Friday 8 March 2013

Buku "Diari Sufi" (WAN AZIMAH BT WAN AZIZ)


 


TAJUK: DIARI SUFI

Diterbitkan Oleh: MUST READ SDN. BHD.
                        35, Jalan Wangsa Setia 3,
                        Wangsa Melati,
                        53300 Kuala Lumpur.

Penulis Buku: SITI MUNAZAKIAH

FEEDBACK:

 Buku ini mengisahkan tentang kehidupan penulis dimana meluahkan kisah suka duka kehidupan beliau kedalam sebuah diari yang bernama Sufi. Di dalam buku “Diari Sufi” ini beliau menceritakan kisahnya sejak kecil sehinggalah dewasa. Beliau mengatakan bahawa tidak semua benda mampu diungkap. Sehubungan dengan itu, beliau menceritakan segala kisah beliau ke dalam buku ini. Buku ini juga mengandungi doa-doa segaris dengan cerita penulis.
Kebaikan buku “Diari Sufi” ini adalah, penulis meletakkan doa-doa dan santapan akal dimana dapat menambahkan pengetahuan pembaca dan secara tidak langsung dapat dipraktikkan oleh pembaca ke dalam kehidupan seharian. “ Doa memberikan kekuatan kepada orang yang lemah, Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian pada orang yang ketakutan”.
Manakala, keburukan buku ini pula adalah penulis ada mengatakan bahawa dia bertengkar dengan ibunya. “ Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia hati, tidak kita pada sahabat, teman, mahupun keluarga. Tidak semua rahsia hati mampu diluahkan dengan kata-kata. Maka lahirlah “Diari Sufi” yang diselitkan dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan keredaanNya”. Disebab kan penulis mengatakan bahawa tidak semua perkara mampu diungkap, beliau hanya memohon maaf dengan ibunya didalam diarinya sahaja yang bernama Sufi itu dan hanya berdoa. Bagi saya, perkara yang melibat kan manusia, terutamanya kedua ibu bapa, kita seharusnya memohon maaf secara berdepan dan setelah itu, disertakan doa. Bukannya hanya mendiamkan diri dan membiarkan ibunya terguris. Tambahan pula syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Secara kesimpulannya, buku ini ada kebaikkan dan keburukkannya. Diharapkan pembaca yang lain dapat mengambil kebaikkan di dalam buku tersebut dan menjadikannya pedoman. Dan keburukkannya sebagai sempadan. Sekian...

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers