Novel ini mengisahkan tentang 2 orang hamba
Allah berlainan jantina yang bernama Adam Hanbali atau nama timangannya ialah
Bali. Dan seorang lagi ialah Ara atau nama yang emak dan ayahnya beri adalah
Farah Hanim Binti Saifullah. Dimulakan cerita ini dengan mereka mengenali
sesama sendiri di alam maya iaitu facebook. Setelah seminggu berlalu dari
perkenalan mereka, Bali dan Farah mengeratkan lagi silaturahim antara mereka
dengan bertukar nombor telefon.
Boleh dikatakan 24/7 mereka berkepit dengan
telefon bimbit masing-masing dek kerana ingin mengenali hati antara satu sama
lain dengan lebih mendalam. Setelah sebulan selepas mereka berkenal, akhirnya
mereka bertemu didunia yang nyata dimana pada ketika itu Bali diminta ke Shah
Alam kerana ada barang yang hendak dihantar kepada pelanggannya. Sejurus dengan
hal demikian, mereka berdua membuat keputusan untuk meneruskan hubungan mereka
dengan lebih serius iaitu berkasih.
Bali mula merasakan hubungan mereka sudah
tiada hangatnya bukan hangatnya asmara tapi sudah tiada aura atau kemanisan
sesebuah cinta. Bali berasa hubungannya dengan Farah terlalu drastik, oleh yang
demikian bali membuat keputusan untuk meredekan hubungan mereka dan memberi
alasan sibuk kerja kepada Farah. Didalam pemikiran Farah, apakah kesalahan yang
dia lakukan hingga Bali sanggup melakukan perkara sedemikian.
Berbulan mereka tidak berhubung sesama sendiri
kerana Bali binggung dengan perasaannya terhadap Farah manakala Farah risau dan
sedih dengan perkara tersebut. Bali merasakan hubungan mereka terlalu cepat dan
tidak bersedia untuk ketahap yang lebih serius iaitu berkahwin. 2 bulan selepas
Farah menamatkan pelajarannya di UiTM Shah Alam dalam bidang Perancangan Bandar
dan Wilayah, akhirnya Bali membuat keputusan untuk mengakhirkan hubungan mereka
dengan sebuah walimatulurus. Hubungan ditamatkan dengan menghalalkan hubungan
antara dua mahram.
No comments:
Post a Comment