Thursday 7 March 2013

Sperma Cinta - Aisa Linglung









Judul: Sperma Cinta
Penulis : Aisa Linglung
Penerbit : Lejen Press
Been Review by Norhuzaimah(Intan) Mohd Som 



SINOPSIS: Sperma Cinta adalah nukilan pertama Aisa Linglung, sebuah buku yang memadatkan pelbagai cerita pendek mengenai kisah yang penulis adaptasikan dalam kehidupan seharian. Buku ini juga menceritakan sejarah hidup penulis daripada tadika sehingga dewasa.

ULASAN: Sebelum Intan merepek lebih jauh tentang pendapat mengenai buku ini. Mari kita tengok dulu pendapat orang lain yang pernah membaca buku "Sperma Cinta" ini.



Menurut Linglung melalui blog yang dia tulis, buku Sperma Cinta ini sangat mendapat sambutan sehingga pihak Lejen Press sendiri memberi jaminan wang di kembalikan jika pembaca tidak berpuas hati dengan kandungan buku tersebut.
So, apa macam? rasa nak beli tak buku ni?  *dah macam promoter Lejen Press pula... =,=
pertama sekali, secara jujurnya Intan seorang yang bukan Ulat buku,..selalu layan pun buku komik, kartun, something yang bukan tulisan berperenggan...Buku tulisan berperenggan nie selalu sentuh kalau buku tu keluar exam, alamatnya terbalut rapi je la buku tu dekat rak meja kuning. Langkah pertama sebelum pilih buku, buku itu mestilah ada konsep entertaiment, then tertarik la dengan buku ukilan Linglung nie, thumps up, Mr. Linglung kamu berjaya buat Intan habis baca buku ini.. :D
"kita bermula daripada Sperma, bertarung
dengan yang lain dan kita menang"
ayat yang terhasil daripada ungkapan penulis, linglung. membawa motivasi kepada semua untuk terus bersemangat menempuh hari esok.
:)
permulaan kisah dimulakan dengan kisah Sperma cinta. 
"Libido turun anik tak menentu. Kelenjar adrenalin mengepam laju reseptor androgen. Panas. Mata gua terus menjamah tajam bodi solid bini gua"
nukilan penulis mengunakan teknik hiperbola dan metafora.
Libido itu apa?
-_-"
Intan agak tertarik dengan nukilan LingLung yang bertajuk  "Syukraay Sayang Shindu" 
apa yang membuatkan cerita ini menarik dan ulasan yang dapat di buat ialah cerita ini mengisahkan hubungan manusia dengan kucing. bila sekali imbas di baca, ianya seakan sebuat cerita yang tidak masuk akal. Namun jika di baca dari bahagian 1 hingga akhir, anda baru perasaan Shindu merupakan seorang manusia.. gemik yang di buat menjadi dan membuatkan orang ingat tahu kisah seterusnya,...
lebih menyenangkan apabila cerita ini sangat dekat dengan realiti kehidupan manusia..
Syukraay lintas pimpin tangan kucing perempuan yang Syukraay baru jumpa di belkang kedai cuci kereta tepi food court cina yang tak kurang ramainya orang melayu makan di sana walaupun tidak ada logo halal baik yang betul ataupun palsu Syukraay teringkatkan Shindu.
Ia adalah teguran secara langsung tetapi dapat diterima kerana melalui seekor kucing
:D
bila di amati dan diperhati buku ini agak kurang sesuai untuk pembaca kanak-kanak, bukan sahaja daripada segi kandungan, namun pengunaan perkataan kata diri pertama yang digunakan ialah gua amat tidak relevan untuk pembacaan mereka. ini adalah disebabkan perkataan ini jika digunakan semasa exam UPSR,boleh jadi habis gagal kanak-kanak tersebut.
lebih daripada itu, kita boleh dapati buku ini mencampur adukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris.

##jika anda mencari sebuah buku yang dapat menhiburkan anda. pastinya buku Sperma Cinta ini dapat memenuhi citarasa anda...
##tapi kalau anda mencari sebuah buku berkaitan dengan Sperma dan Cinta, anda mungkin sangat salah membeli buku ini. 
##buku moral untuk kanak-kanak pun ia kurang bersesuaian dengan pembacaan dan pendekatan yang ingin diketengahkan. 
apa yang penting untuk kita memilih buku ia perlu memenuhi citarasa kita. overall "Sperma Cinta", 8/10 bintang untuk penulis dan lejen press kerana menerbitkan buku yang sangat sempoi, menghiburkan dan yang paling penting dekat dengan masyarakat. ^_^


2 comments:

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers