Tuesday 12 March 2013

Main Gila: Penebusan

Mohamed Faiz B. Mohamed Yusof




Tajuk  :  Penebusan
Pengarang  :  Khrlhsym
Penerbit  :  Lejen Press


SINOPSIS

Sebuah cerpen yang mengisahkan tentang perjuangan seorang mangsa konflik kehidupan.  Kecelakaan yang menimpa Hadad benar-benar telah mengubah jalan hidupnya.  Kehilangan orang yang disayangi dalam bentuk yang tragik dan kejam membuatkan Hadad bangkit menuntut keadilan.  Hasil bantuan satu-satunya individu yang menghiasi hidupnya, Pak Josias.  Hadad rakus mencari jalan kejayaannya.  Namun disebalik watak Pak Josias yang jujur melicinkan perjalanan perjuangan Hadad, ada muslihat dan agenda yang tersendiri.  Watak sebenar yang mengaburi mata halus Hadad.


ULASAN

Permulaan cerita mengisahkan catatan perjalanan kedua ibu bapa Hadad ke alam baru.  Kekejaman yang dirancang tanpa pengetahuan Hadad sekeluarga.  Namun penulis tidak menyatakan motif kejadian yang menimpa keluarga Hadad membuatkan pembaca berteka-teki.  

Penulis cuba menekankan penghayatan terhadap kesengsaraan yang dihadapi Hadad melalui bentuk-bentuk pembunuhan yang dinyatakan.

"Aku cuba untuk melarikan diri dan semasa melangkah dengan tiba-tiba: Bam! Tembakan mengenai bahu kiriku"

"Papa merangkak pergi ke kaki lelaki itu bersujud, lelaki itu senyum dengan sinis meletakkan pistol tepat pada tengkorak Papa. BAM! Terburai otak Papa..." 

Borgia, pembunuh upahan yang bertanggungjawab menamatkan riwayat Hadad sekeluarga cuai dalam misinya.  Hadad berhutang nyawa apabila tembakan ke arahnya tidak mengheretnya ke neraka.  Setelah terselamat dan dari koma, muncullah individu yang membangkitkan semangat perjuangannya untuk penebusan nyawa, Pak Josias.  

Pak Josias bertindak sebagai pengumpul maklumat pembunuhan keluarga Hadad demi menjejaki pembunuhnya selama tempoh Hadad dalam dunia komanya.  Lengkap dengan kertas siasatan, latarbelakang pembunuh dan lokasi semasa pada hari penebusan, semuanya mudah bagi Pak Josias.


"Anak kau selamat, kalau kau nak selamatkan anak kau sila datang ke gudang ** **.
Datang sini sorang-sorang, kalau tak, aku cincang anak kau, bagi makan babi.
P/S: isteri kau sedap. k***t lagi. Hehe"


Sehinggalah masa penebusan yang dinantikan Hadad, penulis disini cuba membawa pembaca ke dunia pembalasan seorang pedendam.

"Hari ini aku menjadi malaikat maut buat pertama kali.."

"Pistol, chloroform, pisau.."

"Kalau aku bunuh kau, aku masih belum puas.."

"Aku mula memotong jari-jemari anaknya dari tangan kanan hingga tangan kiri.."

"Aku tarik lidah anaknya keluar, potong perlahan-lahan.."

"Perlahan aku cungkil biji mata anaknya tanpa belas kasihan.."


Kemenangan Hadad.

Pak Josias, individu yang mempertemukan Hadad kepada habuannya kembali muncul dengan satu rancangan yang mampu untuk terus mengaburi bayang syaitannya dengan menawarkan kerjaya sebagai pembunuh upahannya.  Hasil dari latihan yang dilalui Hadad iaitu pembunuhan Borgia.

Di akhir cerita, penulis mendedahkan watak sebenar Pak Josias disebalik segala penebusan oleh Hadad.  Nasib Borgia yang ditentukan dan peranan Hadad dipergunakan demi kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers