Book review
Buku yang
dipilih oleh saya ialah Sang Pemimpi.Pengarang buku ini ialah Andrea Hirata.Tahun
yang menerbitkan buku ini ialah pada tahun 2006.Faktor yang saya memilih buku
ini sebagai ‘book review’ ialah novel ini merupakan pemikiran pengarang
terhadap nilai kemanusian , kekuatan diri dan keberanian serta kepercayaan
kepada tuhan .Selain itu, novel ini juga menggunakan berbagai gaya bahasa indah
yang penuh dengan symbol, simile ,metafora , eufimisme,sirikomlukasi yang
tinggi nilai estetiknya.Oleh itu , novel ini mempunyai penilaian yang tinggi
serta boleh menarik perhatian saya untuk membaca. Tambahan pula, novel ini
mempunyai isi tersirat dan isi tersurat serta menambah kesedaran saya terhadap
falsafah yang cukup rasional ,erti perjuangan hidup dalam kemiskinan yang
begitu membelit dan cita-cita yang cukup gagah yang di dukung seperti dua watak
dalam novel ini iaitu Arai dan Ikal.Novel ini juga membuatkan saya merenung ke
dalam diri sendiri dengan penuh pengharapan , menolak semua rasa putus asa dan
tidak berdaya.
Ulasan saya
Selepas saya membaca novel ini saya
terdapat beberapa nilainya. Nilainya yang pertama ialah gigih. Ketiga-tiga
tokoh dalam buku ini mempunyai mimpi yang sangat tinggi, kerana bagi Arai, orang susah seperti mereka tidak akan berguna tanpa mimpi-mimpi. Mereka berdua mempunyai mimpi yang tinggi iaitu melanjutkan study ke Sarbonne Perancis. Mereka terpukau dengan cerita Pak Beia, guru seninya, yang selalu meyebut-nyebut indahnya bandar itu. Kerja keras, menjadi kuli ngambat mulai pukul 2 pagi hingga jam 7 dan dilanjutkan dengan sekolah, itulah perjuangan ketiga pemuda itu. Mereka mempunyai semangat yang tinggi serta kegigihan
kepada fikiran mereka untuk menghadapi cabaran yang susah.Kegighan tokoh-tokoh
dalam buku ini juga berusaha mengubah kehidupan mereka sekarang supaya menjadi
lebih baik pada masa hadapan .
Tambahan pula, pengarang berkisah
tentang kehidupan zaman awal dan akhir remajanya yang keras untuk memburu
pendidikan.
Watak utama mewakili anak-anak
yang hidup di bawah paras kemiskinan sehingga terpaksa bekerja keras selama
bertahun-tahun, menabung untuk keperluan pendidikan dan ilmu yang mereka
dambakan.Apa yang menghidupkan mereka hanyalah mimpi-mimpi yang indah; untuk
menjadi sarjana, menuntut ilmu hingga ke Peranchis, di altar tempat pemujaan
ilmu Universiti Sorbonne yang terkenal.Melalui kisah mereka, kita dapat melihat
bagaimana pendidikan yang berlandaskan keikhlasan para guru dan sokongan
masyarakat sekitar ternyata dapat melahirkan insan yang begitu mencintai ilmu
walaupun dalam serba kekurangan.Kritikan halus Andrea Hirata cuba membangkitkan
orang Melayu untuk memperbaiki keadaan sosial dengan menyedari kelemahan sikap
mereka terlebih dahulu.Sang Pemimpi juga menyentuh masalah kepimpinan dalam
masyarakat - bagaimana seharusnya seorang pemimpin bersikap, serta ketulenan
seorang pemimpin yang terbukti antara laungan gagasan dan amalan sebenar mereka
dalam kehidupan.
Justeru, novel ini dapat
memberikan motivasi seperti watak utama dapat terus
berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan .Novel ini juga dapat memacu
pemikiran kita untuk lebih peka terhadap kesempatan
yang ada.Novel ini juga dapat membangkitkan semangat kita untuk
terus berusaha meraih mimpi atau cita-cita yang
diinginkan dan berjaya pada masa hadapan. Justeru, kekayaan bahasa dan kekuatan aliran yang terdapat dalam novel ini secara sempurna.Pengarang bermain imaginasi berfikir yang dituangkan dengan bahasa-bahasa intelektual yang berkelas .
Selain itu,
dalam pendapatan saya novel ini mempunyai nilai tentang agama. Agama merupakan
sudut pandang yang mengikat manusia dengan Tuhan Pencipta alam dan seisinya.
Berbicara tentang hubungan manusia dan Tuhan tidak terlepas dari perbahasan
agama. Agama merupakan pegangan hidup bagi manusia. Agama dapat pula bertindak
sebagai pemacu faktor kreatif, kedinamisan hidup, dan perangsang atau pemberi
makna kehidupan. Melalui agama, manusia pun boleh mengekalkan keutuhan
masyarakat agar hidup dalam pola kemasyarakatan yang telah tetap sekaligus
memimpin untuk meraih masa depan yang lebih baik.
Contohnya,dalam
novel ini ia tersebut "Jimbron adalah seorang yang
membuat kami takjub dengan tiga macam kehairanan. Pertama, kami hairan kerana
kalau mengaji, ia selalu dihantar seorang pendeta. Sebetulnya beliau adalah
seorang pastor kerana beliau seorang Katolik, tapi kami memanggilnya Pendeta
geovany. Rupanya setelah sebatang kara seperti Arai ia menjadi anak asuh sang
pendeta. Namun, pendeta berdarah Itali itu tak sedikit pun bermaksud menukar
keyakinan Jimbron. Beliau malah tak pernah lewat jika mengantarkan Jimbron
mengaji ke masjid "(SP, 61)
Tokoh Jimbron
dalam novel Sang Pemimpi mencerminkan tokoh yang taat beragama dengan mengaji
setiap harinya, walaupun dia hidup di persekitaran agama yang berbeza, iaitu
agama Katolik. Penamaan nilai agama yang tinggi mampu menumbuhkan sikap sabar,
tidak sombong dan tidak angkuh pada sesama. Manusia menjadi saling mencintai
dan menghormati, dengan demikian manusia boleh hidup harmoni dalam hubungannnya
dengan Tuhan, sesama manusia mahupun makhluk lain. Jika setiap manusia akan
saling menghormati dalam menjalankan agamanya, maka hubungan yang harmoni akan
terjalin dan akan menjadikan hidup manusia menjadi tenteram dan bahagia kerana
nilai agama merupakan kaitan antara manusia dengan Tuhan sebagai sumber
ketenteraman dan kebahagiaan di dunia. Nilai agama akan menanamkan sikap
manusia untuk tunduk dan taat kepada Tuhan atau dalam kehidupan seharian kita
kenal dengan takwa.
Novel ini
juga terdapat nilai dari segi pendidikan sosial.
Nilai sosial merupakan hikmah yang dapat diambil dari
perilaku sosial dan tata cara hidup sosial. Suatu kesedaran dan emosi yang
sangat lestari terhadap suatu objek, idea-idea, atau orang juga termasuk di
dalamnya. Karya sastera berkait rapat dengan nilai sosial, kerana karya sastera
boleh pula berpunca dari kenyataan-kenyataan yang berlaku di dalam masyarakat.
Nilai sosial merangkumi keperluan hidup bersama, seperti kasih sayang,
kepercayaan, pengakuan, dan penghargaan. Nilai sosial yang dimaksudkan adalah
kepedulian terhadap persekitaran. Kepedulian tersebut dapat berupa perhatian
mahupun berupa kritik. Kritik tersebut dilatar belakangi oleh dorongan untuk
memprotes ketidakadilan yang dilihat, didengar mahupun yang dialaminya.
Misalnya,dalam novel ini berkata "Aku ingin menyelamatkan Jimbron walaupun benci setengah mati pada Arai. Aku dan Arai menumpang Jimbron dan beruntung kami berada dalam labirin gang yang membingungkan. "(SP, 15)
Kutipan di atas dapat di jelaskan bahawa walaupun Ikal sangat benci kepada Arai tapi jiwa penyokongnya kepada Jimbron masih tetap ada dalam dirinya, kerana dia merasa walau bagaimanapun mereka adalah bersaudara.
Nilai
sosial berkenaan dengan kemanusiaan dan membangunkan kehidupan bersama, seperti
kasih sayang, penghargaan, kerja sama, perlindungan, dan sifat-sifat yang
ditujukan untuk kepentingan kemanusiaan lainnya yang merupakan kebiasaan yang
diwarisi secara turun temurun. Contohnya, "Aku
membantu membawa buku-bukunya dan kami meninggalkan pondok berdinding lelak
beratap daun itu dengan membiarka pintu dan jendela-jendelanya terbuka kerana
dipastikan tak kan ada siapa-siapa untuk mengambil apa-apa." (SP, 25)
Di samping itu,sifat membalas budi atas kebaikan orang lain pada nilai sosial adalah amat penting. Sifat tersebut juga bertujuan untuk membina sikap saling mengambil berat dan saling peka antara sesama. Sifat tersebut tersirat dalam petikan di bawah ini.
"Aku ingin membahagiakan Arai. Aku ingin berbuat sesuatu seperti yang ia lakukan pada Jimbron. Seperti yang selalu dia lakukan padaku. Aku sering melihat kasut yang menganga seperti buaya berjemur tahu-tahu sudah rekat kembali, Arai diam-diam memakunya. Aku juga selalu hairan melihat butang bajuku yang lepas tiba-tiba lengkap kembali, tanpa banyak cincong Arai menjahitnya. Jika terbangun malam-malam, aku sering dapati telah berselimut, Arai menyelimuti. Belum terhitung kebaikannya waktu ia membelaku dalam perkara rambut belah tengah toni Koeswoyo saat aku masih SD dulu. Bertahun lewat taoi aku tak kan lupa Rai, akan kubalas kebaikanmu yang tak terucapkan itu, jasamu yang tak kenal pamrih itu, ketulusanmu yang tak kasatmata itu. "(SP, 186).

Novel Sang Pemimpi menegaskan
bahawa keadaan ekonomi bukanlah menjadi halangan seseorang dalam meraih
cita-cita dan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya.
Kemiskinan adalah penyakit sosial yang berada dalam ruang lingkup materi
sehingga tidak berkaitan dengan kemampuan otak seseorang.
Pada pendapat saya,ada beberapa
alasan yang menyebabkan sebuah karya sastera disukai pembaca, diantaranya
adalah apabila karya tersebut dapat merepsentasikan diri pembaca dengan adanya
kedekatan emosi dan mampunya karya tersebut memaparkan gagasan dan harapan
terdalam dari diri pembaca. Kebanyakan orang sangat mereflesikan diri dengan
hal yang diminatinya, termasuk atas karya sastera. Bila bukan kerana adanya kesamaan
nasib dengan tokoh yang dihidupkan di dalam cerita, biasanya hati pembaca
tertambat pada jalinan kisah yang menyerupai hasrat dan impiannya.
Kesimpulannya, novel ini berkaitan dengan mimpi yang harus diperjuangkan. Terdapat tiga kanak-kanak yang bersahabat begitu dekat. Novel ini mempunyai kandungan
yang baik dan memberikan banyak inspirasi. Novel ini mempunyai banyak nilai yang baik. Sang Pemimpi karya Andrea Hirata diterbitkan pertama
kali Julai 2006. Sejak kemunculan novel Sang Pemimpi mendapatkan tanggapan
positif dari penikmat sastera. Tingginya apresiasi masyarakat terhadap novel
Sang Pemimpi menjadikan novel tersebut masuk dalam jajaran novel psikologi
islami pembangun jiwa.
Sinopsis
novel Sang Pemimpi
Pengarang novel ini ialah Andrea Hirata .Novel ini
diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada bulan Julai tahun 2006. Novel ini
berkaitan tentang mimpi anak- anak kampung. Sang Pemimpi adalah sebuah lantunan
kisah kehidupan yang cukup mempesona dan nescaya akan berjaya membuat kita
percaya tentang cinta, tentang kekuatan mimpi dan pengorbanan ,Malah lebih dari
itu akan membuat kita percaya kepada kekuasatan Tuhan .Andrea akan membawa kita
berkelana dan menerobos sudut-sudut pemikiran hingga menemukan pandangan yang
berbeza , malah luar biasa tentang nasib ,tentang intelektual , kegembiraan
yang meluap-luap ,sekaligus kesedihan yang mengharu biru.Andrea membawa kita
mengembara pada kisah anak-anak Belitong yang cuba memperoleh pendidkan dengan
pelbagai cabaran kehidupan yang cukup menyedihkan .Dimulai dengan kenakalan
remaja yang kelihatan biasa , namun tanpa kita sedari , lambat laun watak-watak
itu ankan menguasai kita turut hanyut
dalam gelombang hidup yang mencengkam mereka.
Di samping itu, terdapat tiga
tokoh utama dalam buku ini iaitu Arai, Jimbron dan Ikal.Setelah mereka tamat
SMP akan melanjutkan ke SMA, perjuangan dan mimpi ketiga yang berani ini
bermula. Ikal, salah satu dari anggota Laskar Pelangi, Arai, saudara sepupu
Arai yang sudah yatim piatu sejak SD dan tinggal di rumah Ikal, sudah dianggap
seperti anak sendiri oleh Ayah dan Ibu Ikal, dan Jimbron, anak angkat seorang
pendeta kerana yatim piatu juga sejak kecil . Namun pendeta yang sangat baik
dan tidak memaksa keyakinan Jimbron, malah membawa Jimbron menjadi muslim yang
taat.
Arai dan Ikal begitu pintar dalam sekolahnya, sedangkan Jimbron, si penggemar kuda ini biasa-biasa saja. Malah menduduki rangking 78 dari 160 pelajar. Sedangkan Ikal dan Arai selalu menjadi lima dan tiga besar. Mimpi mereka sangat tinggi, kerana bagi Arai, orang susah seperti mereka tidak akan berguna tanpa mimpi-mimpi. Mereka berdua mempunyai mimpi yang tinggi iaitu melanjutkan belajar ke Sarbonne Perancis. Mereka terpukau dengan cerita Pak Beia, guru seninya, yang selalu meyebut-nyebut indahnya bandar itu. Kerja keras mulai pukul dua pagi hingga jam tujuh dan dilanjutkan dengan sekolah, itulah perjuangan ketiga pemuda itu. Mati-matian menabung demi mewujudkan impiannya. Meskipun kalau dilogika, tabungan mereka tidak akan cukup untuk sampi ke sana. Tapi jiwa optimisme Arai tak terbantahkan.

Selesai SMA, Arai dan Ikal
merantau ke Jawa, Kuala Lumpur tepatnya. Sedangkan Jimbron lebih memilih untuk
menjadi pekerja ternakan kuda di Belitong. Jimbron menghadiahkan kedua celengan
kudanya yang mengandungi simpanannya selama ini kepada Ikal dan Arai. Dia yakin
kalau Arai dan Ikal sampai di Perancis, maka jiwa Jimbron pun akan selalu
bersama mereka. Berbula-bulan terkatung-katung di Kuala Lumpur, mencari
pekerjaan untuk bertahan hidup susahnya minta ampun. Akhirnya setelah banyak
pekerjaan tidak bersahabat ditempuh, Ikal diterima menjadi tukang sortir
(tukang Pos), dan Arai memutuskan untuk merantau ke Kalimantan. Tahun
berikutnya, Ikal memutuskan untuk kuliah di Ekonomi UI. Dan setelah lulus, ada
jawatan untuk mendapatkan biasiswa S2 ke Eropah. Beribu-ribu pesaing berjaya singkirkan
dan akhrinya sampailah pada pertandingan untuk merebut 15 besar.Profesor
pengujinya begitu terpukau dengan proposal penyelidikan yang diajukan oleh
Ikal, walaupun hanya latar belakang sarjana Ekonomi yang masih bekerja sebagai
tukang sortir, tulisannya begitu hebat. Akhirnya setelah wawancara selesai,
siapa yang menyangka, kejutan yang luar biasa. Arai pun ikut dalam wawancara
itu. Bertahun-tahun tanpa khabar berita, akhirnya mereka berdua dipertemukan
dalam satu forum yang begitu indah dan penting. Begitulah Arai, selalu penuh
dengan kejutan. Semua ini sudah direncanaknnya bertahun-thaun. Ternyata dia
kuliah di Universiti Mulawarman dan mengambil jurusan Biologi. Tidak kalah
dengan Ikal, proposal kajiannya juga begitu luar biasa dan berbakat untuk
menghasilkan teori baru.
Akhirnya sampai juga mereka pulang
kampung ke Belitong. Ketika ada surat datang, mereka berdebar-debar membuka
kandungannya. Pengumuman penerima biasiswa ke Eropah. Arai begitu sedih kerana
dia sangat merindukan kedua orang tuanya. Dia ingin membuka kabar itu bersama
orang yang sedang dia rindukan. Kegelisahan bermula. Tidak kuasa mengetahui isi
dari surat itu. Akhirnya Ikal diteima di Perguruan tinggi, Sarbone Pernacis.
Setelah perlahan mencocokkan dengan surat Arai, inilah jawapan dari mimpi-mimpi
mereka. Kedua sang pemimpi ini diterima di Universiti yang sama. Tapi ini bukan
akhir dari segalanya. Disinilah perjuanagan dari mimpi itu bermula, dan siap
melahirkan anak-anak mimpi berikutnya.
Watak
utama yang berada dalam novel ini
Tokoh-tokoh yang saya dapat dalam buku
ini ialah 15 belas tokoh. Terdapat tiga
tokoh yang berutama iaitu Ikal, Arai dan Jimbron.
Ikal adalah seorang anak kampung yang berasal dari keluarga miskin, sahabat Arai sekaligus saudara jauh Arai. Ia adalah sprinter di SMAnya, ia menunjukkan kebolehannya ketika ia dikejar oleh Pak Mustar. Ia berjuang untuk dapat membiayai sekolah dan hidupnya dengan menjadi kuli pengangkut ikan bersama Arai.Di sambing itu,Arai adalah tokoh sentral dalam buku ini. Menjadi saudara angkat Ikal ketika kelas 3 SD saat ayahnya (satu-satunya ahli keluarga yang tinggal) meninggal dunia. Seseorang yang mampu melihat keindahan di balik sesuatu, sangat optimis dan selalu melihat suatu peristiwa dari kaca mata yang positif. Arai adalah sosok yang begitu spontan dan jenaka, seolah tak ada apa-apa di dunia ini yang akan membuatnya sedih dan patah semangat.Tokoh utama ketiga ialah Jimbron. Jimbron adalah anak yatim piatu yang dibela oleh seorang paderi Katolik bernama Geovanny. Laki-laki berwajah bayi dan bertubuh subur ini sangat polos. Ia sangat terobsesi dengan kuda dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya. Kecintaannya akan kuda membuatnya hafal segala jenis kuda serta karakteristiknya. Obsesi ini diperolehi setelah ia mengalami sebuah peristiwa tragis yang meragut nyawa ayahnya. Kejadian tersebut juga menyebabkan ia menjadi gagap ketika bercakap. Jimbron adalah pengimbang di antara Arai dan Ikal, kepolosan dan ketulusannya adalah sumber simpati dan kasih sayang dalam diri kedua-duanya untuk menjaga dan melindunginya.

No comments:
Post a Comment