BAU SEMANGAT ANAK MUDA
Teks : Nami Cobb Nobbler
Penerbitan : Lejen Press
"Balik berserta senyuman aku berjumpa kembali member lama, Hafiz. Paling best bila bercerita tentang membuat band baru. Aku dah mula bersemangat semangat lama yang telah hilang, telah kembali. Bau semangat anak muda smells like teen spirit"
Cerita tentang anak-anak muda yang punya cita-cita menubuhkan band sendiri dengan pengaruh muzik grunge. Dengan ledakan adrenalin berpandukan semangat Kurt Cobain, Nizam menempuh rona-rona kehidupan disamping kerenah sahabat-sahabatnya ; dan melalui mereka dia belajar mengenal erti bau semangat anak muda.
Nami Cobb Nobbler bukan lah nama asing lagi dalam dunia penulisan. setiap penulisannya penuh dengan idea-idea kreatif and pelik. Namun bagi cerita ini, penceritaannya terlalu ringkas dan mendatar. Ianya tidak terlalu banyak tanda tanya bagi sesetengah pembaca. Segalanya bagaikan sudah dijangka. Mungkin, ini cerita realiti bagi kehidupan Nami sendiri atau rakannya. Aktiviti yang
sama berulang setiap bab dan helaian muka surat.
Bangun tidur, makan, keluar jamming, lepak, gig dan
begitu lah putaran hidup mereka.
Sesetengah watak dan penyampaiannya mungkin akan memberi pengaruh negative kepada anak muda dengan setiap
kata cacian yang dianggap normal dalam perbualan.
Contohnya:
cibs
bast**d
lanc
g****ng
cel***
Walaupun semangat mereka amat kuat untuk mencapai cita-cita yang mereka
impikan, namun dalam masa yang sama setiap perlakuan mereka boleh mempengaruhi minda anak muda.
Contohnya lam , terlalu memandang dari sudut negative bagi sesiapa yang masuk ke
university dan memandang university adalah penjara bagi seseorang pelajar.
Lan atau nama sebenarnya Azlam, juga terlalu mempertikaikan tanggungjawab polis dan juga undang-
undang di Malaysia tanpa berhujah atau memberikan alasan yang kukuh. Kenapa begitu dan begini dan tiada satu watak pun yang cuba
membangkang setiap kata-katanya.
Namun tidak dinafikan terdapat pengakhiran yg menarik di mana Nizam bertemu dgn band lamanya yg terpisah setelah sekian lama dan juga wanita yang dia pernah minat suatu ketika dulu.
BY : NORLIZZA BT MOHEYER
Namun tidak dinafikan terdapat pengakhiran yg menarik di mana Nizam bertemu dgn band lamanya yg terpisah setelah sekian lama dan juga wanita yang dia pernah minat suatu ketika dulu.
BY : NORLIZZA BT MOHEYER
No comments:
Post a Comment