Saturday 9 March 2013

KOPI-AH


Review by Habibah Syamimi Bt Yunus
A12HAO222
Sarjana Muda Perakaunan



Judul : kopi-ah
Penulis : Abrar Shafie & Munirah Rashid
Penerbit : Lejen Press


Sinopsis

KOPIAH DAN SERBAN SEMATA BUKAN CARANYA. PERLU JUGA PAKAI TOPI BILA PERLU. BARULAH STAILO PAK AJI KITA !
Islamik perlu ada 'pop' di dalamnya agar getarnya mampu dirasa dan dielus lebih banyak jiwa, jiwa-jiwa kosong, jiwa-jiwa separa kosong dan jiwa-jiwa memberontak. 'Pop' yang ada dalam penyampaian berbentuk kispen dalam buku ini mahu membuka jiwa-jiwa ini.
Islam itu juga perlu ada pop; bukan k-pop tapi ipop!

Ulasan

    "kopi-ah" menarik bukan tajuk buku ini, kali pertama melihat buku ini saya sudah tertarik dengan tajuk buku ini, sangat unik dan membuatkan saya ingin membelinya. Di tambah pula dengan tajuk-tajuk yang terkandung menguatkan lagi perasaan ingin membeli. Buku ini mempamerkan 15 cerpen, 7 cerpen hasil tulisan Abrar Shafie dan 8 cerpen hasil tulisan Munirah Rashid yang masing-masing merupakan pelajar perubatan di Universiti Zagazig, Mesir. 

     Di dalam buku ini menceritakan banyak kisah-kisah menarik serta diselitkan dengan bab agama. Bagi saya yang masih jahil dalam bab agama, buku ini sangat sesuai. Apabila membaca buku ini, secara tak langsung dapat meningkatkan ilmu mengenai agama. Banyak persoalan mengenai agama yang kadang-kadang saya sendiri tidak dapat menjawab dan didalam buku ini ada jawapannya. 

     Penceritaan dalam buku ini sangat santai dan bersahaja, saya tidak rasa seperti membaca buku agama tetapi seperti membaca buku cerita yang memuatkan ilmu agama. Buku ini sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin gaya penceritaan yang santai tetapi ada mesejnya. Seperti ayat yang ditulis, "Islam itu juga perlu ada pop" maksudnya untuk menyampaikan dakwah haruslah secara santai dan tidaklah terlalu berat kerana dengan cara santai, pembaca dapat menerimanya dengan mudah. 

     Ya, islam itu sangat mudah dan tidak memberatkan, terbukti dengan terhasilnya buku ini, ia sangat bermanfaat bukan sahaja mendapat ilmu tetapi sangat seronok membacanya. Saya mengesyorkan buku ini kepada kawan-kawan untuk dibaca. Selamat membaca :)


No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers