Sunday 10 March 2013

KETAKUTAN - LEJEN PRESS, 2012 (HUZAIFAH FEZARI)


Judul buku: KETAKUTAN
Penerbit: LEJEN PRESS
Tahun: 2012

"IA SATU LUMRAH DAN FITRAH. DARIPADA KETAKUTAN MUNCUL SEMANGAT DAN KEBERANIAN. MALAH EGO, MARAH, BENCI, DENDAM, CINTA JUGA BOLEH BERANAK DAN MEMBIAK DARI KETAKUTAN. BAIK IA TAMPAK JELAS DI MATA KASAR MAHUPUN TERSELINDUNG DI SEBALIK HIJAB, SERU SEBUAH KETAKUTAN ITU DIBUNGKUS DALAM BUKU INI - KETAKUTAN"

ULASAN:

Buku ini telah menghimpunkan sebanyak 15 buah cerita seram daripada pelbagai penulis. Tajuk cerita di dalam buku ini ialah PESAN LISA, ROSE & LAILA, TILAM, PARANORMAL, REBORN ALYA, CORO,TEDDY BEAR KUNING, SKETSA MAYA RUMAH KEDAI NYONYA JUN, FREEDOM, JIPEZ KERIPEZ, CUAK, KORBAN JUDAS, PISANG, SERIAU DI SEBALIK PULAU DAN DESTINASI TERAKHIR. Daripada himpunan tersebut, terdapat cerita yang tak logik atau tahyul dan ada yang masih boleh diterima akal.
          Cerita tahyul yang wujud dalm cerita ini seolah-olah di ambil dari dalam tayangan TV di mana hantu boleh membunuh manusia seolah-olah cerita Ju On seperti dalam cerita TILAM. Terdapat juga lipas jadian yang menggigit manusia di waktu malam.
          Terdapat juga cerita yang jalan ceritanya tidak tersusun dan boleh menyebabkn pembaca terkeliru. Kadang-kadang saya terpaksa membaca sehingga 2,3 kali untuk memahami jalan cerita yang ingin disampaikan penulis seperti cerita REBORN ALYA, FREEDOM DAN SERIAU DI SEBALIK PULAU.
          Cerita yang masih boleh diterima akal ialah cerita yang berunsurkan rasukan, gangguan atau jelmaan kerana dalam Islam juga terdapat cerita mengenai perkara tersebut.Namun tujuan perkara tersebut hanyalah untuk mengganggu dan menyesatkan manusia, bukan untuk memudaratkan manusia.

Secara keseluruhannya, cerita ini menggambarkan hantu yang wujud dan manusia tidak mampu membaca ayat Al-Quran dengan betul sehingga gagal memberi kesan kepada gangguan tersebut. Walaupun terdapat perkataan yang tidak baik seperti perkataan shit dan sumpah seranah, buku ini masih boleh dibaca sekadar sebagai hiburan.

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers