Judul
: Heroin
Penulis:
Amal Hamsan
Penerbit
: Lejen press
Harga:
RM18
Sinopsis:
Sebuah antalogi cerpen dari Amal Hamsan, dalam ada 10 buah cerita pendek yang berdasarkan pengalaman penulis dan persekitarannya. Buku ini nak bagitahu kita perlu jatuh dari puncak gunung yang menggeletek awan untuk sedarkan diri kau sendiri, apa yang selama ini kau panjat, apa yang selama ini kau cuba nak gapai. Banyak duri yang akan kau pijak, banyak batu yang akan terus kau tampung di bahu untuk setiap kali kaki kau melangkah. Semua ini, hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau inginkan itu, sesuatu yang untuk kau perjuangkan atau tidak. Dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut luka-luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita baru. Sebuah cerita pedih, dan hitam.Aku terluka, hampir mati, namun aku masih cuba berdiri.
Ulasan:
Heroin, tajuk yang agak menarik perhatian saya dan
slogannya “you are a victim of your own mind.” Tidak boleh dinafikan , buku ini
tergandung banyak ruang imaginasinya dan
berbaur keremajaan. Dalam sepuluh cerpen ini ada wataknya ada yang gembira,
psiko, tertekan tapi semuanya bukan berakhir bahagia, membuat aku terasa
keunikan buku ini. Inilah koleksi cerpen kisah perempuan-perempuan yang
cintanya tak kesampaian, hampa dan patah hati. Setiap watak yang ditindas
hatinya.
Cerita
yang paling menyetuh hati saya ialah Saatnya. Seorang anak bongsu, abang yang
tidak menyesal selepas membuat kesalahan dan panas baran dengan ibubapa yang penyayang
akhirnya anak bongsunya dibunuh oleh abang dengan kejam. Ibu bapa tidak salah
menyayangi anak-anaknya tapi janganlah sekali-kali biarkan anak mereka
melakukan perkara yang buruk, semakin melampau. Pada masa tu menyesal dah
terlambat. Penulis ini cuba menggambarkan setiap babak untuk membuat kredibel.
Indikasi,
sebuah cerita cinta yang pedih. Seorang gadis HIV sanggup pengorbanan nyawanya
demi seorang yang dia cinta serta kawan baiknnya. Pergorbanan dia untuk memberi
kesedaran kepada lelaki yang dia suka lama. Penulis mempunyai pemikiran yang
teliti dan imaginasi untuk menarik perhatian pembaca.
Cerita
dalam buku ini banyak tentang peluang dan kehidupan. Ada yang kisah orang
membunuh untuk mendapat apa yang dia mahu, keluarga yang kacao bilau, pilih
kasih, tipu janji manis mulut dan pergorbanan hidup tak semuanya berakhir
dengan apa yang kita harapkan atau mahukan. Cerpen-cerpen ini memberi kesedaran
kepada kita mahu menghargai orang yang disisi kita sebelum lewat.
Tatabahasa,
kepanduan dan perbendaharaan kata diguna dalam cerita ini diguna secara ringkas
mudah difahami tapi kadang-kadang terlalu banyak guna bahasa inggeris. Penulis suka
menggunakan inggeris dalam setiap ceritannya. Ini mungkin satu cara kita mudah untuk mengintegrasikan ke dalam
cerita. Saya agak suka buku ini sebab penulis mampu
mengarah cerita-cerita yang memberi dorongan untuk menghargai orang lain. Harap
cerita yang seterusnya lagi dipertingkatkan dan menarik. Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment