Monday 11 March 2013

PUNCAK KASIH KITA (EE HUI SAN)


Tajuk : Puncak Kasih Kita
Penulis :  Intan Arnida
Terbitan : Alaf 21, 2009
Muka surat : 370 m/s
Saya telah membaca buku tulisan penulis Intan Arnida iaitu Puncak Kasih Kita. Novel tersebut merupakan novel cinta, thriller dan juga misteri.
Setelah membaca buku ini, saya berasa Intan Arnida barjaya membuatkan hati saya yang ingin terus membaca dan membaca kesudahan cerita ini. Beliau pandai menarik pembaca terus membaca dengan misteri yang ada.

Ceritanya lebih kurang ini:

Komen saya:
Buku yang telah say abaca adalah sebuah buku yang penuh dengan ucapan “Err…err”. Oleh itu, saya berasa penulis boleh mengurangkan penggunaan perkataan “err…err”.
walaubagaimanapun, saya suka dengan thriller cerita ini. Tetapi semasa saya membaca buku ini, saya hanya dapat berasai bahawa saya sedang menonton sebuah drama di TV melihat cerita-cerita melayu yang lebih kurang macam dalam buku ini, dan bukan hanya sebagai membaca novel.
Kulit belakang buku ini adalah lebih kepada cerita Hero dan Heroinnya iaitu Syed Firqan Alam dan Lina Az-Zahra (Linette). Dua teruna dan dara dari Universiti di Sabah, terlanjur melakukan hubungan sex kemudiaan. Hero merasa bersalah dan ingin memperisterikan Lina sebagai membalas atau menebus rasa tanggungjawab terhadap apa yang sudah berlaku kala keduanya kegersangan.
Tetapi sebenarnya, novel ini banyak menyimpang jauh pula. Tidak menumpukan kepada watak dan penceritaan Hero dan Heroinnya. Sebaliknya lebih kepada watak sampingan iaitu Syarifah Ernida dan Syed Bakhary. Saya lebih rasa terkesan dengan watak Syarifah Ernida yang kekurangan kasih saying  dan itu adalah lebih daripada watak Lina yang tidak berkembang dengan baik.
Tidak dapat dinafikan, saya sangat suka dengan perasaan cemas ketika membaca novel ini, tetapi akibat terlalu banyak misteri yang menyebabkan tidak terungkai, ini membuat saya berasa pelik. Pada akhir cerita ini adalah mengisahkan orang yang selama ini merogol Lina adalah seorang yang rapat dan dikenali dan hanya dikenali pada akhir-akhir cerita ini. Ini menyababkan tidak logic pula apabila orang yang merogol Lina itu berkait rapat dengan Firqan, Ernida, Bakhary, keluarga Lina secara tetiba.
Secara keseluruhannya, saya suka buku ini dan buku ini berbaloi membacanya.





No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers