Judul : Langit Nan Gelap
Penulis : Resmanshah
Penerbit : Lejen Press
Langit nan
gelap merupakan sebuah koleksi cerpen yang menghimpunkan kisah-kisah seram komedi
dimana ia merupakan antologi tulisan Resmanshah. Koleksi cerpen ini sesuai
dibaca untuk semua peringkat umur, tidak kiralah dari peringkat kanak-kanak mahupun
sehinggalah golongan dewasa. Dari segi penggunaan bahasa dan perisian yang
terdapat dalam buku ini membolehkan ia sesuai untuk semua peringkat umur. Sudah
menjadi kebiasaan novel-novel atau karya- karya lain yang memamparkan kisah hantu yang berunsur seram, namun berbeza
pula dengan cerpen langit nan gelap yang menceritakan kisah seram tetapi masih
lagi terdapat unsur-unsur komedi yang membolehkan pembaca lebih tertarik untuk
membaca karya ini.
Satu kisah
daripada cerpen ini yang mungkin akan mencuit hati anda adalah puaka kereta
buruk yang menceritakan kisah tentang dua orang pemuda yang dalam perjalanan
pulang ke rumah merasakan sesuatu yang tidak kena akan berlaku setelah
mendengar cerita seram yang diceritakan oleh seorang pakcik tentang kereta buruk
dilebuh raya. Semasa dalam perjalanan, mereka melihat sebuah kereta buruk
berwarna kuning yang kelajuannya agak sederhana lajunya. Mereka bertekad untuk
memotong kereta tersebut tanpa melihat pemandu kereta buruk itu disebabkan terlalu takut untuk melihat . Mereka berpuashati
kerana berjaya memotong kereta buruk itu sambil menjerit “aku tak akan takut
dan mengalah dengan kau hantu kereta buruk!”, kereta buruk tadi telah terhenti
dengan hood depannya berasap . Keluar seorang tok Lebai dari kereta itu sambil
berkata “syaitan punya pemandu!salahkah aku bawak kereta buruk sampai aku dikatanya
hantu.
Komen
Selalunya hantu digambarkan sebagai makhluk yang
berwajah buruk, berambut panjang,
berkuku panjang dan bertaring. Jarang sekali hantu digambarkan sebagai seorang
yang cantik dan berlainan rupa. Disamping itu, kenapakah hantu selalu naik kereta
buruk dan tidak pulak naik kereta mewah yang baru? contohnya hantu naik kereta
hyundai veloster, hebat jugak tu..hehe. Secara keseluruhan cerpen langit nan
gelap ini sangat menarik dan menghiburkan hati, disamping tidak ada unsur-unsur
negatif yang boleh mendatang kan isu kepada orang ramai. Penulis sangat kreatif dalam menghasilkan karya-karya beliau. kenapakah saya berbicara sebegitu? kerana beliau menghasilkan cerita yang agak 'unexpected' dimana pengakhiran kisah ceritanya tidak lansung terlintas dikotak pemikiran si pembaca.
No comments:
Post a Comment