Friday 8 March 2013

Beduk Diketuk (NURUL SYAFIQAH BT SUHAILI)

TAJUK BUKU : BEDUK DIKETUK
TERBITAN : TELAGA BIRU
NAMA PENULIS : PAHROL MOHD JUOI



Setiap buku yang dibaca ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.Dalam buku ini terdapat pelbagai kisah pengajaran yang boleh diteladani.Saya tertarik dengan buku ini kerana tajuk yang diusulkan.Semasa saya ketika kecil-kecil dahulu selalu sahaja terdengar berbunyi dum ! Dum ! Dum! Dummm. Sejak dahulu masyarakat Melayu mengetuk beduk untuk mengumumkan bahawa waktu solat telah masuk,ada berita kematian atau ada musuh yang menyerang kampung. Uniknya buku ini kerana boleh dijadikan pengukuhan pada pandangan yang sedia ada atau satu muhasabah kepada pandangan yang kurang tepat.
Secara personal, saya sangat terkesan dengan isu-isu yang disentuh oleh penulis. Bukan sekadar menceritakan kisah yang benar-benar terjadi, malah kupasannya mencolek kutipan-kutipan permasalahan dan persoalan yang rutin, ritual dan semasa. Cedokan analogi serta perbandingan kata dan kefahaman turut menjelaskan isi buku ini untuk menyedarkan kepentingan nilai-nilai sebenar dalam kehidupan seharian.
Beduk diketuk mengajak umat Islam menilai semula cara memandang sesuatu perkara, peristiwa, atau kejadian.Pemikiran yang berasaskan tauhid sangat penting untuk memberi nilai kepada apa berlaku dalam dan luar diri dan terbentuknya sikap serta kelakuan. Melihat dengan tepat ada betul adalah prasyarat untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat.


Contoh tajuk yang terdapat di dalam buku ini

Di dalam kandungan buku ini terdapat banyak cerita yang berlainan diselang-selikan dengan ilustrasi yang mencuit hati. Kisah-kisah yang dipaparkan ada kalanya lucu,sinis,mencuit dan memujuk hati pembaca. Subjek yang diketengahkan tidak bersifat personal tetapi lebih menjurus kepada permasalahan umum dan kepentingan bersama. Dialog-dialog bersahaja tetapi sarat dengan makna telah digarap untuk menjawab kekeliruan masyarakat tentang kefahaman  dan amalan Islam masa kini. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ada antara kisah-kisah di dalam buku ini terkena batang hidung sendiri.
Saya akui, nukilan ilmiah yang berunsur pandangan dan kupasan isu sedikit rapuh apatah lagi jika ditimpa dengan pegangan atau pendirian pembaca yang berlainan. Namun, rendanya dibakar baik untuk menganjak paradigma dan kiblat pemikiran kita supaya lebih terarah dan terbuka mengikut landasan yang sebenarnya.
Penggunaan gaya bahasa yang terdapat dalam buku ini agak terabur. Kita susah untuk mengenalpasti dialog-dialog yang dikemukan daripada siapa dan siapa yang bercakap. Malah penggunaan bahasa “rojak” iaitu penggunaan bahasa melayu dicampur dengan bahasa inggeris.  Selain itu,penggunaan bahasa singaktan juga turut terdapat dalam kisah-kisah yang terdapat dalam buku ini.
Secara keseluruhannya,buku ini sesuai dijadikan pedoman dan diteladi untuk panduan hidup. Buku ini juga sesuai dibaca untuk semua lapisan umur. Buku ini juga dapat memotivasikan saya melalui 35 jenis kisah yang berlainan di dalamnya.

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers