda”, mereka mesti fikir yang novel ini mesti jalan cerita dia biasa-biasa je, skema and tak berapa nak menarik. Ha sebab nampak tak menariklah saya tertarik untuk beli buku ni. Kadangkala apa yang kita lihat tidak menarik itu sebenarnya lagi best untuk dibaca. Lepas baca saja sinopsis belakang buku ni, saya tertarik nak beli sebab jalan cerita dia berkaitan seorang anak muda yang sememangnya tidak pernah kenal erti penat untuk memperjuangkan muzik grunge yang sekarang ini tak berapa ramai yang minat sangat. Watak utama novel, Nizam memang minat sangat muzik grunge dari kecil dan dia sempat pasang angan-angan untuk jadi rock star menyanyi atas pentas gig.
Penceritaan novel ini memang agak menarik sebab dengan keletah kawan-kawan si Nizam. Orang pertama yang pengaruhi dia dengan muzik grunge ialah seorang makhluk Allah yang menggelarkan dirinya sebagai Dave, sempena nama drummer Nirvana, Dave Grohl (walhal nama sebenar Daud). Kalau dia tak jumap si Dave ni, memang selamanya Nizam cuma kenal band Exists je. Dari sini kita boleh lihat betapa besarnya pengaruh muzik ataupun hiburan ke atas anak muda dan kalau tanpa pegangan agama yang kuat, memang boleh membuatkan mereka ketaksuban melampau pada hiburan.

 Melalui novel ini sebenarnya kehidupan Nizam banyak dikongkong oleh orang tuanya. Asal buat salah sikit, mesti kena sebat dengan tali pinggang, lepas tu kena hantar tinggal kat kampung nenek dia la sebab ibu bapa dia tak tahu dah nak didik dia macam mana lagi. Ha, nampak sangat yang ada segelintir ibu bapa dengan mudahnya nak letakkan tanggungjawab mendidik anak atas bahu orang lain! Cepat sangat mengalah.
 
Jalan cerita novel ni menjadi sangat menarik lepas saja si Nizam ni jumpa dengan Hafiz dan melalui Hafiz, dia kenal seorang gitaris misteri iaitu Azlam (Lam). Dari segi pengenalan watak Lam ni saya bayangkan Lam ni macam mamat yang tak terurus sebab dia ada masalah dengan keluarga dan dia pun tak seperti watak lain yang belajar tinggi-tinggi. Tapi Lam ni sebenarnya lagi pandai dari yang lain sebab dia ada pegangan dia sendiri. Dia tak belajar sampai universiti sebab dia nak pilih jalan hidup sendiri. Pada pandangan dia, hidup masyarakat sekarang tanpa sedar menurut kepada satu aturan yang telah diaturkan oleh daulah atau negara. Lihat saja impian semua orang terutama sekali anak muda sama saja – lepas habis sekolah nak masuk universiti, lepas itu sambung dapat kerja, beli kereta dan rumah, cari pasangan hidup kemudian kahwin. Bila saya teliti juga, memang betul apa yang Lam cakap. Nampak sangat semua orang mengalami rutin atau corak kehidupan yang hampir sama sekali. Tapi apa yang tak bestnya, watak Lam tamat dengan menyayat hati sebab dia meninggal dunia sebab kemalangan sampai wajah dia tidak dapat dikenal pasti.

Selepas itu, novel ini sebenarnya membuka mata kita yang bumi ni sebenarnya kecil sahaja. Sejauh mana dan selama mana kita pergi, insyaAllah dengan izinnya kita akan bertemu jua. Macam watak Nizam, seorang anak muda yang sampai umur 27 tahun tiada kekasih lagi pernah terjatuh hati pada seorang gadis bernama Kamelia masa dia zaman sekolah dulu tapi disebabkan dia tak berani nak luahkan, jadi melepas macam itu sajalah. Nizam sebenarnya mahu juga bercinta seperti kawan-kawan dia yang lain tapi entah kenapalah dia tak berjaya jumpa apa yang dia sebenarnya nak.  Tapi pada akhir babak novel ini, dia mengikut kata-kata sahabatnya, Luq – 

Try pergi satu hari tanpa hala tuju. Lepas ni kau secara tak sengaja akan terjumpa apa yang kau nak jumpa, mungkin. Kalau tak jumpa pun, kau tak menyesal apa-apa.” 

Akhirnya, kata-kata Luq ni membuahkan hasil bila di akhir babak cerita ini, Nizam bertemu semula dengan Kamelia. Dalam diam Kamelia rupa-rupanya ada hati pada Nizam. Tapi cerita pasal mereka berdua agak tergantung sebab tak tahu sama ada kedua-duanya ini akhirnya jadi kekasih atau kahwin ke tak. Saya agak kecewa sikitlah dengan pengakhiran novel ini.

Tapi saya memang kagum kreativiti penulis yang selitkan bait-bait lagu atau ungkapan-ungkapan penyanyi dan sang pujangga yang sememangnya mempunyai kaitan dengan penceritaan setiap babak. Ada satu rangkap ungkapan yang pada pendapat saya telah menjadi pegangan watak Nizam yang sememangnya sangat sayang akan band dia dan rakan-rakannya yang digelar "Mangkuk Hayun band". Walaupun selepas 10 tahun Lam meninggal pun, Nizam masih lagi berhubung dengan ahli-ahli lain. Di sini menunjukkan betapa tingginya semangat setiakawan antara watak-watak novel ini. Inilah kata-kata Kurt Donald Cobain yang bersesuaian dengan tema novel Bau Semangat Anak Muda - 

"Our little group has always been, and always will until the end." 

Keseluruhannya, novel ini banyak memberi pengajaran dan kesedaran pada kita tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekeliling kita. Saya tertarik dengan kata-kata seorang pembaca tentang novel ini – 

“Semua babak dalam novel ini memang tiada aksi sebab ianya adalah tentang kehidupan seharian watak utama, apa yang dia fikir, apa yang dia buat, siapa dia jumpa, apa yang dia cakap, apa yang dia rasa. Tapi memang itulah kehidupan. Memang hidup kita agak mendatar dan membosankan. Mana ada hari-hari kita akan berjumpa perkara yang menerujakan. Hidup umpama marathon yang panjang. Kita mengulangi rutin yang sama setiap hari, kecuali amat sedikit ada perkara baru yang datang dalam hidup, sehinggalah kita mati baru rutin yang bosan itu akan terhenti.”

Cuma apa yang saya agak tidak berpuas hati dengan novel ini ialah penggunaan bahasa yang agak kasar, lucah dan kesat yang digunakan penulis. Bagi generasi muda terutamanya kanak-kanak sememangnya tidak sesuai untuk membaca novel sebegini sebab dikhuatiri akan alami kejutan budaya. Mungkin bagi sesetengah budak-budak dari kawasan yang memang biasa dengan gejala sosial ini tidak berapa terkesan sangat dengan bahasa-bahasa sebegini sebab nilah bahasa yang kita budak-budak bandar selalu pakai.  Tapi bayangkanlah kalau budak-budak yang baik-baik yang baru nak berjinak-jinak dengan buku keluaran Lejen Press ini mesti terkejut dengan bahasa yang digunakan. Lagi satu takut mereka ini terpengaruh untuk guna bahasa kasar konon nak menampakkan mereka ni cool dan bandar sikit. Dah tak pasal-pasal dapat dosa percuma sebab ajar yang bukan-bukan. Hee~ Penggunaan bahasa yang tidak elok didengar ini sebenarnya menunjukkan betapa rendahnya darjat dan akhlak anak muda sekarang terutamanya orang Melayu yang beragama Islam. Kan selalu orang cakap keperibadian seseorang itu kita dapat kenal dengan cara dia berkomunikasi. Jadi gunalah bahasa yang sesuai. Islam pun sememangnya menyuruh kita gunakan bahasa yang elok setiap masa apatah lagi dalam menasihatkan orang lain. Saya pasti tujuan penulis menulis buku, sebenarnya dia nak berkongsi dan memberi sedikit sebanyak teladan dan panduan pada para pembaca. Jadi, gunalah bahasa yang elok sikit supaya ia dapat buktikan betapa profesionalnya penulis itu. Memang agak rugilah kalau buku-buku keluaran Lejen Press ini tidak dapat dipasarkan secara meluas akibat penggunaan bahasa yang tidak sesuai sebab buku-buku mereka sebenarnya sarat dengan nasihat dan membuka mata setiap orang apa yang sebenarnya berlaku disekeliling kita ini. 

Apa-apa pun good luck and hwaiting untuk keluaran Lejen Press akan datang. After this saya memang jadi peminat buku-buku keluaran merekalah.. Hehehe ^_^



2 comments:

  1. salam. buku ni ada sambungan ? ke memang sengaja buat pembaca terseksa ?? haha .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro..tau x mne nk cari buku ni? Nk bace sgt...cari kt bookstore dah xde n xkeluar lagi...klau bro ade jual kt sye boleh? Hee

      Delete

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers