Friday 8 March 2013

Bagaikan Puteri- Ramlee Awang Murshid (LEE LI WEI)

Tajuk: Bagaikan Puteri
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM19.90
Penerbit: Alaf21
Muka Surat : 560
Tahun : 2005



Sinopsis: 

Bagaikan Puteri watak Haryani dan Laksamana Sunan yang saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Jadi mereka dari zaman yang berbeza. 

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.


Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati! 




Komen saya:

Bagaikan Puteri yang saya baca membuatkan saya jatuh hati pada hero dalam cerita ini iaitu Laksamana Sunan! Ia mungkin itu suami yang di idam-idamkan oleh anak-anak dara zaman sekarang. Watak yang sungguh ideal, perfect and da' bomba!

Dalam berbanyak karya abang Ramlee Awang Murshid kita ini, ini satu-satunya karya beliau yang mengimbas masa lampau (kira dalam sejarah). Kesah sejarah yang dia reka sendiri, menjerumuskan diri aku benar-benar ke zaman kesultanan Melayu dulu kala, zaman Hang Tuah.

Jalan cerita tersusun dan satu lagi penuh dengan misteri. Kisah dua zaman yang berlainan dan kisah-kisah pahlawan-pahlawan, kiai-kiai dan hantu-hantu yang mistik. Macam cerita-cerita sejarah bukan? Sudah tentu bukan. Tak menarik? Hey siapa kata? Bagaikan Puteri ini memang menarik sekali!

Saya ralat tentang Bagaikan Puteri ini, hanyalah watak Haryani yang agak kosong dan mendatar serta tidak berkembang. Mungkin masa yang lain lagi, Ramlee Awang Murshid boleh menyelami hati seorang wanita dengan lebih mendalam lagi.

Bagaikan Puteri memang menarik sebab mereka dari zaman yang berbeza. Kita boleh fantasi dengan cerita ini. Kengkawan saya semua amat suka dengan cerita ini. Seswai untuk orang dewasa apatah lagi remaja. Jadi, saya rekomenkan korang baca lah cerita ini, you will never stop reading, gerenti puas hati.

1 comment:

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers