Friday 8 March 2013

ONLINE DENGAN TUHAN oleh ZULKIFLI KHAIR


Assalamualaikum...



Ni la buku Online dengan Tuhan. Buku ni banyak mengandungi nasihat dan iktibar. Bila baca buku ini, banyak lagi benda yang kita semua tak pernah dengar. Buku ni gak dibahagi kepada beberapa bab. Setiap bab tu ada la cite dia yang tersendiri. Tapi, kebanyakannya ada kaitan dengan Pencipta kita iaitu Allah..

Walaupun maklumat dalam buku ni padat tapi kisah yang diceritakan sikit dan saya rasa tak puas baca..Kalau boleh nak la tau citenya sampai habis..cerita dalam buku ni pun bagus..ringkas, tak meleret-leret..straight to the point..bagus untuk orang yang nak tahu Islam ngan lebih mendalam. Penggunaan bahasa yang memang best...lagi moden dengan terma IT,sesuailah dengan zaman sekarang ni kan..

Salah satu tajuk dalam buku, "Sekiranya Tuhan Keluarkan Bil" amat menginsafkan kerana membayar bil internet je, kita dah mengeluh. Boleh bankrap sekiranya Tuhan juga mengeluarkan bil menuntut bayaran bagi harga kehidupan yang dilalui sekarang ini. Misalnya mampu ke kita nak bayar harga bil bagi oksigen yang kita sedut sejak lahir. "Terlalu banyak perkara yang Tuhan berikan secara percuma" bak kata penulis.


Buku ni jugak dapat menarik minat terutamanya remaja untuk membacanya. Dalam setiap bab dan cerita,penulis juga ada selitkan fakta-fakta yang ringkas. Kebanyakan cerita adalah pengalaman daripada penulis sendiri. Buku ini bagus untuk dijadikan motivasi..



SINOPSIS: Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca menyelami hubungan antara hamba dengan Tuhan yang lebih hebat melampaui teknologi online yang ada pada hari ini. Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan. Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal.

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers