Monday 11 March 2013

Sesuci Kasih Bonda (Pook Chui Kuan)






Tajuk : Sesuci Kasih Bonda
Penulis : Ilani Mysara
Terbitan : Alaf21
Jenis : Cinta, keIslaman, Susur Galur Sejarah, Mistik
M/S : 298 m/s
Terbitan : 2010 

Inilah merupakan kali pertama bagi saya untuk membaca novel yang ditulis oleh Ilani Mysara. Pada permulanya, saya memang tidak berminat untuk membaca bentuk cerita sedemikian. Namun, saya terus menumpukan minat sehingga menghabiskan membacakannya . Oleh sebab comment yang dituliskan oleh peminat bacaan novel sangat baik dan harapan tinggi terhadap buku ini, perhatian saya terhadap novel ini semakin bertambah.

Apakah sebab-sebab yang menyebabkan saya tidak berminat untuk bacakannya pada permulanya? Saya teragak-agak untuk membaca novel ini kerana saya tidak tertarik dengan tajuknya iaitu Sesuci Kasih Bonda. Maklumlah, saya tidak suka bahan bacaan novel yang mengisahkan pasal masalah rumah tangga, godaan dan sebagainya. Laginya, kandungan kisah yang sedih memang tidak akan menjadi pilihan utama saya. Namun begitu, saya berasa novel sedemikian tak begitu teruk dengan apa yang saya fikirkan. Inilah keistemewaan novel ini.

Sinopsis
MASTIKA diduga oleh ALLAH dengan kematian suaminya, Sham. Dia menjadi ibu tunggal kepada empat anak yatim piatu yang dijadikan anak angkatnya. Dugaan yang dihadapi selepas kematian suami benar-benar mencabar keimanannya sebagai seorang Muslimah.

Malah, mimpi yang dialami sejak gadis iaitu mengenai tiga lelaki dalam hidupnya muncul kembali. Kemunculan Iskandar, mirip dengan salah seorang dalam mimpinya membuatkan Mastika dalam dilema.

Melalui Iskandar, Mastika menemui semula salasilah keluarganya yang sudah lama terpisah. Namun, dia perlu membayar nilai pertemuan ini dengan sesuatu yang tidak diduga.

Ulasan dan komen saya

Jalan cerita permulaannya sangat menarik hati. Cerita novel ini melibatkan masa dari zaman moden.. masuk ke zaman silam, zaman kesultanan Melayu, zaman pemerintahan British dan Belanda. Cara watak pertama iatu Ilani Mysara mengolah cerita sangat asyik sekali. Kisah cinta, pengorbanan dan kesakitan akibat cinta yang dihadapi oleh Ilani Mysara disusun dengan indah sekali.
Cerita yang bermula dari perasaan cinta, amanah. dendam, amarah dan menjaga susur galur kesucian keturunan dulu-dulu. Melalui novel ini, saya memahami dan menegaskan bahawa orang-orang dulu sangat mementingkan kedudukan dan martabat dan perlu dijaga hingga berkurun-kurun lamanya. Contohnya pembawaan nama seperti Megat, Syed dan Syarifah yang boleh kita dapat lihat daripada rakan-rakan Melayu sekeiling kita. Selain itu, terdapat banyak cerita Alam Mistik dalam novel ni. Cerita ini mengandungi sifat cinta yang tidak kesampaian. Tidak ketinggalan pula , penyempurnaan kisah cinta, kekesalan dan perihal islamik yang kita sanjungi.

Yang penting , novel ini mengisahkah, Mastika (Mas) yang baru kematian suami tercinta, memiliki empat orang anak angkat,  telah menjadi galang ganti kepada satu perjanjian dengan iblis oleh nenek beliau. Jadi, bermulalah perjalanan hidup Mas yang penuh racun dan duri untuk menyempurnakan amanat nenek beliau untuk berkahwin dengan sepupu beliau iaitu Iskandar tanpa rela. Di sini, saya nampak Ilani Mysara berbakat besar dalam flashback zaman dulu-dulu, dan pengolahan cerita mistik beliau tapi bila dia masuk semula ke 'zaman sekarang' Ilani Mysara macam 'hilang punca'. Saya terbuai dengan kisah flashback beliau pada zaman kolonial dimana Maharani menjalani kehidupan sengsara dan kembali ke tanah air setelah beliau lari ke Indonesia untuk menjejaki keturunan beliau. Bahagian  ini memang marveles bagi saya. Di sini, saya juga dapat menyelami keadaan rumah nenek beliau dan keadaan bilik dimana Mastika telah pengsan selama 3 hari. Kisah keadaan yang begitu sebenar menyebabkan saya seperti berada di bilik pada masa itu.

Bagi bahagian penghabisan cerita , Ilani macam berada dalam keadaan yang keliru. Tambahan pula, saya tak berpuas hati dengan 'hati' Mas yang katanya 'sentuhan dan perasaan' beliau pada arwah suami beliau telah pergi bersama arwah suaminya (ini terjadi abila beliau dipaksa berkahwin dengan Iskandar), tetapi apabila dis berjumpa dengan seorang ustaz bernama Haidir, hatinya kembali berbunga. Jadi, saya merasa kesuciannya amat dicurigai.

Kesimpulannya, pengakhiran cerita ni agak terlalu pantas bagi saya. Saya ingin menegaskan lagi bahawa novel ini amat baik dan saya tidak menyesal manbacakannya. 

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers