Monday 11 March 2013

suci wajah rindu(khoo yen jin)




Tajuk : Suci Wajah Rindu
Penulis : Zuraidah Othman
Harga : 22.90 (Apsal tak jual harga RM23.00 je CESB oy)
Terbitan : CESB
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Cinta Cintun 100 %, Kekeluargaan
Terbitan : 2008

Sinopsis Kulit Buku :
Pelangi cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yang kupintal tatkala kehilanganmu....

Sepuluh tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yang tidak pernah tertunai. Dia menyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian daripada mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar untuk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun… terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orangnya.

Dalam parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba-tiba pada satu subuh yang indah, lelaki itu hadir merawat luka…

Ulasan Saya :
Buku “suci wajah rindu” ini ditanda sebagai ‘laman hati’, bermaksud cerita cinta yang ringan dan tidak sama dengan buku sastera lain tang berat-berat sudah. Tidak ada seram jenayah. Cerita yang cinta-cinta sahaja. Tapi karya Zuraidah Othman punya buku jangan tidak dibaca, cerita-cerita dari beliau memang tidak rugi dibaca dari pandangan saya
Cerita nya simple sahaja. Kisah kekeluargaan typical Malay. Kisah ibu bapa yang beza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. Mana-mana anak yang pandai dan kaya, itu la yang di 'meha-meha' (orang Melaka cakap, meha-meha untuk melambangkan 'mendewa-dewakan') mereka.
I tahu sebenarnya pernah terjadi pada saya, tapi bukan bonda saya. Bonda saya sayang saya =) bonda saya sayang i lebih daripada adik-adik. Aha tidak kesah la, kami anak-anak bonda. Especially bonda saya sayang adik lelaki saya yang bongsu tu. Saya pun sayang adik lelaki saya yang comel tu. Muka dia pun tak boleh blah sebab sangat babyface. Kalau nak marah dia, dia akan blink-blink mata dia, lalu saya tidak jadi namarah. Sungguh. Bagi bonda saya, adik lelaki saya tu masih kecil dan selama-lamanya adalah anak kecil bonda. Apa yang saya rapikkan ini.
Sama lah watak heroin dalam cerita ni Fitrah Najwa yang menjadi anak bukan feveret keluarga. Selalu la kena marah dan kena fitnah oleh kakak dia yang bernama Farah Hani (yang merupakan anak angkat sebenarnya).
Saya berharap, novel ini setebal 800 muka surat instead of 400 muka surat. Olahan Zuraidah Othman terhadap watak Farah Hani dan Fitrah Najwa memang maveles. Terbuai-buai membaca kerana cara Farah Hani si pembuli itu membuli si Fitrah Najwa sangat terkesan dan membuatkan saya menjadi geram dan marah. Wah, feeling tu hidup taw. Macam betul-betul berlaku. Sikap busuk hati Farah Hani ni sama aje macam mana-mana typical Malay. Buku ni, kalau start baca, memang nak kan baca. Tak ada kekosongan yang membuatkan readers nak baca lompat-lompat.
Dan heroin cerita ni (AJ ~ Ariff Jauhari) pulak digambarkan iras-iras mamat Korea yang menjadi kegilaan zaman sekarang. Wah bestnya ada balak macam mamat korean! 
Plot cerita ini tersusun. Camne cara Farah Hani sering menabur fitnah kepada Fitrah Najwa, memisahkan kasih Fitrah Najwa dan AJ, merebut kasih sayang ibu dan bapa dengan menjadi seorang anak yang pintar, yet menjadi anak yang kaya dengan wang dan menabur wang kepada keluarga untuk menjadi anak/kakak feveret, berpura-pura baik. What a typical Malay kan? Haha.
Jadi tak pening nak baca cam dite Bahlut tu. Kronologi cerita ini senang nak faham. Itu la pasal dianya di kategorikan sebagai 'Laman Hati'. Harap maklong.
Tapi kan, dalam buku ni, watak Farah Hani adalah sebagai watak seorang anak angkat dimana dia ialah anak seorang perempuan dandut/pelayan. Jadi watak dia macam telah di cursed oleh tabiat ibu dia yang mempunyai kerja hina sehingga membuatkan saya sebagai pembaca memprotes dalam hati bahawa, setiap anak-anak yang dilahirkan adalah suci tanpa noda dan bukan mewarisi sifat keji ibu nya. Sedangkan iman pun tidak dapat diwarisi, inilah pula tebiat buruk kan? Tapi, macam ni kan typical Malay.
Part romantik ialah bila Fitrah Najwa akhirnya berjumpa kembali dengan AJ kekasih kecil-kecilnya. Macam mana lagi cinta masa kecil (yang ketika itu Najwa baru berumur 11 tahun) boleh kekal dalam hati dia. Sangan pelik kan? Inilah cinta. Menjadi manusia buta dan membutakan.
Saat romantik-romantik ini la i rasa i yang macam Fitjah Najwa yang mempunyai pakwe dari negara sarangheneo tu.
Happy ending guys~ happy reading~:p

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers