Tuesday 12 March 2013

by Nik Hassan Syukri - "Lelaki Eksistensial" .... not me okay


Tajuk Novel        :               Lelaki Eksistensial
Penulis                :               Nami Cob Nobbler

Dalam era  inovasi dan teknologi ini, lahirnya novel “lelaki Eksistensial” ini yang  menceritakan tentang kehidupan seorang individu lelaki yang mempunyai pandangan, falsafah dan cara hidup yang berbeza dengan orang lain. Sebelum membaca novel ini, pembaca disarankan untuk membaca buku "bayang" dan "awek chuck taylor" untuk mengenali sejarah "lelaki" dalam novel ini. Justeru itu, pada sekilas pandang mungkin akan wujud sesetengah pembaca yang akan bersetuju jika dikatakan, lelaki ini terlalu suka mempermainkan perasaan perempuan kerana dalam masa yang sama dia mampu memiliki serta mengawal keempat empat skandalnya daripada mengetahui rahsia kecurangannya (bagi karekter ini, sifat kasanovanya itu tidaklah bermaksud curang kerana dia sangat menyayangi kesemua kekasih kekasihnya itu). Akan tetapi, jika diteliti, semua ini kronologi ini terhasil dari 3 sebab utama yang dapat dikenal pasti:

1.       Persoalan hati yang tidak terjawab. Contohnya, siapa? dan dimana ibubapanya?
2.       Penganiayaan hidup semasa di zaman kanak kanak. Contohnya, dia dipergunakan oleh bapa saudaranya sebagai tempat melempiaskan nafsu kebinatangan
3.       Dendam cinta terlara yang tidak terbalas. Contohnya, selepas cinta terhadap Sofia tidak terbalas, fokus matlamat hidupnya terus berubah 360 darjah, kesian.

Ketiga-tiga factor ini telah banyak membentuk “lelaki” tersebut menjadi “KASANOVA”. Jadi mana mungkin pada fikiran logik manusia ini, boleh menerima ketiga tiga punca ini sebagai satu kebahagiaan. Tentunya ianya memberi impak dalam coretan sejarah hidup. Oleh itu, tidak hairanlah jika “lelaki” ini mempunyai sifat sebegitu.

Selain itu, novel ini telah berjaya menerapkan nilai penguasaan wanita dalam keadaan yang sangat praktikal dan logik. Penggunaan bahasa pengolahan yang begitu menarik serta munasabah telah membuka minda para lelaki untuk lebih berhati hati dengan perwatakan mereka dalam mengawal ego dan super ego untuk mengambil serta mencuri pemilik hati dengan cara yang sangat baik dan lembut seperti ‘menarik rambut di dalam tepung’. Antaranya adalah tip "5 GOLDEN KEY” untuk membuka kunci ego atau id apabila berhadapan dengan mereka yang berlainan jantina ini.

Tambahan pula, novel ini juga secara tidak langsung menunjukkan. apakah kehendak sebenar golongan hawa terhadap seorang lelaki, adakan cukup dengan harta kekayaan, ketampanan rupa, kegagahan fizikal, hubungan kelamin yang memuaskan ataupun perhatian yang lahir dari keikhlasan hati sanubari itu yang lebih dituntut? Justeru, novel ini akan merungkaikan satu persatu persoalan ini.

Di samping itu, novel ini juga berjaya mengajar pembaca untuk tidak mudah putus asa dan  percaya pada kebolehan diri  Jangan mensiakan peluang yang datang serta menghargainya sebaik mungkin. Jangan mengecilkan serta mengutuk pandangan, hasil kerja, pemikiran dan tingkah laku secara drastik. Akan tetapi, dalam proses penerapan nilai nilai ini, timbul persoalan dalam benak sanubari ini samada, adakah mereka yang lebih mendominasi dalam golongan "mainstream" ini terlalu kolot? atau mereka yang bergiat dalam pihak "hipster" ini lebih mulia?. 

Menggambarkan kedaifan pemikiran golongan Melayu yang hanya mengukur tahap kejayaan dan pencapaian seseorang itu dari sudut material semata mata. Antaranya melihat pada kereta apa yang dipakaikan, mempunyai pekerjaan apa serta cara berpakaian seseorang tersebut tanpa mengenali betul betul hati budi individu tersebut. Buktinya kita dapat lihat apabila bagaimana reaksi ayah Maisarah apabila menyambut kedatangan “Lelaki” tersebut dan bagaimana seorang ahli politik mengukur tahap kejayaannya hanya dengan menunjukkan kekayaan yang dimiliki seperti rumah agam yang besar dan kereta Jaguarnya.

Walaubagaimanapun ada 3 peristiwa dan jalan cerita dalam novel ini yang tampak tidak rasional dan menimbulkan kemuskilan:

1.       Cara lelaki itu mengawal keenam enam kekasihnya dan skandalnya daripada mengetahuinya sehingga kesemuanya tidak pernah berburuk sangka terhadapnya dan terlalu menyayanginya. Ini disebabkan, dalam kalangan skandalnya wujud beberapa wanita yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat seperti Lin pemilik syarikat penerbitan dan anak kepada seorang ahli perniagaan besar di Malaysia, Maisarah seprang anak ahli politik yang tersohor di negeri tersebut, dan Fitrana seorang pelakon sinetron Indonesia yang mempunyai banyak kontroversi. Unik dan pelik skandal skandal ini tidak pernah ditakdirkan untuk merasa ragu terhadap kesetiaan "lelaki" itu. Sekiranya ianya betul betul wujud dalam realiti dunia, dialah penguasa hati para wanita.
2.       Segala kejayaannya itu dikecapi setelah berjumpa dengan Lin. Oleh itu, peristiwa pertembungan antaran Lin dan "lelaki" itu boleh diklasifikasikan sebagai takdir dan tuah badan. Jika dilihat dari keadaanya pada masa itu, tentu sukar bagi manusia biasa ingin menerimanya. 

3.    Kenapa sukar "lelaki" itu untuk setia? Hanya untuk membalas demdam! persoalan ini tetap tidak terjawab samada dia masih benci atau sayangkan Sofia. Adakah dendam itu terbalas setelah dia dapat melepaskan nafsunya bersama Sofia setelah bertahun tahun menanggung sakit hati akibat dendam cinta muda terlara.

Dari sudut kesesuaian penggunaan kosa kata pula, penulis terlalu obsess sehingga menggunakan kosa kata yang keterlaluan apabila ingin melontarkan perasaan marah dan kecewa bagi mengilusinasi para pembaca. Penggunaaan kosa kata seperti mencarut tampak seperti terlalu tadak sopan. Walakin penulis ingin membawa para pembaca untuk menyelami perasaan watak tersebut, mungkin penulis boleh mengurangkan penggunaan kosa kata sebegitu ini serta menggunakan alternatif yang lain. 

Secara konklusinya, penulis ingin membawa para pembaca untuk membuka kota  minda mereka untuk mengenali individu “lelaki” tersebut yang mungkin wujud dalam celahan jutaan masyarakat ini. Dengan sedemikian, segala persoalan mengapa, kenapa dan siapa watak tersebut akan terjawab  secara puitis dan kreatif sekali. Selain itu, ianya juga merupakan hasil penulisan yang sangat kreatif dan mempunyai nilai estetika  dan ilmiah yang tinggi kerana memasukkan kata kata para motivator dunia serta lakaran sejarah dunia secara sambil lewa dan pembaca tidak merasa janggal apabila disisipkan dalam kronologi penceritaan.

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers