Tuesday 12 March 2013

Teori Konspirasi - Muhammad Syukri bin Shaharuddin



Penulis : Ibnuyaacob
Penerbit: Moon Media Enterprise
Harga: RM 24

Sinopsis
         
          Masyarakat seluruh dunia sedar akan dengan konsep Freemason & Illuminati,namun hanya segelintir yang memahaminya dengan lebih teliti & selebihnya bersikap remeh temeh.Buku ini banyak memaparkan isu-isu yang lebih kritikal berbanding tipikal serta teori-teori di tahap senggama minda @ mindfucked yakni hanya dengan membuka daya pemikiran seluas-luasnya mampu memikir luar dari kotak pemikiran biasa bagi memahami segala hal.

Ulasan

        Salah satu isu yang menarik dipertikaikan adalah bagaimana ‘mereka’ cuba mengikis pandangan skeptikal umum dari jahat kepada baik dengan cara ‘penjernihan imej’ seperti meletakkan boneka bernama Barak Obama sebagai pemimpin zahir.Buktinya,betapa bodohnya rakyat Amerika yang percaya dengan menukar pemimpin hanya kerana warna kulit mampu mengubah segalanya,namun mereka ditipu dengan sistem politik hanya dua hala (demokrat & republik) dikawal oleh ‘mereka’ di belakang tabir.

       Satu lagi teori yang mungkin ramai tidak sedari adalah konsep ‘man’s only land’ atau diterjemah sebagai ‘Tanah Lelaki Sahaja’ di mana hanya golongan Adam sahaja yang terlibat di dalam organisasi hitam ini.Secara logiknya,lelaki memang dilahirkan sebagai seorang pemimpin.Pertubuhan rahsia Skull & Bones hanya merekrut mahasiswa lelaki di Universiti Yale dan diantara mereka adalah individu berpengaruh seperti George HW Bush,John Kerry & George W Bush.

      Illustrasi gambar banyak memainkan peranan di dalam penceritaan.Ini kerana Freemason berkomunikasi secara rahsia melalui simbol-simbol pelik,sebagai contoh adalah singa Judah & Star David yang menjadi lambang identiti mereka.  

       Dari pandangan neutralis atau perspektif positif,niat zahiriah ‘mereka’ adalah murni demi kemajuan sesebuah tamadun dunia serta ummah,namun dengan cara mempergadaikan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T, matlamat tidak menghalalkan apa-apa cara sekalipun.

        Ada juga teori yang mungkin meragukan minda sehingga kita tertanya-tanya adakah ia rekaan semata-mata ,namun jika kita percaya semua yang ada di dunia ini adalah kebetulan,adakah kuasa tuhan juga kebetulan di mata kita?

       Tujuan buku ini diterbitkan bukan untuk mengagungkan kebijaksanaan bangsa-bangsa Yahudi serta menakut-nakutkan umat Islam,namun kita perlu memahami cara pemikiran musuh jika ingin berjaya menumpaskan ‘mereka’ kelak di kemudian hari.

       Otak ini pun memikirkan sejenak mengapa kita masih tidak boleh beralih dari sistem yang dicipta oleh ‘mereka’.Adakah kita tidak mampu mengatasi dakyah-dakyah fasis yang dicipta,atau ini adalah hikmah yang ingin Allah tunjuk bagi membuka mata seluas-luasnya betapa angkuh dan liciknya ‘mereka’?


No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers