Friday 8 March 2013

Rooftop rant- Najwa Napri 1SHAC



ROOFTOP RANT

Semua manusia punya kisah hidup masing-masing. Kisah hidup yang tidak akan diceritakan adalah kisah silam yang penuh dengan perkara-perkara yang kalau nak diingatkan balik pun rasa macam nak bunuh diri sahaja. Rooftop Rant adalah kisah silam Trisy dan Jade dan bagaimana mereka menempuh hari-hari yang berlalu dengan perspektif masing-masing tentang kisah silam. 

-Trisy, budak rambut mohawk tu selalu ponteng kelas tuisyen untuk duduk melepak atas bumbung Wisma Topaz dengan rokok sebatang dan Snickers sebagai bekal makanan, sebab tiada orang yang akan tahu pun kalau dia buat apa pun . Jade pula si pemakai spek mata Rayban yang  juga ahli melepak atas bumbung itu, bertemankan buku lukisan untuk melakar apa-apa yang menyusutkan otaknya waktu itu- mak yang selalu membebel dan membandingkan dirinya dengan adik-beradik lain ataupun bisnes burger yang macam jadi tak jadi kat tepi jalan berdekatan. Trisy kekurangan kasih sayang kerana sering dibiar keseorangan di dalam rumah, manakala Jade pula malas mahu bergaduh dengan emak dek kerana emak sering berpandangan bahawa dia sering mensia-siakan hidupnya dengan perkara-perkara tidak bermanfaat.

 Mereka mula berkongsi luahan rasa, kisah hidup, suka dan duka, kata-kata semangat sejak Trisy cuba bunuh diri atas bumbung tu. Cuak tak cuak jugalah Jade waktu itu, daripada dia tak kenal budak itu, jadi terlebih kenal, dah jadi macam abang kandung Trisy pula lepas itu. Kisah mereka di atas bumbung terhenti apabila mak ayah Trisy menghantar Trisy ke kampungnya di Johor, dek kerana cubaan bunuh diri Trisy kali kedua di rumah. Sebelum Trisy pergi, dia telah mencarikan Jade kerja di syarikat kawan abangnya selaku kartunis.


Seterusnya adalah penceritaan bagaimana budak rambut mohawk tu bertukar menjadi gadis Melayu terakhir dengan baju kurung dan tudung tutupnya dan mula mengenal agama dengan pertolongan Pak Cunya di kampung. Jade pula dengan 3 projek meganya, berhenti dari kerjanya sekarang,berdakwah melalui kartun, dan menerbitkan majalah kartun dari Indonesia ke malaysia dan projek terakhirnya adalah Trisy. 

Mereka tidak pernah bersua sejak kali terakhir di atas bumbung itu, hanya bertukar cerita melalui surat, dan akhirnya mereka bertemu semula di rumah Trisy sebab Pak Cu, Jazz,Jade, Wak Duku bimbang kot-kot Trisy bunuh diri lagi. -

"Live well or live hell, we choose".

Kata-kata keramat ni memang bagus untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kalau dulu perangai kita macam budak tak pernah belajar, mungkin dah besar ni baru kita matang. Proses nak berubah matang tu bukan sehari dua, kadang mungkin cecah 50 tahun baru nak matang. Tapi jangan kita nilai seseorang berdasarkan dia yang kita kenal 10 tahun lepas, boleh jadi dia lebih mulia kedudukannya di sisi ALLAH berbanding kita. Dan kalau rasa nak berubah, tapi takut kawan gelak, takut hilang kawan, takut nak cuba benda baru, takut semuanya, jadi kita dah pilih untuk live hell.  Kuatkan semangat, teruskan melangkah, akan ada kejayaan di hujung sana. Allah tengok usaha kita, bukan hasil. Wallahualam. (Aman tanpa perang)

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers