Awek
Chuck Taylor (ACT) mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Hafiz, watak
utama yang berusaha mencari cinta tanpa jemu. Hafiz terperangkap dengan cinta 3
segi apabila bercinta dengan Mira, dan kemudian bercinta dengan adik Mira
bernama Nana. Cerita ini kemudiannya diselitkan dengan babak perkenalan Hafiz
dengan adik angkatnya dan pemergian Mira dan Nana ke luar Negara.
Daripada
apa yang saya baca, buku ini banyak menyentuh tentang aspek kehidupan anak
muda, seperti pergaulan, cara hidup, kekeluargaan, cinta, akademi dan
sebagainya. Rasanya fokus utama dalam buku ini adalah percintaan antara Hafiz
dan Mira. Selain itu, konflik percintaan antara Hafiz, Mira dan adiknya Nana
membuatkan cerita ini sangat menarik untuk dibaca. Malah, dalam buku ini juga
ada unsur-unsur kekeluargaan yang sangat akrab antara Mira dan adiknya, Nana.
Mira sangat sayangkan adiknya sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi
kebahagiaan adiknya. Karakter dia sangat menyentuh perasaan saya dengan mengenangkan
pengorbanan seorang kakak yang sanggup jaga adik dia sepanjang masa.
Saya
ada pernah terbaca yang sebenarnya novel ini merupakan kisah benar si penulis
sendiri, Nami. Hafiz sebenarnya merupakan Nami dalam dunia realiti. Semua watak
dalam ACT adalah berdasarkan orang yang pernah penulis kenal. Tapi penulis telah
mengubah nama mereka di dalam ACT. Dan sebenarnya, cerita ini telah ditulis
terlebih dahulu didalam blog Nami (tehtarikgelasbesar.tumblr.com) kemudian baru
ianya dibukukan, supaya mudah si pembaca memahami jalan ceritanya mengikut
kronologi. Bagi saya, si penulis ni agak berani untuk menulis pengalaman hidup
sendiri untuk dibaca oleh khalayak umum. Secara jujurnya, saya memang tabik
pada orang yang sanggup berkongsi hal peribadi mereka, terutamanya kisah cinta
mereka kepada orang lain.
Dari
segi jalan cerita, saya mengaku jalan ceritanya agak berterabur. Tambah lagi, ada
muka surat yang tersilap disusun, membuatkan pembaca agak keliru dan sukar
untuk memahami jalan ceritanya. Selain itu, tiada selang satu baris antara perenggan
(tak semualah) dan tiada selang antara noktah dengan huruf pertama pada ayat
baru. Nampak seperti benda kecil, tapi ia sedikit membunuh mood untuk membaca. Pengakhiran
bagi cerita ni juga agak tergantung. Tetapi boleh dikatakan secara
keseluruhannya cerita ini agak menyedihkan kerana ia berakhirnya dengan
kematian Mira dan Nana.
Dari
segi penggunaan bahasa pula, penulis menggunakan campuran Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris dalam ACT (ada sedikit Bahasa Itali). Bahasa Malaysia yang
digunakan bukanlah Bahasa Malaysia Skema, tapi bahasa pasar seperti percakapan
harian kita untuk menjadikan ia lebih realistik, dicampur dengan bahasa carutan
yang menjadikan ia lebih realistik. Bagi saya sebagai anak muda, memang menarik
dan mudah memahami penggunaan bahasa yang digunakan dalam ACT ni. Tapi
kadang-kala ada beberapa bahasa kesat juga digunakan, membuatkan ianya tidak
sesuai dibaca oleh golongan-golongan tertentu (buku ini memang sesuai untuk
bacaan anak muda sahaja). Tambahan pula,
banyak juga kesalahan tatabahasa dan ejaan yang dapat dikesan daripada
pembacaan saya dalam ACT ni. Tapi secara
keseluruhannya bagi pendapat saya penggunaan bahasa yang digunakan dalam ACT ni
cukup dengan gaya yang santai dan slanga yang difahami.
Kesimpulannya,
bagi saya novel ni memang seronok kerana cara penulis mengolah setiap isi
cerita untuk menjadikan jalan cerita menarik sangat kreatif, penulisan yang
tidak begitu berat, sangat sesuai untuk dijadikan hobi masa lapang, relaks dan
tenang saja cara penyampaianya. Cerita pasal ending novel ni memang tak sangka
yang endingnya akan jadi sedemikian rupa dinama Mira dan Nana meninggal dunia. Bagi
pendapat saya, selalunya hero dengan heroin mesti happy ending kan? Jadi,
pengajaran dalam cerita ni, kita tak semestinya bahagia bila bersama dengan
orang yang kita sayang.
Nana je yg meninggal . Mira masih ada . Nana meninggal sebab choking allergy kacang .
ReplyDeleteAaaaa sedihnyaaa last skaliii, sian hafizzzz
ReplyDelete