Tajuk buku : Manusia dan kebenaran
Penulis: Prof Dr Yusuf Al Qardhawi
Penterjemah: UstazMohd Fairooz Mohd Fathillah & Ustaz
Rosli mokhtar
Terbitan : IKRAM
HARGA: RM12.00
HARGA: RM12.00
"..maka tidak ada sebuah kebenaran itu melainkan
kesesatan" ( Yunus: 32)
Al haq beerti
kebenaran ,berlawanan dengan kebatilan (kesesatan).Manusia
yang berada dalam kesesatan sering menyangka mereka berada dalam kebenaran.Sebahagian
dari mereka pula sentiasa berdegil dengan kesesatan tersebut. Kebatilan itu
muncul bila kebenaran itu di lalaikan tetapi ingatlah bahawa kemunculan itu
tidak lama dan tidak berpanjangan. Penyelewengan atau keburukannya pasti akan
terserlah.
" Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang
batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap"
( Al-Israa':8)
( Al-Israa':8)
Ulasan
‘’Buku manusia dan kebenaran “ seolah-olah memberi
pencerahan agung terhadap diri saya
,banyak persoalan yang selama ini tidak terjawab akhirnya
terjawab melalui pembacaan saya melalui buku ini. Inilah sebenarnya ingin diperjelaskan
dalam buku manusia dan kebenaran ini dimana ramai manusia yang mencari
kebenaran tetapi tidak menemuinya.Fitrah
seorang manusia inginkan kebaikan tetapi tidak semua orang mendapat petunjuk itu .Kerana Allah sayangkan
seseorang hamba itulah maka Dia memberikan hidayahNya.Buku ini banyak mendedahkan
tentang kebenaran yang sebenarnya
semuanya berasaskan Al quran dan hadis.
Keistimewaan buku ini adalah ayat dan bahasa yang digunakan sangat
mudah difahami oleh para pembaca.Ayat yang tidak terlalu panjang lebar dan
bahasanya juga mudah untuk difahami dan bersahaja.Dalam buku ini juga banyak
menggunakan ayat berbentuk dialog pertanyaan dan jawapan antara guru dan murid.Sangat menarik apabila pertanyaan tersebut semuanya persoalan yang ingin pembaca
ketahui.Dan terjawablah segala persoalan tentang apa yang pembaca inginkan.
Buku ini tidaklah terlalu tebal( hanya 149
muka surat) tetapi isinya mampu memberikan kesan yang sangat mendalam pada hati
saya yang membaca.Bila dilihat tajuknya sudah membuat saya tertarik hati untuk
membaca ,di tambah pula dengan nama penulisnya yang sangat hebat iaitu yusof
qardawi. Karya-karya penulisan yusof Qardawi memang berkualiti dan bermutu
tinggi.Penerbitan buku beliau dalam bahasa melayu mampu memberi impak yang
positif terhadap pembaca yang ingin mendalami agama islam dan mencari hakikat
kebenaran. Saya tidak dapat mengambarkan betapa halusnya jiwa penulis dengan
islam.Mungkin tidak semua orang dapat menggambarkan apa yang beliau rasakan
ketika menulis buku ini. Sebagai salah seorang pembaca buku ini saya merasa
amat terkesan apabila membaca isi-isi dalam buku ini.Banyak benda yang
sebenarnya tidak kita ketahui tentang
islam,mungkin kerana sejak kecil kita telah didoktrin dengan pemikiran barat
sehingga kita tidak merasai islam yang ada dalam diri kita.Betapa jauhnya diri
kita dengan islam sehingga sukarnya untuk kita membezakan antara kebatilan dan
kebenaran?kita dan islam?
Secara keseluruhan ,buku ini sangat memberi impak yang besar kepada pembaca,ia bukan saja
membantu kita mendalami islam tetapi juga memberi gambaran sebenar tentang
agama islam itu.Hanya islam agama yang benar,agama yang berdasarkan wahyu dan
berlandaskan al-quran dan sunnah.Sebagai pembaca saya sangat berharap supaya kita sama-sama belajar untuk mendalami agam
islam dan mencari kebenaran itu ,kerana hanya dengan kesungguhan itulah Allah
akan memberikan petunjukNya kepada kita.
By: Maiyashah Bt Zainal Abidin
By: Maiyashah Bt Zainal Abidin
Terima kasih atas summary ini. Bermanfaat in sha Allah. Jazak Allah khaira.
ReplyDeletebagaiman nk beli?
ReplyDeleteIman shoppe ada jual
ReplyDeletejzkk maiya..
ReplyDelete