Monday 11 March 2013

PAUS GAGAL



Cerita pendek atau dikenali sebagai cerita cerita kontot yang mengisarkan kehidupan seharian manusia melalui ayat ayat pendek yang mengambarkan kisah realiti kehidupan. Ayat yang digunakan mudah dan senang difahami. Terbitnya buku ini adalah dari ulasan ulasan di 'TWITTER' penulisnya TOK RIMAU telah mengumpulkan idea idea #certweet mengenai kehidupan dan nasihat yang berunsurkan ringan dan kelakar. Dengan penyampain yang kelakar dan ringan, anak muda zaman ini lebih tertarik untuk membaca dan memahaminya. Contoh #certweetnya ialah "Orang yang selalu ingatkan aku tentang mati bukannya ustaz tapi ejen insurans" yang membawa maksud ejen insurans juga selalu mengingatkan kita tentang kematian dan persiapan untuk sampai ke tahap itu. Dalam PAUS GAGAL ini terselit berbagai emosi seperti lucu, marah, sedih, bahagia, kegagalan dan cinta. Dengan terselit berbagai bagai unsur kelakar penulis berjaya menarik minat anak muda zaman ini yang telah berjinak dengan twitter untuk membaca dan menyedari perihal kehidupan sebenar.  

Pertama kali saya jumpa buku ini di TwtupJOHOR, saya tertarik untuk membelinya kerana cerita cerita kontot yang terdapat didalam buku ini. Dengan muka depan yang menarik minat saya kerana mengambarkan twitter yang loading menunjukan buku ini terhasil dari #certweet. Oleh itu saya terdorong untuk memiliki buku ini, dan buku ini adalah terhad.

BY: NURDIYANA BINTI ABDUL AZIZ

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers