Judul: SETEGUH SAUH
Penulis: Jesmin Rawen
Penerbit: Karima Publications Sdn Bhd (519631-P)
Cetakan Pertama: Tahun 2007
Halaman: 127 muka surat
Harga: RM17.90Disediakan oleh: Foo Suan Hui A12HA0145
1 SHAC
Sipnosis belakang novel :
Novel
ini menceritakan seorang gadis kampung, Ivy,
yang bersemangat dan berjiwa kental. Tiada siapa yang mampu menghalang
segala yang diimpikannya hingga sanggup dimusuhi bapanya sendiri. Berbekalkan
usaha dan tekad, Ivy meneruskan perjuangan, walaupun kesungguhannya diperlekehkan
oleh orang kampung. Bertambah luka Ivy apabila insan yang dikasihi juga tidak
merestui perjuangannya sehingga menimulkan konflik di antara dua beranak itu.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila dirinya diperbandingkan dengan orang lain.
Ivy amat kecewa kerana mereka tidak pernah memahami impian dan keinginannya
tetapi dia tekad untuk membuktikan kejayaan.
Dalam memburu
impian dan cita-cita, perasaan kasih mula bercambah terhadap insan, yang
digelar lelaki. Namun, kerana cinta hati Ivy sekali lagi terpasksa dilukai
apabila bapanya tidak merestui pilihannya. Ivy akur dengan permintaan bapanya,
tetapi terpaksa mencari sebuah ketenangan. Ivy memilih jalan untuk berapa jauh
daripada keluarga dan kekasihnya. Dia berserah kepada takdir menentukan
segalanya.
Komen terhadap novel :
Tema pertama
novel ini adalah keberanian seorang gadis kampung menetapkan targetnya tanpa
menghiraukan kelekehan orang lain. Ketabahan dan kesabarannya untuk mencapai keputusan yang tidak dianggarkan oleh
orang lain. Ini telah membayangkan masyarakat ini yang mempunyai potensi yang
mendalam dan tidak boleh dijangkakan jikalau masyarakat atau seseorang itu
usaha bersungguh-sungguh.
Dalam percintaan
Ivy dengan bertemunya dengan seorang lelaki yang berbangsa cina, mereka
sama-sama berusaha untuk berada bersama walaupun percintaan ini tidak direstui
oleh ayah Ivy. Dengan sambil menjaga perasaan kekasih dan perasaan ayah yang keras
hati, Ivy telah memilih jalan yang menjauhi dengan kekasih dan keluarganya,
berharapan untuk mencari cara untuk menenangkan kedua-dua pihak yang paling
disayanginya. Pembayangan ini tidak dikecualikan dalam masyarakat sebenar,
malah boleh dinampak selalu. Keluarga masa kini, minoritinya, mengalami situasi seperti ini. Kekasih
seseorang anak tidak diterima oleh keluarga tersebut atas karena latar belakang
keluarga, tahap pelajaran, perbezaan kaum atau bangsa kekasih tersebut. Malahan
perselisihan faham antara kedua-dua pihak atau salah satu pihak tersebut yang
enggan menerima sesama lain, telah terjadi tragedi di dalam sesebuah keluarga.
Tidak boleh
dinafikan bahawa masyarakat ini masih mempunyai insan-insan yang fahaman mereka
konservatif, dengan contoh ayah kepada Ivy. Ayah Ivy tidak bersetuju untuk anak
perempuannya meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, memandangkan anaknya
tidak akan capai keputusan yang cemerlang. Ayah Ivy tidak mempunyai keyakinan
terhadap anaknya sendiri. Berpendapat secara konservatif, ayah Ivy mengharapkan
anaknya mencari suatu pekerjaan supaya tidak membazirkan masa atas pelajaran. Di
samping itu, keengganan menerima seseorang yang berbeza bangsa, seperti yang
disebutkan di perenggan sebelum ini, malah munculnya masalah antara ayah dengan
anak. Dengki terhadap bangsa cina, disebabkan oleh perkahwinan yang tidak
dirahmah oleh keluarga isteri yang berbangsa cina, secara tidak langsung,
menjadi kebencian ayah Ivy terhadap bangsa tersebut maka tidak boleh memaafkan
anaknya bagi memilih seorang cina sebagai kekasih.
Penulis novel
ini telah memasukkan beberapa masalah sosial ke dalam ceritanya, yang
menjadikan penarik perhatian pembaca. Masalah-masalah sosial ini akan
berterusan sekiranya hati atau pemikiran seseorang itu tidak membuka mindanya
untuk menerima sesuatu yang baru. Walaupun tidak mempunyai konklusi cara Ivy
menyelesaikan masalah ini, tetapi dipercayai Ivy akan mengendalinya dengan cara
yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment