Saturday 9 March 2013


GANGSTER (AHADIAT AKASHAH)



Tajuk : Gangster
Penulis : Ahadiat Akashah
Review by: Siti Zulaiha Binti Marzuki (1 SHAC)

Sinopsis
   Mengisahkan mengenai seorang pemuda bernama Faris kerana telah mengecewakan ayahnya dengan memperoleh ijazah muzik dari university di US kerana minatnya yang mendalam dalam bidang muzik. Namun bapanya mengiginkan Faris mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi untuk menggantikan dia meneruskan perniagaanya. Oleh itu, dengan nasihat daripada ibunya Faris meninggalkan rumah untuk membuktikan bahawa dia boleh menjadi seorang yang berjaya dengan menceburi bidang muzik. Sebaliknya dia tersalah langkah kerana telah terjebak dengan dunia gangster.

     Pekenalan di antara faris dan Sheena bermula apabila Faris telah menyelamatkan Sheena daripada teman lelakinya yang ingin mengambil kesempatan kepadanya. Sejak perkenalan mereka Sheena telah mula menaruh hati kepada Faris, tanpa megetahui siapa diri Faris yang sebenarnya. Selain itu, hubungan rapat di antara Faris dengan Sheena dan mamanya telah membuatkan Faris kembali merasai hidup berkeluarga. Dia telah menganggap mama Sheena seperti ibunya kandungnya sendiri.

    Selain Sheena, Nora yang merupakan seorang GRO juga telah memendamkan perasaan terhadap Faris.berbeza dengan Sheena, Nora mengetahui siapa Faris yang sebenarnya. Walaupun dia yang sekarang. Faris nekad untuk berubah dan meninggalkan dunia gangster tersebut. Dia ingin menyambung pelajarannya dengan mengambil ijazah ekonomi dan ingin kembali kepada keluarganya.. Malangnya, pada masa yang sama dia akhirnya telah ditangkap kerana telah terlibat dalam pengedaran dadah.

Ulasan
Watak utama – Watak utama dalam novel ini adalah Faris yang merupakan seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan 20-an dan baru sahaja menamatkan pengajiannya di US dalam bidang muzik. Dia telah menjadi seorang gangster kerana masalah yang berlaku di sekelilingnya dan dikenali sebagai Sting. Namun Faris sebenarnya adalah seorang yang baik. Namun disebabkan keadaan dia terpaksa bertindaka kejam. Akhirnya dia ditangkap polis di atas kegiatannya selama ini.

Tempat – penulis telah memilih lokasi bagi kebanyakan peristiwa yang berlaku di dalam novel ini adalah di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Nilai dan pengajaran
   Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh diperolehi dari novel ini. Sebagai seorang anak, kita tidak seharusnya melakukan sesuatu tindakan yang boleh mengecewakan ibu bapa kita. Misalnya, walaupun Faris telah melakukan kesilapan dengan mengambil jurusan muzik dia tidak sepatut mengikut langkah yang sama apabila terjebak dengan dunia gangster.
Selain itu, kita juga tidak sepatutnya hidup dalam penipuan. Contohnya, Faris telah menipu ibu bapanya mengatakan dia mengambil jurusan ekonomi. Sebaliknya dia sebenarnya memperoleh kelulusan dalam bidang muzik. Antara contoh lain adalah Faris telah menipu Sheena dan mamanya bahawa dia bekerja sebagai ‘salesman’.
   Kita juga tidak sepatutnya cepat mempercayai orang yang baru dikenali. Misalnya, Sheena terlalu cepat mempercayai Faris tanpa menyelidiki siapa dia yang sebenarnya. Tambahan pula, Sheena telah mula menyimpan perasaan terhadap Faris. Akhirnya, dia kecewa apabila mengetahui siapa Faris yang sebenarnya.
Nilai dan pengajaran lain adalah kita harus mencuba untuk meyelamatkan hubungan kekeluargaan kerana bak kata pepatah ‘air dicincang, tidak akan putus’. Contohnya, walau pun Faris telah terjebak dalam dunia gangster, dia cuba untuk berubah dan ingin kembali kepada keluarganya. Faris telah nekad untuk menyambung pelajarannya dalam bidang ekonomi untuk memenuhi keinginan bapanya yang ingin melihat dia memperoleh kelulusan dalam bidang ekonomi.

Kesimpulan
    Secara keseluruhannya, penulis menekankan banyak nilai-nilai kekeluargaan di samping meyelitkan sedikit kisah percintaan di dalam novel ini.penulis ingin meendedahkan tentang bagaimana kehidupan seorang gangster. Penulis telah berjaya untuk menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca. Tidak mudah sebenarnya untuk menulis sebuah novel tentang realiti kehidupan seorang gangster. Penulis novel ini pasti telah membuat kajian bagi mengetahui bagaimana kehidupan seharian seorang gangster dan dia juga menyelitkan gabungan diantara konflik yang berlaku antara kekeluargaan dan percintaan. Bahasa yang digunakan dalam novel ini agak kasar kerana ianya mengisahkan tentang kehidupan seorang gangster. Namun demikian, terdapat sedikit  kelemahan di pengakhiran novel ini kerana ianya kurang jelas. Mungkin ianya harus ditambah dengan menceritakan tentang  apa yang berlaku kepada orang yang berada di sekeliling Faris selepas dia ditangkap. Selain itu, novel ini juga mempunyai kekuatan yang tersendiri dimana terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh dipelajari oleh pembaca melalui novel ini.

Saya juga telah mempelajari beberapa perkataan baru misalnya


  •   Dam, lalok atau siong = nama lain sebagai ganti nama ganja
  •   Tokan = ketua gangster




No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers