Friday 8 March 2013

Heroin by Amal Hamsan




Judul : Heroin

Penulis: Amal Hamsan

Penerbit : Lejen press

Harga: RM18 




Sinopsis:


Sebuah antalogi cerpen dari Amal Hamsan, dalam ada 10 buah cerita pendek yang berdasarkan pengalaman penulis dan persekitarannya. Buku ini nak bagitahu kita perlu jatuh dari puncak gunung yang menggeletek awan untuk sedarkan diri kau sendiri, apa yang selama ini kau panjat, apa yang selama ini kau cuba nak gapai. Banyak duri yang akan kau pijak, banyak batu yang akan terus kau tampung di bahu untuk setiap kali kaki kau melangkah. Semua ini, hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau inginkan itu, sesuatu yang untuk kau perjuangkan atau tidak. Dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut luka-luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita baru. Sebuah cerita pedih, dan hitam.Aku terluka, hampir mati, namun aku masih cuba berdiri.

 


Ulasan:

Heroin, tajuk yang agak menarik perhatian saya dan slogannya “you are a victim of your own mind.” Tidak boleh dinafikan , buku ini tergandung banyak ruang  imaginasinya dan berbaur keremajaan. Dalam sepuluh cerpen ini ada wataknya ada yang gembira, psiko, tertekan tapi semuanya bukan berakhir bahagia, membuat aku terasa keunikan buku ini. Inilah koleksi cerpen kisah perempuan-perempuan yang cintanya tak kesampaian, hampa dan patah hati. Setiap watak yang ditindas hatinya.

Cerita yang paling menyetuh hati saya ialah Saatnya. Seorang anak bongsu, abang yang tidak menyesal selepas membuat kesalahan dan panas baran dengan ibubapa yang penyayang akhirnya anak bongsunya dibunuh oleh abang dengan kejam. Ibu bapa tidak salah menyayangi anak-anaknya tapi janganlah sekali-kali biarkan anak mereka melakukan perkara yang buruk, semakin melampau. Pada masa tu menyesal dah terlambat.  Penulis ini cuba menggambarkan setiap babak untuk membuat kredibel. Indikasi, sebuah cerita cinta yang pedih. Seorang gadis HIV sanggup pengorbanan nyawanya demi seorang yang dia cinta serta kawan baiknnya. Pergorbanan dia untuk memberi kesedaran kepada lelaki yang dia suka lama. Penulis mempunyai pemikiran yang teliti dan imaginasi untuk menarik perhatian pembaca.
Cerita dalam buku ini banyak tentang peluang dan kehidupan. Ada yang kisah orang membunuh untuk mendapat apa yang dia mahu, keluarga yang kacao bilau, pilih kasih, tipu janji manis mulut dan pergorbanan hidup tak semuanya berakhir dengan apa yang kita harapkan atau mahukan. Cerpen-cerpen ini memberi kesedaran kepada kita mahu menghargai orang yang disisi kita sebelum lewat. 

Tatabahasa, kepanduan dan perbendaharaan kata diguna dalam cerita ini diguna secara ringkas mudah difahami tapi kadang-kadang terlalu banyak guna bahasa inggeris. Penulis suka menggunakan inggeris dalam setiap ceritannya. Ini mungkin satu cara kita mudah untuk mengintegrasikan ke dalam cerita. Saya agak suka buku ini sebab penulis mampu mengarah cerita-cerita yang memberi dorongan untuk menghargai orang lain. Harap cerita yang seterusnya lagi dipertingkatkan dan menarik. Selamat membaca.


















No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers