Friday 8 March 2013

OFFLINE DENGAN SYAITAN (hannis sazreen)

           Firstly, penulis buku ni bekas pensyarah UTM iaitu Zulkifli Khair…ni jenis buku motivasi la kira..Dia ada kesinambungan dengan buku Online dengan Tuhan..Penulis pun sama..:)

          Tapi buku ni dia highlightkan tentang syaitan.. syaitan makhluk perosak terbesar dekat muka bumi ni..Kerja syaitan nk rosakkan seluruh keturunan Adam..buku ni sangat bagus bagi kita..dalam buku ni jugak dia bagi tips dan cara halang kita dari terpengaruh dengan pujukan syaitan.. 


          Kalau nak tahu, waktu senja ni waktu syaitan berpesta..Sebab tu orang tua larang anak2 dowg keluar rumah time tu..dah jadi amalan tradisi org melayu pun larang anak diorg keluar rumah waktu maghrib..syaitan bisik suruh keluar rumah waktu senja supaya manusia terleka sehingga habis waktu solat maghrib…SO, JANGAN merayap mane2 waktu senja ok..itulah cara kite boleh off9 dengan syaitan..:)  

       
       Bagi kita, part paling best dalam buku ni dekat bahagian “Malunya Ber-Facebook di  Padang Mahsyar’’  ..contoh dlm buku ni, Ali naik status ‘fb’nya ‘Sedang beratur di barisan akhir dengan matahari di atas kepala’..Samy pula ber’status’‘Mana pergi kain sarung saya? Kenapa semua orang tidak berpakaian?’…haha..boleh ke? skrang bolehlah meluahkan perasaan, bercerita di fb..tp di Padang Mahsyar? kita sama-sama dapat pengajaran..:) Seorang sarjana Islam berkata kepada orang yang dismping dengan org nazak iaitu…’Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Wahai Allah yang maha pemurah, matikanlah kami semua dengan iman. Disana, tiada masa ber-facebook melainkan face to face dengan Tuhan! :)

       X sempurna perjalanan menuju Tuhan sekiranya musuh tidak dikenalpasti dan rintangan tidak diatasi. Musuh tu adalah SYAITAN…Jom kita OFFLINE DENGAN SYAITAN..:)

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers