Tajuk: Sperma Cinta
Terbitan: Lejen
Press
Penulis: Aisa
Linglung
“ Lebih kelakar daripada
cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah”
Nazuwan, Beautifulnara.com
Sperma
Cinta. Tengok tajuk memang tak rasa nak beli. Buku ni aku beli sebab aku tengok
kat kulit depan buku review dari nazuwan, beautifulnara.com dia tulis
"lebih kelakar daripada cerita hantu kak limah balik rumah." hebat
bunyinya. hantu kak limah memang ternyata dapat buat orang ketawa guling-guling
jadi aku nak pastikan sejauh mana kebenaran sperma cinta lebih kelakar daripada
cerita hantu kak limah balik rumah.Kalau tengok tajuk macam buku 18sx,tapi
sebenarnya novel ini menceritakan kisah hidup penulis iaitu Linglung dari
beliau kecil sehingga kini.Menurut kata beliau novel ini merupakan 80% cerita
adalah kisah benar dan menggunakan ganti nama gua,menyebabkan aku berasa
seolah-olah menjadi orang samseng
Aku mengambil masa beberapa hari untuk menghabiskan bacaan. Pada aku,
memang tak rugi beli. Kandungannya merangkumi pelbagai cerita pendek yang
berkisarkan tentang kehidupan penulis dari zaman kecilnya sehingga dewasa serta
diselitkan juga kisah-kisah kehidupan manusia yang berada di sekeliling kita.
Menarik! Bahan bacaan santai tetapi ada di antaranya yang memberi mesej
tertentu. Selepas khatam buku ini, korang akan faham apakah yang dimaksudkan
dengan Sperma Cinta.
Buku ini terdapat lima bahagian iaitu :
1st- certro
Terdapat dua cerita
hilang nafsu dengan Sperma Cinta yang mempunyai pembukaan yang baik. Aku rasa
layak dibaca oleh orang yang berfikiran positif
dan terbuka kerana penulis menyelitkan sedikit unsur-unsur 18sx dalam scene Mak Munah dengan Pak Megat.
2nd-cerdup
Kisah hidup Linglung
dari dia kecil sehingga dewasa.Cerita awek nak pakai sweater pergi stadium buat
aku ragu-ragu awek tu manusia atau jelmaan puteri-puteri zaman hang tuah.
3rd-cerkon
Kisah Syukraay sayang
Shidu memang sedih.Banyak jugak cerita mengarut kat sini sebab ramai artis
popular melibatkan diri tu maher zain, justin bieber.
4th- cerkon
Dalam bab ni ada 3 je
cerita . yang pasti bukan cerita semata ada benda yang Linglung sampaikan.
lebih serius. tapi kau boleh ketawa jugak. agak sarkastik.
"biar ada jejak
dalam berimpian. biar ada daya dalam berangan-angan"
5th-certup
Pejam celik pejam
celik dah besar Linglung rupanya. Setiap orang membesar dan menjadi dewasa. dan
melalui macam-macam dugaan cubaan pengalaman.
Tiada kata secantik
bahasa.Tiada rasa seindah cinta.Kita bermula dari sperma,bertarung dengan yang
lain dan kita menang.- Linglung
“100 bermula dengan
angka 1”
No comments:
Post a Comment