Bedar Sukma Bisu: meneroka dunia pelayaran dan perdagangan Melayu(Goh Sue Qi)
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka surat: 312
Tahun: 2007
Novel Bedar Sukma Bisu yang ditulis oleh Faisal
Tehrani. Novel ini mengandungi sebanyak 312 muka surat. Novel ini mempunyai
hubungan yang sangat rapat dengan laut. Terdapat beberapa tema yang berkandung
di dalam novel ini iaitu tema pelayaran, ekonomi dan dunia niaga. Saya suka
pada novel ini kerana tema yang unik dan baik.
Dalam novel ini pengarang telah membangkitkan
banyak keibaan dan sejarah dunia tentang dunia pelayaran Melayu untuk direnung
pembaca. Kisah tentang sebuah semenanjung emas. Mengangkat kebolehan bangsa
Melayu untuk menyedarkan pembaca, pengarang juga dengan bijak memjelaskan
tentang hal- hal ekonomi, terutama berkaitan dengan pelancongan dan perkapalan.
Di samping itu, teori yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan dapat
diaplikasi dalam novel ini.
Novel Bedar Sukma Bisu bercerita tentang
keluarga Wefada yang berdarah Arab-Melayu dan dia telah melibatkan dirinya
dalam bidang pembuatan bedar Melayu. Seterusnya, mereka telah memperkembangan
perniagaan pertukangan bedar mereka meliputi perdagangan maritim dan juga pelancongan
ke seluruh dunia.
Terdapat banyak perkara yang
berlaku dalam keluarga Wefada seperti perkara perpisahan, kematian, perkahwinan.
Tragedi ini yang berlaku dalam keluarga Wefada dibaur dengan baik, sekali dalam
Bedar Sukma Bisu – malah diangkat menjadi sejalur kisah dalam rentetan sejarah
Jepun di Terengganu.
Sebaliknya kisah perniagaan dan
perdagangan maritim ini, kita disodorkan dengan fakta-fakta dunia pelayaran dan
perniagaan termasuk saranan praktik perniagaan yang lebih murni dan bersih
bertitik tolak dari kekuatan pegangan akidah. Dalam tindak-tanduk dan dialog
watak, Faisal telah menyindir dunia niaga bangsa dan Negara kita sekarang yang
masih lagi berpalit kekotoran terutama masalah rasuah.
Selain itu, saya juga tertarik
membaca babak Wefada apabila dia mesyuarat dengan Sukma Resort iaitu anak
syarikat Kumpulan Bedar Sukma. Laporan yang disediakan oleh pihak Sukma Resort
telah memyatakan kemerosotan bilangan pelancongan yang singgah di resort mereka
adalah disebabkan dari tiadanya pesta pora dan alcohol. Inilah merupakan persepsi
masyarakat sekarang, kita akan bosan dan tidak memdatangkan keuntungan kalau
tiada menpunyai hiburan dan pesta.
Sepangjang saya membaca novel
ini, saya juga disodor dengan pelbagai falsafah dan pedoman yang lain. Yang
paling menarik ialah apabila beberapa kerat daripada pedoman yang ada kerap
ditamsilkan dengan sifat-sifat bedar Melayu itu sendiri, termasuklah islamisasi
ekonomi dan kebudayaan orang Melayu. Jadi, kita dapat merasakan jerit batin
kemalayuan pengarangya.
Di samping itu, novel ini
terlalu menaburkan fakta di setiap kesempatan, tetapi ia telah memberi banyak
idea dan maklumat yang baru dan unik untuk diterokai lebih lanjut kurangnya
kedalaman dari sudut kepakaran maritim dalam bahan perbualaan antara
watak-watak tertentu masih boleh dimaafkan setelah mangambil kira khalayak
novel yang rata-ratanya pembaca umum dan bukan pakar bidang maritim yang hanya
segelintir. Selain itu, ia masih percubaan yang sangat baik untuk melibatkan
dunia maritim Negara untuk membincang tentang isu yang besar dan penting.
Walaobagaimanapun, keselesaan pengarang lebih terselah semasa membincangkan isu
ekonomi Islam yang menjadkannya lebih santai dan tidak seperti dipaksa-paksa.
Novel ini dirasai begitu segar
kerana anyaman garis masa yang berbeza dengan bahasa moden dan lama dilapisi
sekali-sekala. Melalui novel ini, kita dapat diyakinkan dalam perkara yang
berkaitan dengan dunia maritim, persis milik dan keagungan tradisi Melayu,
dengan nama-nama perahu yang beraneka dan wataak-wataknya juga dalam sebuah
saga.
Saya tertarik pada novel ini juga
disebabkan watak-watak yang mempunyai kisah silam dan perspektif yang berbeza. Novel
ini juga memerihalkan tentang perkapalan melayu, tentang perniagaan didasari
atas keislaman, falsafah, cinta dan sebagainya.
Novel ini merupakan bacaan yang
santai. Pengarang telah berkata tentang jenis kayu, proses dan teknik yang
sudah tentu asing bagi mereka yang tidak pernak terlibat. Jika Mnikam Klbu
berkisar tentang busana, Ketupat Cinta menghidangkan lauk-pauk pemakanan, maka
Bedar Sukma Bisu telah membawa kita belayar ke dunia perniagaan
dan perkapalan yang
unik.
No comments:
Post a Comment