Monday 11 March 2013

KELABU


KELABU mengisahkan kehidupan seorang tomboy yang terlibat dalam aktiviti freelance photographer di kota metropolitan yang penuh dengan ragam dan karenah sosial setempat. Gaya hidup golongan elit banyak diceritakan di sini. tapi, ada jugak ada diselitkan sedikit latar belakang masyarakat kampung yang menjalani kehidupan yang sederhana, lepas dari hiruk pikuk kota yang menyesakkan nafas. Si tomboy juga merupakan seorang lesbian. Novel ini mendedahkan: 

Amir sebagai tunjang utama
 Shah dan Jun juga merupakan watak penting
 ada juga watak sampingan seperti abah, mama, tok wan dan sebagainya

Novel ini mengisahkan kehidupan dunia remaja sekarang yang banyak dipengaruhi dengan unsur barat dimana terdapatnya unsur LGBT (lesbian, gay, bisexual dan Transgender). Tulisan dan perkataan yang digunakan adalah mudah difahami dan mengariskan kisah sebenar kehidupan dunia sekarang.

Pertama kali saya melihat novel ini, saya tertarik dengan muka hadapanya yang lain dari yang lain. Warna yang menarik minat dan juga sinopsis yang membuatkan saya teruja untuk membaca selanjutnya.  Penulis berjaya menarik minat pembeli dengan penyampaian muka hadapan dengan kisah yang terselit didalamnya. 

BY: ANIIS NADHIRAH AHMAD AZAM

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers