tajuk buku : dabel date
terbitan : lejen press
penulis : AMAL HAMSAN / LANG RAHMAN
NASYRUN MALIK / RUDEEN AYYAD
pereka bentuk kulit : KHRLHSHM
himpunan kisah kisah pendek, hasil ketiaksenian dua pasang manusia yang cuba merungkai apa yang dikatakan cinta, dari genre-genre berbeza. berpasangan tak semestinya bercinta, dan bercinta tak semestinya lelaki dan perempuan. buku ini mempunyai 17 serita pendek, 8 daripadanya adalah dari penulis Lang Rahman dan selebihnya adalah dari penulis Nasyrun Malik.
pada pendapat saya buku ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. cover buku depan yang agak menarik sampai saya sendiri tertipu. tidak tau mana depan dan belakang. mukasuratnya juga terbalik!!! cara penulisan yang agak bebas dan kebanyakannya mereka menggunakan bahasa rojak. bahasanya juga agak kasar dan melalut. dengan membaca buku ini membuatkan kita tersenyum seorang diri. gaya penulisannya di luar jangkaan kita dan di luar kotak. teknik penulisannya agak memudahkan pembaca untuk memahami apa yang hendak disampaikan.
dengan membaca buku ini, kita dapat hilangkan stress. kita juga dapat meninggalkan dunia nyata seketika dan menghayati buku ini. bagus untuk pemulaan pembaca yang malas untuk membacanya. saya pasti ramai pelajar sekolah tidak penah membaca buku novel sekolah sampai tamat. saya juga yakin bahawa bila pembaca membaca buku ini, akan menarik minat untuk membaca. dari satu tahap yang rendah kepada satu tahap yang tinggi.
kekurangan buku ini adalah mereka menggunakan ayat-ayat yang agak kasar. budak-budak dinasihatkan bahawa tidak membaca buku ini kerana sesetegah cerita agak lucah. kebanyakan cerita tidak mempunyai pengakhiran atau penutup. ini membuatkan pembaya sering tertanya-tanya apakah pengakhiranya. tajuk untuk cerita pendek ini juga amat mengarut. kadang kala tidak sesuai dengan tajuknya. mungkin penulis ingin menyatakan tersurat dan juga tersirat.
kesimpulanya, buku ini memang menarik dan mudah menarik minat pembaca untuk membaca. tetapi perlu diengatkan bahawa ada kebaikan yang perlu di ikut dan keburukan yang perlu dielakkan. selamat membaca :) sekian dari saya..
cinta itu ibarat meniup buih sabun dengan asap shisha berperisa kiwi. buih biar besar, asap jangan berselerak. bila buih-buih yang membawa asap itu jatuh dan pecah, ia seakan -akan letusan atom di Nagasaki dan Hiroshima tetapi dalam versi agak psychedelic dan berbau kiwi. dan bagi aku, cinta adalah punk rock.
Pak Lang
cinta menurut kawan sepergilaan aku ialah ibarat menunggu teksi, kalau kau tak tahan teksi, dia tak kan berhenti. dan dia pun takkan tau yang kita tengah tunggu dia.
Rudeen
cinta itu, kalau nak dikategorikan, ada dua. syurga dan neraka.
Amal Hamsan
No comments:
Post a Comment