TAJUK: DIARI SUFI
Diterbitkan Oleh: MUST READ SDN. BHD.
35,
Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa
Melati,
53300
Kuala Lumpur.
Penulis Buku: SITI MUNAZAKIAH
FEEDBACK:
Buku ini mengisahkan tentang kehidupan penulis
dimana meluahkan kisah suka duka kehidupan beliau kedalam sebuah diari yang
bernama Sufi. Di dalam buku “Diari Sufi” ini beliau menceritakan kisahnya sejak
kecil sehinggalah dewasa. Beliau mengatakan bahawa tidak semua benda mampu
diungkap. Sehubungan dengan itu, beliau menceritakan segala kisah beliau ke
dalam buku ini. Buku ini juga mengandungi doa-doa segaris dengan cerita
penulis.
Kebaikan buku
“Diari Sufi” ini adalah, penulis meletakkan doa-doa dan santapan akal dimana
dapat menambahkan pengetahuan pembaca dan secara tidak langsung dapat
dipraktikkan oleh pembaca ke dalam kehidupan seharian. “ Doa memberikan
kekuatan kepada orang yang lemah, Membuat orang tidak percaya menjadi percaya.
Memberikan keberanian pada orang yang ketakutan”.
Manakala,
keburukan buku ini pula adalah penulis ada mengatakan bahawa dia bertengkar
dengan ibunya. “ Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia
hati, tidak kita pada sahabat, teman, mahupun keluarga. Tidak semua rahsia hati
mampu diluahkan dengan kata-kata. Maka lahirlah “Diari Sufi” yang diselitkan
dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan
keredaanNya”. Disebab kan penulis mengatakan bahawa tidak semua perkara mampu
diungkap, beliau hanya memohon maaf dengan ibunya didalam diarinya sahaja yang
bernama Sufi itu dan hanya berdoa. Bagi saya, perkara yang melibat kan manusia,
terutamanya kedua ibu bapa, kita seharusnya memohon maaf secara berdepan dan setelah
itu, disertakan doa. Bukannya hanya mendiamkan diri dan membiarkan ibunya
terguris. Tambahan pula syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Secara
kesimpulannya, buku ini ada kebaikkan dan keburukkannya. Diharapkan pembaca
yang lain dapat mengambil kebaikkan di dalam buku tersebut dan menjadikannya
pedoman. Dan keburukkannya sebagai sempadan. Sekian...
No comments:
Post a Comment