Tuesday, 12 March 2013

HOON CHIA SOON --- MEMBINA CINTA SAYANG




Membina cinta sayang merupakan buku motivasi kasih sayang yang sangat berguna kepada golongan muda pada masa sekarang. Buku ini mengandungi  92 topik yang menarik dan mudah untuk difahami. Buku ini juga akan menjadi panduan kepada golongan wanita dalam menangani masalah pemilihan jodoh, mengenali sifat lelaki dan sebagainya.

Buku ini merupakan siri motivasi kasih sayang yang boleh dijadikan panduan dalam mewarnai kehidupan kita. Teladan dan pengalaman yang dikongsi dalam buku ini lebih mudah difahami. Dengan membaca buku ini akan menjadikan hidup kita penuh dengan kasih sayang.

Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta, kasih dan sayang. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. 

Bagaimana menjadikan satu-satu hubungan lebih realistik? Bukan nampak sempurna pada permukaan tetapi di dalam hati. Teknik-teknik berikut adalah:

1.      Beritahu keadaan sebenar kepada teman rapat tetapi bukan bermakna kamu perlu beritahu segala rahsia rumah tangga kepada orang lain.

2.      Setiap perhubungan tidak mesti sempurna tetapi tidak bermakna setiap kali bergaduh mesti minta cerai atau putus. Setiap kali bergaduh, anda harus pastikan pasangan anda tidak menyimpan dendam di dalam hati dan belajar maafkan pasangan anda.

3.      Kadang-kadang kita juga ada terfikir kenapa ada pasangan yang sentiasa nampak sempurna dan menunjukkan terlebih kasih sayang antara mereka. Adakah mereka benar-benar bahagia? Adakah mereka tidak pernah bertengkar atau bergaduh?  Oleh sebab masyarakat kita ini dah banyak disuapkan dengan filem-filem romantik, maka mereka pun mahu hubungan yang begitu. Memang tidak dinafikan ada bertuah mempunyai pasangan yang ‘hampir sempurna’ dari segi rupa, akhlak, harta dan kedudukan, tetapi anda perlu ingat, manusia dilahirkan tidak 100% sempurna. Jika anda mahukan pasangan yang baik, anda perlu pastikan diri anda juga baik atau perbaiki segala kelemahan yang mampu anda perbaiki. Bersedia untuk ditipu, dicurangi, dikasari dan lain-lain.

4.      Banyak perhubungan cinta yang mekar, banyak juga yang berakhir di tengah jalan. Satu benda yang kamu perlu elakkan adalah berfikir yang perkara buruk dalam perhubungan tidak akan berlaku pada diri kamu. Memang. Semua orang mahukan perhubungan yang kekal sampai ke akhir hayat tetapi tidak semua hubungan boleh berakhir dengan baik. Jadi realistik dengan menganggap semua perkara dalam perhubungan ada kemungkinan yang baik atau tidak. Mungkin bagi sesetengah orang, pemikiran sebegini adalah pemikiran negatif tetapi dalam setiap perhubungan anda tidak boleh meletakkan 100% kepercayaan kerana jika hubungan anda gagal, anda akan menderita.

Jadi cuba tips di atas untuk membantu anda membina hubunga yang lebih realistik, bukan sekadar fantasi seperti di dalam filem. Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers