Monday, 11 March 2013

DOSA - Nuril Basri



Ricky, bidadara separuh telanjang dan Yusuf yang lembut ala perempuan; siapa sangka mereka pelajar sekolah pondok di indonesia?

Keluar dengan rela dari rumah orng tuanya, Ricky yang berusia 17 tahun terlibat dalam pergaduhan bukan hanya di sekolah, tetapi di dunia luar. Juga berkenalan dengan lwenk yang menjerumuskannya ke pengalaman baru yang kelam.

Apabila Ricky telah terjebak dalam dunia yang kelamnya, muncul Paris, seorang yang boleh dikata penyelamat kepada Ricky tetapi turut berada dalam dunia kelam yang dilalui Ricky. Di dalam cerita ini juga Oskar dipertemukan dalam lopak darah di lantai asmara Ricky dan Yusuf...... 

 Dalam dunia malam, mereka mengenal erti persahabatan. Siapa sangka di celah-celah apa yang dicop masyarakat sebagai DOSA, mereka dapat menjadi manusia yang lebih baik?


ULASAN

Novel yang tajuk asalnya Bukan Perjaka ini berjaya diterjemahkan oleh Nabila Najwa ( yang turut menyumbang satu cerpen dalam antologi KOPI) dengan jayanye tanpa mengusik essence dan core elements yang ade dalam DOSA.

Apa yang pasti, novel ini bukanlah untuk semua orng kerana tema yang ditengahkan oleh Nuril Basri mungkin tidak padan dengan selera kebanyakan pembaca. Makanya bersedialah untuk mungkin mencebik jijik atau tersenyum terkenangkan sesuatu/seseorang apabila anda mengangkat dan membaca DOSA.

Judul: DOSA
Penulis: Nuril Basri(diterjemah Nabila Najwa)
Penerbit: Fixi
ISBN: 9789670374086
Harga : RM 19.90



No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers