Monday, 11 March 2013

EPIC STORY "Lagenda Elfarren"

 Mempersembahkan sebuah cerita
 epik bertajuk:

"Setiap epik ada ceritanya dan setiap cerita ada permulaannya"

Nama novel : Lagenda Elfararren
Grupbuku Karangkraf
Mohd Zahar Yasin 

by-Muhammad Faiz Hamizi

SINOPSIS CERITA:

Aidan dan Sibila(Ariana),dua perwatakan yang berbeza dan juga gaya kehidupan yang juga tidak sama.Aidan sebagai pemuda desa manakala Sibila pula sebagai anak puteri negara Golokos.Ia bermula apabila Aidan mencari hakikat sebenar dirinya menerusi mimpi yang aneh pada setiap malam menjelma.Demi cinta yang agung mereka mencari jalan untuk bersua muka dialam yang nyata.

Secara tidak langsung,kewujudan mereka didunia ini hanyalah mencari maksud yang tersirat dalam kehidupan tambahan pula dengan kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri bagi menentukan arah mana yang mereka tujui.
Bermulalah dua pengembaraan yang jauh berbeza tetapi mempunyai 1 matlamat yang sama.Setiap langkah menjadikan mereka lebih dewasa dan mula menerima takdir mereka sendiri.

ULASAN CERITA:


Melihat dari bentuk fizikal buku ini memanglah nampak tebal tapi pada hakikatnya ia membawa seribu satu kenangangan dan implikasi dalam kehidupan seharian manusia.Imaginasi yang tinggi akan membawa si pembacanya kedalam dunia yang baru tanpa mereka sedari kerana ia sememangnya bergenre fantasi.Semakin lama anda membacanya semakin banyak misteri yang anda belum ketahui.Pelbagai juga unsur-unsur positif juga diketengahkan dalam novel ini seperti sifat tanggungjawab,berdikari,befikiran terbuaka,kreatif dan sebagainya.Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi,mereka(watak) tidak akan berputus asa dan berani mencuba walaupun dengan mengorbankan nyawa.

Situasi ini amat bermakna bagi diri saya kerana sesungguhnya sifat bertanggungjawab dan kasih sayang terhadap seseorang yang bukannya dari darah dagingnya sendiri amatlah unik.Ini kerana tidak semua manusia mempunyai sifat sama sepertinya.Saya berasa kagum dengan watak yang dimainkan oleh Will,abang angkat kepada watak utama (Aidan) kerana sanggup bermandi darah demi adiknya sendiri daripada serangan serigala.

 Selepas apa yang dilalui oleh watak-watak dalam cerita ini,masing-masing mempunyai hakikat sebenar pengembaraan tetapi bukan sahaja nyawa mereka tergadai tetapi kesejahteraan dunia juga dipertaruhkan.Kesemua sifat-sifat dan persoalan yang bermain diminda pembaca tentang cinta dan persahabatan telah dimulakan pada awalnya dan dikembangkan lagi semasa pertarungan mereka diantara kebaikan dan kejahatan bagi kemaslahatan bersama.



1 comment:

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers