Monday 11 March 2013

Aku Rindu 90's



Tajuk : Aku Rindu 90’s
Pengarang : Wan Shafiq
136 muka surat
 
Buku ini menceritakan pengalaman penulis menempuhi era 90 an sebagai seorang remaja Melayu di negeri Kelantan. Pengalaman yang diceritakan bukan sahaja dialami penulis malah dialami oleh kebanyakan remaja yang menempuhi 90 an sebagai remaja atau kanak-kanak. Pengalaman yang ditempuhi banyak membangkitkan kembali nostalgia-nostalgia yang mungkin tidak wujud lagi pada masa kini. 

Menurut penulis, muzik berperanan dalam membentuk budaya yang wujud di zamaqn 90 an. Band muzik dari barat seperti Nirvana dan Guns N’ Roses menjadi idola remaja pada masa itu. Gaya yang ditampilkan seperti punk rock dan grunge menjadi ikutan. Lagu-lagu seperti smell like teen spirit, the man who sold the world dari kumpulan Nirvana dan sweet child o’ mine dari Guns N’ Roses manjadi siulan remaja 90 an. Tidak dipingirkan muzik-muzik tempatan yang hangat diperbualkan seperti kumpulan nasyid Raihan dan kumpulan New Boyz. 

Permainan yang dimainkan remaja 90 an lebih lasak jika dibandingkan dengan permainan kanak-kanak zaman sekarang. Pada zaman 90 an internet masih merupakan perkara yang asing. Facebook dan twitter masih belum wujud. Permainan seperti tikam, mandi di tali air, bola sepak kampung, permainan kereta dash yan kuro dan Digivise menjadi kegemaran kanak-kanak ketika itu.

Penulis turut menyelitkan kisah persahabatannya bersama rakan-rakan di sekolah dan seorang gadis bernama Ayu yang menjadi individu penting dalam zaman kanak-kanak penulis. Turut diselitkan perkara-perkara penting yang belaku di zaman 90 an seperti suasana bola sepak dalam dan luar negara dan politik semasa era 90 an termasuk kes Anwar Ibrahim.

Budaya kekeluargaan di zaman 90 an turut ditampilkan dalam buku ini. Pemikiran ibu bapa yang sekular dan dipatenkan oleh masyarakat sekitar menjadi penghalang kanak-kanak untuk mengejar impian mereka. Perkara seperti kejayaan dalam peperiksaan menjadi pengukur status sebagai kanak-kanak di zaman 90 an.

Ulasan :

Pada pendapat saya, buku ini banyak membantu mengimbau kenangan pahit manis mereka yang lahir atau mengharungi zaman 90 an sebagai kanak kanak. Tahun 90 an merupakan zaman yang penuh warna warni dan tidak patut dilupakan. Walaupun masyarakat mula mengikut budaya baru yang dibawa dari barat namun budaya tempatan masih lagi dikekalkan dan dipegang kuat oleh masyarakat. Nilai murni sepeti persahabatan yang diceritakan penulis boleh dijadikan iktibar kerana perkara yang diceritakan tidak hanya berlaku pada penulis malah berlaku terhadap meraka yang mengharungi 90 an sebagai seorang kanak-kanak. Sekian. Hidup 90 an!

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers