Friday 8 March 2013

NAMA IA LOLIPOP






TAJUK BUKU: NAMA AI LOLIPOP

PENULIS: INGRID ANGGRIANI,REBECCA ILHAM, HANI SALWAH,CIK SAMSUKI SUKIBARI KADARIAN INDARAWIYYAH,NINI MARINI RAFAR,FAI ZAKARIA
PENERBIT: STUDIO ANAI-ANAI & SINDIKET SOL-JAH
TAHUN DITERBITKAN: 2012
BILANGAN MUKA SURAT: 86
HARGA BUKU: RM 20

NAMA PENGULAS: WAN NADIA NADHIRA BINTI WAN KAMARULBAHARIN
KAD MATRIK: A12HA0199
KHUSUS: SARJANA MUDA PERAKAUNAN







"NAMA IA LOLIPOP" adalah sebuah buku himpunan cerpen ciptaan daripada pelbagai penulis yang mengisahkan mengenai pengalaman,pemikiran serta isi hati wanita khususnya penulis itu sendiri. Kebanyakkan kaum lelaki masa kini mempersoalkan kebolehan wanita dengan memgatakan, "apa yang orang perempuan boleh buat selain daripada bergosip, bersolek, memasak dan menjaga anak?" kata orang, mereka juga boleh jatuh cinta berkali dan patah hati berkali juga. 


Buku ini mengandungi 24 CERPEN pendek daripada pelbagai penulis dalam bentuk penulisan yang lebih bebas, santai dan bersahaja. Sebahagian daripada penulisan ini adalah mengenai kisah kehidupan  mereka yang sebenar, separuh benar dan juga kadang-kadang mereka sengaja menambah-nambah untuk melawakan cerita. Dengan buku CERPEN ini, membolehkan kita meninggalkan realiti seketika dan melayari fantasi serta mengauli jiwa rasa penulis yang mendesah-desah bak menderas sekawan lebah. Teknik penulisan yang digunakan amatlah mudah untuk difahami dan memberikan maksud yang mendalam kepada pembaca tentang apa yang hendak disampaikan. Gaya menyampaiannya amatlah "UNIK" jika hendak dibandingkan dengan NOVEL dan buku cerpen yang kebanyakkan terdapat di luar. 


Pada pendapat saya,buku ini memberi satu perspektif dan pandangan baru kepada saya tentang cara pengolahan idea penulis yang "PELIK" tapi "MENARIK". Kenapa tajuk buku bernama, "NAMA AI LOLIPOP"?? Tajuk ini di ambil daripada salah sebuah cerpen dalam buku ini ciptaan Ingrid Anggriani. Ia mengisahkan seorang wanita yang telah patah hati terhadap tindakan seseorang yang dinamakan sebagai lelaki. Oleh kerana kecewa dan pasrah dengan semua yang telah dihadapinya, maka wanita itu aka LOLIPOP mengambil jalan mudah dengan memanjat dan berdiri di atas bingkai tingkap rumahnya lalu membunuh dirinya sendiri kerana hasratnya yang ingin mencari "pelangi". 

Terdapat 1 cerpen di dalam buku ini yang menarik perhatian saya iaitu, "Karim" oleh Nini Mariani Rafar. Untuk cerpen "Karim", pembaca pasti akan memikirkan bahawa Karim ini adalah seorang manusia kerana terdapat beberapa petikan ayat seperti:

"Mal, awak ni tak habis-habis buat saya terkejut la. Ini mesti twitter crush awak reply tweet awakkan?" Karim menjerit pelahan sambil membetulkan kedudukannya di sebelah Ikmal. Ikmal macam biasalah, buat-buat tak dengar apabila Karim tanya. Paling sadis, kadang-kadang, Karim dihempuk dengan bantal kecik, kasar. Kurang asam punya member!

"Budak Karim ni pun satu, bukan dia seorang aku nak layan. Aku ada banyak kerja lain nak dibuat. Bukan nak hadap dia seorang saja." Bebel Ikmal seorang diri sambil membuka plastik makanan di hadapannya. Ah, pedulikan budak Karim tu, esok lusa, dah sejuk hati, tahulah dia balik. 

Tapi hakikatnya, Karim adalah seekor kucing. Di penghujung jalan ceritanya barulah penulis memberitahu kebenaran siapa Karim ini berdasarkan petikan cerpen ini:

Ikmal ke tempat kerja dengan hati yang sangat gembira. Karim, si kucing jantan kesayangannya dibiarkan sahaja duduk di rumah Maya. Dipinjam Maya untuk di-kenen-kan  dengan kucing betinanya. Patutlah bukan main punya baik Maya-siap hantar-hantar makanan. 


Jalan cerita yang dipersembahkan oleh penulis ini berjaya untuk "menipu" saya. Tahniah Nini Mariani Rafar!

Secara kesimpulannya,buku cerpen ini mampu membuka satu perspektif yang baru kepada para pembaca terhadap penulis-penulis "independent" ini yang inginkan kelainan serta ASLI. Bak kata seorang pembaca: 


 "Hidup memang SENTAP!!" - Suri Rumah Terdesak...

















No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers