Friday 8 March 2013

Rayyan Fantasi








Tajuk : Rayyan Fantasi
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : 19.90
Terbitan : Alaf21
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Sci-Fi, Thriller, Bunuh, Misteri, Cinta
M/S : 512 m/s
Terbitan : 2010

Sinopsis Kulit Buku :

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
Ramlee Awang Murshid berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Ulasan Saya :

Cerita ini macam kita tengok cerita Star Wars atau pun cerita Hulk tetapi saya tak berapa suka dengan plot cerita dia sebabnya memang tak suka dengan cerita ala-ala Star Wars.

Watak Aiddin atau Rayyan (nak tergelak bila tahu Aiddin bapanya (Ibrahim) ambil dari nama seorang pemandu bernama Maidin he3, kreatif juga bapanya) ini, bila dah nak masuk akhir-akhir novel ini lebih menjurus kepada watak dan gaya Laksamana Sunan (sape tak kenal abg Sunan?). Agak stereotype disitu.

Watak bapak dia (Ibrahim) pula, digambarkan sebagai seorang hero yang tidak terkalah. Bahagian yang paling bagus dalam novel ini ialah pengembaraan Aiddin dalam perperangan untuk merampas kembali takhtanya yang telah dirampas oleh satu kuasa hitam dimana Aiddin ini telah di watakkan dengan baik, bijak, berjiwa pejuang, seorang ketua, hebat dan mempunyai kelembutan tersendiri.

Teka teki bagaimana satu lembah yang berkilau-kilau menjadi laluan larangan di negara 'fantasi' Aiddin juga menarik perhatian saya dimana beliau secara keras berfikir bagaimanakah untuk melalui lembah keramat penuh dengan kematian dengan selamat, dan akhirnya misteri lembah keramat itu tidak terjawab hingga akhir cerita.

Saya terpesona dengan olahan dan gambaran terhadap tempat tinggal di kaki pergunungan di Kundasang, Sabah. Saya terasa amat indah sekali cara pengolahannya. Rasa seperti tiada pencemaran, alam yang penuh keindahan, kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Konflik yang ada di dalam cerita ni agak mengecewakan bila Feena, bekas tunangan Aiddin berkahwin dengan salah seorang teman baik mereka di kolej. Bagi saya, Feena tu macam tiada arah tujuan. Dan satu lagi bila ibu tiri Aiddin yang tidak dapat menerima kehadiran Aiddin dan Ibrahim selepas mengetahui 'siapakah' mereka yang sebenar. Selepas mengetaui kedua-dua makhluk tersebut adalah alien, beliau terus tidak boleh menerima hakikat ini.

Tagline cerita ialah : "Apa yang terfikir itu ada". Tapi saya rasa macam tak boleh masuk tagline ini.Saya rasa tagline ini tidak kena mengena dengan novel ini.


No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers